'Bakar al-Quran perbuatan yang keji' - Turki kutuk tindakan Sweden
Salwan Momika yang berasal dari Iraq mendakwa, tindakannya membakar al-Quran sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara. - Foto Facebook/Abiyam PlusKERAJAAN Turki mengutuk keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan demonstrasi pembakaran kita suci al-Quran di luar masjid di Stockholm pada Rabu bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha iaitu salah satu daripada perayaan paling penting bagi umat Islam.
Kebenaran yang diberikan kepada seorang lelaki yang melakukan pembakaran itu dilihat mungkin mengancam usaha Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebelum persidangan penting blok tersebut pada bulan depan.
Keputusan untuk membenarkan protes tersebut dilakukan adalah berdasarkan hak kebebasan bersuara, kata polis Sweden, yang turut mendakwa, demonstrasi itu tidak mencetuskan sebarang risiko keselamatan.
Bagaimanapun, protes berkenaan hanya mengundang kemarahan Turki iaitu sebuah negara anggota NATO yang telah menghalang usaha Sweden untuk bergabung.
Sweden dan negara jirannya, Finland secara rasmi memohon untuk menyertai blok tersebut setelah Rusia melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine.
Sehubungan itu, Menteri Luar Turki mengutuk protes tersebut dengan menyifatkannya sebagai "perbuatan yang keji."
"Adalah tidak dapat diterima untuk membenarkan tindakan anti-Islam ini dengan alasan kebebasan bersuara. Menutup mata terhadap tindakan keji seperti ini adalah seperti bersubahat dalam tindakan tersebut," kata Hakan Fidan dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi Kerajaan Turki, Fahrettin Altun dalam ciapan di Twitter menegaskan: "Kami sudah muak dengan kebenaran terhadap Islamofobia dan kebencian berterusan terhadap agama kami oleh pihak berkuasa Eropah terutamanya di Sweden."
"Mereka yang ingin menjadi sekutu kita dalam NATO tidak boleh bertoleransi atau membenarkan tingkah laku yang merosakkan oleh pengganas Islamofobia dan xenofobia," katanya.
Sementara itu, lelaki yang membakar al-Quran itu, Salwan Momika, 37, berkata, dia tiba di Sweden lima tahun lalu dari Iraq dan memiliki kerakyatan negara itu.
Salwan turut memberitahu, dia menganggap dirinya sebagai individu yang berpegang kepada hidup tanpa tuhan atau golongan ateis.
Katanya, tindakan yang dilakukannya itu sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara.
Momika, telah didakwa oleh polis Sweden atas tuduhan "memprovokasi kumpulan etnik" selepas dia menghina dan membakar al-Quran di luar masjid utama di Stockholm.
Mengulas tindakan menghina kitab suci al-Quran itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson berkata, protes yang dilakukan Momika itu adalah “mengikut undang-undang tetapi tidak sesuai" dan terserah pada budi bicara polis untuk membenarkannya atau tidak.
Pihak berkuasa negara itu menegaskan, protes itu tidak menyebabkan "gangguan kepada ketertiban" tetapi Momika didakwa kerana dia memilih untuk membakar al-Quran berdekatan dengan masjid.
Dia juga sedang disiasat kerana melanggar larangan sementara untuk membakar bahan api.
Noa Omran, 32, seorang artis dari Stockholm menyifatkan protes itu "benar-benar gila."
"Ini hanya kebencian yang menyamar di bawah nama demokrasi dan kebebasan, yang sebenarnya tidak begitu," kata Omran. - Awani
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bakar Al--Quran di Sweden, teruk lagi tolak negara asas Quran di M'sia.
Lihat ini..
