Thursday, July 20, 2023

Gelombang Hijau, DAP terperangkap -Tuan Ibrahim



DAP akan terperangkap sentimen sendiri

KUALA LUMPUR: DAP menggunakan sentimen ‘Gelombang Hijau’ untuk menakut-nakutkan kalangan rakyat bukan-Muslim, demikian kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sedangkan ujar beliau, keputusan PRU15 lalu telah menunjukkan kebimbangan itu tidak wujud dalam kalangan rakyat bukan-Muslim terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menurutnya, ini kerana tidak berlaku diskriminasi kaum dan agama, bahkan rakyat pelbagai kaum hidup harmoni dan dididik untuk menjadi warganegara dengan nilai-nilai yang baik di negeri tersebut.

Sebaliknya DAP kata beliau, terperangkap dengan idea mewujudkan ketakutan menggunakan ‘Gelombang Hijau’ itu kerana apabila rakyat melihat realiti, mereka mendapati ia tidak benar sama sekali.

Ustaz Tuan Ibrahim memberikan contoh kehidupan masyarakat bukan-Muslim di Kelantan dari aspek agama, kegiatan ekonomi dan perniagaan, kemasyarakatan dan perpaduan yang wujud. 

“Sebenarnya dia (DAP) takut sekarang ni. Saya ingat DAP ni dia mula risaulah sebab dia tengok Pulau Pinang pun tak berapa nak selamat. Goncang, goncang! Padahal tak ada ‘hijau’ pun situ. (Yang ada) Perikatan Nasional di Pulau Pinang,” ujarnya.

Kelantan juga menurutnya, tanpa sembunyi mengisytiharkan secara terbuka dasar ‘Membangun Bersama Islam’ ketika mana dunia membangkitkan ketakutan kepada Islam atau Islamofobia.

“Takut apa dengan Islam? Agama yang paling adil kepada bukan-Islam, agama yang menjaga perpaduan hingga Nabi pesan siapa-siapa menyakiti orang bukan-Islam yang baik dengan Islam sama menyakiti Rasulullah. 

“Saya beritahu kawan-kawan saya bukan Islam. Saya kata, kita dalam PAS ini wajib berlaku adil itu bukan kerana saya orang Melayu, tapi kerana tuhan saya suruh. Allah suruh saya berlaku adil pada orang Islam dan bukan-Islam. 

“Saya kena adil bukan kerana saya pemimpin Malaysia, tapi kerana Allah suruh saya berlaku adil. Jadi bila kita declare ‘Membangun Bersama Islam’ (bermakna) kita nak beritahu rakyat jangan takut dengan Islam. 

“Sebab Islam bukan nak menganiaya siapa-siapa. Islam bukan nak mendiskriminasi siapa-siapa. Islam tidak pernah memaksa akidah pun. Tak pernah paksa orang bukan-Islam untuk masuk Islam,” ujarnya.

Jelasnya, keindahan Islam mesti disampaikan dan dilaksanakan kerana ianya tanggungjawab walaupun usaha itu seperti melawan arus dan fobia yang ditimbulkan terhadap Islam. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberikan contoh sekatan ke atas judi dan arak, di mana walaupun dari segi politik menyebabkan kehilangan sokongan tetapi kerugian dan porak-peranda diakibatkan keduanya lebih besar.

Sedangkan kerajaan bertindak seperti itu jelas beliau, umpama seorang ayah kepada anaknya yang mesti mencegah dan menghalang keburukan dari menimpa ahli keluarganya sendiri.

Jelas beliau, apabila Kerajaan bertindak sedemikian dan membetulkan polisi, maka akan luruslah juga akidah dan akhlak umat, termasuk kepada sistem politik, sosial, ekonomi dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 7/7/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gelombang Hijau, DAP terperangkap -Tuan Ibrahim

Sila lihat ini selanjutnya..

(i) Guan Eng apikan provokasi kaum, agama untuk PRN 

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sedang mengapi-apikan sentimen serta provokasi perkauman dan agama yang sempit dengan menimbulkan tuduhan ekstrem ke atas ‘Gelombang Hijau’.

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, hakikatnya momokan ‘Gelombang Hijau’ itu diletuskan oleh ayah Guan Eng iaitu veteran DAP, Lim Kit Siang pasca-PRU15 lagi.

Tempelak beliau, tuduhan yang dimainkan bahawa ‘Gelombang Hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang itu bertujuan hasutan dengan menimbulkan fobia dan ketakutan kepada bukan-Islam.

