Orang ramai membantah keganasan seksual terhadap golongan wanita susulan insiden di Manipur. - FOTO AFP
Polis India tahan 4 lelaki kes mengarak 2 wanita bogel
NEW DELHI: Polis India menahan empat lelaki dituduh mengarak dua wanita secara bogel di hadapan perusuh di sebuah negeri timur laut yang dilanda keganasan etnik selama berbulan-bulan sehingga meragut sekurang-kurang 120 nyawa.
Suspek dikenal pasti daripada rakaman video insiden berlaku awal Mei lalu itu yang tular dalam media sosial pada Rabu lalu sehingga mencetuskan kemarahan awam di seluruh negara ini.
Rakaman itu menunjukkan dua wanita terbabit dipaksa berjalan secara telanjang di jalanan sambil diejek dan diganggu oleh perusuh.
"Empat tertuduh utama kes itu telah ditahan," menurut polis di Manipur dalam kenyataan melalui Twitter, kelmarin.
Kerajaan negeri Manipur pimpinan parti pemerintah - Bharatiya Janata Party (BJP) - berkata polis bertindak selepas rakaman video itu tersebar dalam media sosial setelah lebih dua bulan insiden itu berlaku.
"Siasatan rapi sedang dilakukan. Kami akan memastikan tindakan tegas diambil terhadap semua pelaku, termasuk mempertimbangkan kemungkinan hukuman mati," ciap Ketua Menteri Manipur, N Biren Singh.
Sementara itu, kumpulan wanita yang berang bertindak membakar rumah dua daripada empat suspek lelaki terbabit. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Arak 2 wanita bogel. Apa kena mengena PMX M'sia?
Ini jawabnya..
(i) PMX madani M'sia luluskan konsert terbuka LGBT untuk siapa semalam?
Tangkap layar video persembahan The 1975 yang diambil peminat di Good Vibes Festival, semalam. Orang ramai mengecam tindakan buruk kurang sopan yang dilakukan oleh vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy..
Konerrt semalam oleh The 1975, artis British yang sebelum ini lantang menyuarakan hak songsang telah diberi permit oleh kerajaan PMX madani M'sia. Tiba-tiba malam tadi vokalis band tersebut menyuarakan protes beliau dan bertindak mencium drummernya secara terbuka semasa konsert.
Inilah yang dibimbangkan. Kenyataan kutuk macam mana sekali pun yang dikeluarkan oleh kerajaan sudah tidak guna. Mereka sudah sampaikan apa yang mereka mahu sampaikan. Selepas ini apa pula? Coldplay?
(ii) Cium di pentas hina undang-undang LGBT M'sia -KOSMO! ONLINE
Menurut video yang tular di laman sosial, Matt Healy dikatakan telah membuat persembahan sambil memegang botol arak sebelum bertindak menghina undang-undang negara mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Lebih mengejutkan, vokalis kumpulan tersebut juga telah bertindak mencium gitaris, Ross MacDonald sebagai protes terhadap undang-undang anti-gay Malaysia.
5 comments:
Bertaubatlah wahai Ibnu Hasyim.
Janganlah mengadu-domba ummat dan FITNAH.
Dunia ini sekadar "pinjaman sementara"
Kita bila-bila boleh diajak mengadap ilahi....
Jom bertaubat. Menonton 1975 bukanlah salah satu cara bertaubat.
Bijak kerajaan ph. Kecoh kecoh coldplay. Rupanya senyap senyap bawak 1975. Memang bmx peminat tegar lgbt. Tepat juga bila dikata penyokong bmx, cicak mengkarung.
Jom sokong politik bersih. Jangan sanggup jadi cicak mengkarung.
Suma sudah dirancang
Suma untuk tujuan provokasi halus
LGBT utk diprovokasi Rakyat Malaysia
Nnti dapat liputan doonia
Spt biasa Brother Anwar Bin Ibrahim akan bersuara mulus
Bang Non akan Kata Hormati hak asasi manusia
Sebenarnya Hormati hak LGBTsecara terhalus dan tersirat
Awas klu tak bole Cara terang depa kasi Cara halus...
Pudin dah tak hado... Maka Pilihanrayo Perliment akan mengirangkan lagi Satu kerusi PH ....
Hilang majority kerusi Pudin PH itu Pasti....
Aminnnn
Post a Comment