(i) PAS kecam insiden bakar al-Quran di Sweden
Tidak cukup dengan membakar naskhah suci al-Quran, pelaku biadab tersebut turut meletak sekeping daging di atas naskhah suci al-Quran tersebut dan kemudian memijak-memijaknya yang sememangnya bertujuan untuk menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Ia adalah satu tindakan yang teramat biadap, keji dan Islamofobia yang amat melampau apatah lagi ia dilakukan pada hari sambutan perayaan Aidiladha di mana sememangnya akan mencetuskan lagi kemarahan umat Islam di seluruh dunia, sesudah ahli politik ekstremis berhaluan kanan Sweden-Denmark Rasmus Paludan melakukan tindakan serupa di Stockholm, Sweden hujung Januari lalu.
Di saat umat Islam sedang menyambut ketibaan Aidiladha dengan penuh tawaduk dan kesyukuran serta dunia berada di ambang ketidaktentuan berikutan pelbagai konflik yang berlaku, insiden seperti ini perlu dihalang agar tidak berlaku pertembungan antara agama mahupun konflik antara negara yang mampu membawa kepada kesan dan akibat yang amat buruk kepada keamanan sejagat dan dunia.
Kebebasan bersuara yang diamalkan Barat sewajarnya tidak dijadikan alasan untuk menghina kesucian agama Islam mahupun mana-mana agama yang lain.
Adalah amat tidak wajar kepada mana-mana individu dan kumpulan dengan sewenang-wenangnya menghina agama lain terutamanya dalam bentuk provokasi seperti membakar al-Quran mahupun melukis karikatur jahat berupa Nabi Muhammad SAW.
Dunia Islam sewajarnya mengecam tindakan biadab ini yang telah mencemarkan kesucian agama Islam tambahan lagi pada Aidiladha yang mulia ini.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu umat Islam untuk mempertahan dan membela agama Islam yang mulia ini daripada terus dihina dan dicemarkan kesuciannya.
YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat. ADUN Batu Buruk, 11 Zulhijjah 1444H / 30 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 30/6/2023
(ii) PAS pertahan Melayu & Islam saja adalah media palsu dan fitnah.
Menurutnya, kenyataan bertarikh 24 Jun 2023 atau nama beliau itu adalah cubaan pihak tertentu untuk memburukkan PAS dan mempunyai niat yang tidak baik.
“Kenyataan Media bertajuk ‘PAS Akan Terus Mempertahankan dan Membela Nasib Kaum Melayu dan Islam Sahaja’ bertarikh 24 Jun 2023 adalah palsu dan fitnah semata-mata.
“Ia nyata cubaan pihak tertentu untuk memburukkan PAS dan mempunyai niat yang tidak baik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dalam hantaran di laman Facebook beliau. – HARAKAHDAILY 27/6/2023
Kesimpulan:
8 comments:
Berbohong nih telah di maktubkan dalam sejarah islam di zaman Nabi (saaaw) dengan satu manusia bernama "musailamah alkazzab" dan manusia munafik dengan seorang yg bernama "abdullah ibn ubay", dua ini adalah lambang pembohongan dan kemunafikan yg mana kuat bekerjasama dengan kafir harbi yg mana satunya bersifat terang-terangan dari luar islam dan satu lagi telah berada didalam masyarakat islam.
Sejak berzaman juga memang terdapat golongan manusia yg bersifat sedemikian, dan mereka ini memang sebahagian dari musuh islam, musuh umat islam dan benci akan Allah dan Rasulnya..
Mudah²an kita semua dilindungi dari manusia² kafir yg memusuhi umat islam dan manusia² bersifat"musailamah & bin ubay" dizaman ini terutamanya yg berada di Malaysia.
Amien ya Rabbil 'alamien.
Isu kafir mengkafir dab lama tamat. Ikuti teladan dan cara sahabat nabi bila sahabat sudah memeluk Islam
Piagam yang akan termenterai ini bukan diangkat oleh mana-mana parti, ianya adalah lonjakan permintaan dari orang Melayu yang menyedari bahawasanya Islam sedang tergugat di tangan Pakatan Harapan.
Ramai pemimpin di kalangan PAS dan UMNO cuba untuk bersatu sebelum ini, namun sering kali digagalkan oleh manusia sampah seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Mujahid, Mahpos dan Khalid Samad.
Anugerah yang paling cantik untuk PAS adalah apabila AMANAH diwujudkan, "pemimpin kaki lima yang menjual agama" sudah keluar dari PAS, serupa juga yang terjadi dalam Bersatu, "pemimpin sampah" semua sudah lari ke UMNo.
Bila pemimpin sampah lusui mengadai bangsa dan akidah dengan pluralisma murtad, anak cucu pegang plakad COMANGO toksik lebih gereja dari masjid maka elok sampah usang ini dibakulsampahkan sahaja.
Pada "pemimpin sampah dan penjual agama" seperti sang si fitnah jijik, batu api, adu domba dan puak - puak bodoh dalam PH ni....
Dolu dolu semasa sahabat nabi belum terima hidayah Islam spt Sydina Omar, Hamzah, Abu Bakar dll masa belum isle ada yg pemabuk, sembah berhala, tanam bayi perempuan hidup hidup ... bila masuk Islam dia orang berubah dan mereka menyesal perbuatan mereka yg lalu sambil menangis menepuk dada, guling guling ( bukan guling di jalan raya yer..) tapi nabi tak pernah ungkit perkara lama tsb...
Benda dah berlalu taubat lah banyak banyak dan nabi siap pesan pada sahabat broo look forward.!! come on broo look forward...life must go on and always repent broo..!!
Pada puak bodoh si fitnah PH akal suntuk asyik bernostalgia haram jadah Amanat Hadi, kafir mengkafir dll.Ingati lah kisah sahabat nabi sebelum terima hidayah seperti diatas tadi. Kualiti otak pemimpin sampah ini asyik menipu menfitnah, adu domba dan membatu api lagi. Ikutilah kisah sahabat Nabi dan pesan nabi "look forward" adalah nafas baru perjuangan masa depan..
Bukan mcm rendah kualiti jaket kalis peluru yang akhirnya askar terbaik diragut nyawa mcm rendah kualiti sijil palsu pemimpin PH jugak..suma nak menipu .. nyawa lansung tak ada harga lagi..
Dengan keluarnya kuman-kuman dari PAS dan UMNO, dengan kehendak Allah Swt, perpecahan yang selama ini dikeji oleh Allah swt telah bertemu dengan jalan terbaik suatu penyelesaian.
Satukan hati-hati kita yang sekian lama dibelenggu dengan perangai perpecahan, masa untuk kita menikmati keindahan kesatuan, keindahan rakan-rakan se-Islam kita yang sudah hilang penyakit prasangka busuk hati dengan hasad dan fitnah jijik.
PRN June 2023 ini adalah masa yg sesuai utk lingkupkan saki baki barua DAP@ LeeKwanYew secara total dari persada kuasa..
Siri 1 : Kg Baru Melayu KL vs Kg Baru Cina Kepong KL
Orang Melayu juga tak suka pemimpin Melayu Mcm ini. Keluarga penghasut, adu domba fitnah sama seperti keluarga Tun Dan Barua teebaru DAP@LeeKwanYew kata Melayu Jangan Angkuh..Brother Anwar Bin Ibrahim
Hanya beberap kerat penduduk Kerinci Residensi yg berputih mata bila dihasut anak perempuan barua ini Nurul Izzah semasa jadi MP Lembah Pantai dulu. Menyesal tak sudah pada yang termakan hasutan...
https://pakdin-my.cdn.ampproject.org/v/s/pakdin.my/residensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab/?amp_js_v=a6&_gsa=1&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16416084484379&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&_tf=From%20%251%24s&share=https%3A%2F%2Fpakdin.my%2Fresidensi-kerinchi-nurul-izah-muka-tembok-dan-tidak-bertanggungjawab%2F
Padan muko kelian yang termakan hasutan Nurul Izah semasa jadI MP Pantai Dalam dolu.
Nurul terkinja kinja di Istana Bukit Segambut goyang tetek yg terhasut ditinggal terkontang kanting gelabah tetek..!!
22 tahun dolu ada sekor mamak jadi belukang tanah di Kg Baru... broker belukang menyebabkan prnduduk Kg Baru lokos kena kencing oleh mamak ini. Akhirnya perniagaan 'Buisness Fokus' melingkup satu satu dan gelaran Datuk pun ditarik balik...
https://mykmu.net/2023/01/03/johari-cuba-yang-terbaik-selesaikan-masalah-kampung-sungai-baru/
Terkini beribu ribu tanah rizab Melayu tergadai di Perak kali ini..
Datuk broker@belukang ini akhirnya lesap ke luar negara dengo2 melingkup ke Afrika Selatan... macam Jho Low jugak lah lesap melingkup tah ke mana ada yg kata jadi beruang ini berlaku semasa PM ke 4 dan PM ke 7 dan 10 berkuasa... mcm sial akhirnya..!!
Bila pihak polis nak tangkap dan dakwa PENCEROBOH KLIA baru2 ini. Perbuatan MENCEROBOH dilihat suatu yang amat serius dan perlu pendakwaan segera! Sabit kesalahan penjara mandatori.
Boring la pulak. Asyik asyik bicara pasai 47 kes. Pasai rasuah. Pasai temberang. Pasai rampas kuasa. Pasai salah guna kuasa. Pasai keparat komunis dapig.
Jom berubah. Masa titm jaga kasa, ada pembaharuan. Masa idri ahmad, ada perkembangan. Bicaranya hanya penambaikan. Jom berubah menyeluruh. Bicara tentang penambahbaikan buat malaysia.
Singkirkan semua keparat yang huru harakan politik malaysia. Singkir yg jadi kerajaan dengan cara menipu. Singkir bmx yang banyak menindas bangsa melayu. Singkir wak yang banyak menipu bangsa melayu. Singkir komunis dapig yang perkauman.
Jom pakat pakat sokong pas. Seperti kelantan, kedah dan trengganu yang tiada rasuah. Tiada judi. Tiada salah guna kuasa. Yang bijak memerintah.
Pimpinan bersih, rakyat bersih. Rakyat bersih, negara bersih. Negara bersih, semua sejahtera.
Sekarang ni bmx banyak menindas bangsa melayu. Banyak sakau royalti kelantan. Sakau geran negeri kedah, kelantan dan trengganu. Sakau peruntukan mp pembangkang. Sakau untuk tindas. Supaya kekal miskin. Politik kotor. Geran tukar jadi pinjaman.
Cer kau orang fikir. Ini politik bijak atau politik kotor. Atau politik balas dendam. Bila temberang tinggi suara. Paksa rakyat percaya. Beza dengan pas. Tak perlu suara tinggi. Tak perlu paksa rakyat untuk percaya. Kerana rakyat secara semula jadi sudah percaya.
Dakwaan wujudnya amalan salah guna kuasa dan rasuah di pintu masuk negara akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan untuk dibincangkan dengan lebih lanjut, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
(C&P)
Konon ceritanya, cara mana nak sucikan perbuatan mentris tersebut. Bukan satu mentri tapi mentris. Plural. Mesyuarat utk minta pandangan jemaah mentri.
Contoh sebelum ni dah ada. Passport dikembalikan. Kes 47 ditangguhkan. Batal keputusan ros dibatalkan menteri kdn.
Seperti biasa itulah temberang baru yang bakal diujudkan.
Apa istemewa pelancong China banding dengan pelancong India dan negara lain..
Kalau pelancong India atau Indonesia adalah menteri keturunan Cina ini akan bertindak sama...!?
Tetiba Sedap bontot kata tuduh pegawai Imigresen Rasuah....!?
Kerajaan Madani sangat bahaya di negara Malaysia sekarang ini..!?
Apa istimewa pelancong China di mata kerajaan Madani, Hancur Malaysia mcm ni..!?
Post a Comment