(ii) Umno perlu ingat semula siapa sebenarnya DAP 

Kerajaan Persekutuan ketika ini tidak memiliki asas yang teguh kerana dibina oleh pakatan yang mempunyai kepentingan diri masing-masing dan dikuasai oleh DAP.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, DAP dengan kerusi terbanyaknya dalam pakatan itu menggunakan kesempatan dan manipulasi atas kelemahan yang ada.

Beliau merujuk kepada kegilaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan kes pertuduhan di mahkamah yang banyak dihadapi oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

(iii) Kajian dapati pengundi muda bersama PN 

Seramai 9,773,571 pemilih akan menentukan hayat kerajaan yang mentadbir enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRK) ke-15 pada 8 Ogos ini. 

Mereka terdiri daripada 9,674,456 orang pengundi biasa, 49,660 anggota tentera serta pasangan, 47,728 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Jumlah pengundi terbabit berdasar Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRU DUN Ke-15 dijadual akan mulai dijual pada 17 Julai ini.

DPPR yang akan digunakan untuk PRU DUN Ke-15 adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemaskini sehingga 21 Jun 2023.

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Kecelaruan kerajaan campuran PH-BN kini sudah tidak mampu disembunyikan lagi apabila ada menteri melakukan kerja rentas kementerian.

Rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

8 comments:

Anonymous said...

Patung Buddha berbaring di Kelantan mungkin dirobohkan jika dipindah ke Pulau Pinang, itu pun sekiranya ‘gelombang hijau’ berjaya menguasai negeri tersebut.

Paling biadab, Guan Eng tidak menceritakan selain kuil itu, sebuah dewan silat dan lima kawasan parkir turut dirobohkan untuk dibina gelanggang futsal.

(C&P)

Tahniah pas kerana tidak menindas. Juga tahniah kerana menjadi alternatif kepada kesinambungan politik melayu Islam.

Anonymous said...

Pemimpin Umno kini adalah mereka yang memikirkan mengenai kepentingan dirinya dan tanpa mempedulikan hal ehwal Melayu.

Menurutnya, kerana itulah para pemimpin tersebut menolak bersama PAS dan BERSATU dalam PERIKATAN NASIONAL (PN), tetapi pergi kepada Pakatan Harapan (PH) disebabkan mahu menyelamatkan diri.

“Kalau dia bawa Umno untuk perjuangkan agama dan bangsa, dia tak akan pergi ke PH, dia akan mari bersama kita (PN). Dia kata tak percaya ke BERSATU sebab nak mampuskan dia kononnya. Habis, dia gi ke PH, mereka itu nak perhidupkan dia?” bidasnya.

(C&P)

Anonymous said...

.Dari dolu lagi pesan kau sila beramboss jauh jauh...!!!

Mahathir maklumkan tiada PM mahu datang bertemu dengannya... Orang bodoh ja terhegeh hegeh nak jumpa barua DAP@LeeKwanYew skg ni..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia berkongsi idea dengan setiap perdana menteri selepas pentadbirannya, namun mendakwa tiada siapa yang tampil menemuinya.

Malah menurutnya, ada seorang penggantinya tidak pernah bertanya pendapatnya sejurus mengetuai kerajaan.

“Saya dulu ingat bila Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) jadi perdana menteri, dia hendak tanya saya. Tapi tidak pernah tanya.

Ada orang nak melabur RM500 bilion di Pulau Langkawi jumpa saya (Tun)'.. betul ke apa yang Tun kata ni...pelabur bodoh aje yang terhegeh hegeh jumpa manusia yang tak ada kuasa nak buat keputusan... Orang duk kaki lima pun bole Jumpa orang tak ada kuasa sambil berkata "Tun saya nak melabur 10 billion di Langkawi bole kaa"..!?

Ni taktik hape pulak si renta ni buat bagi rakyat kesian kott...gi mampos la nak kesian kat legacy kau... Tak ada kuasa barua renta ni cari Melayu' bila berkuasa kroni Cina kaya dia bela orang Melayu' kaya kena maki hamun...

Dah nak mampos baru tahu barua DAap@LeeKwanYew anak cucu pejuang LGBT, COMANGO Mesra gereja. Dalam diam bagi Pulau Batu Putih Kat anak Lee Kwan Yew... Appuiii..!!

dolu dolu lagi dah pesan sila beramboss tapi kau tak nak beramboss...!!

#proklaminasipantekmaklulah

Anonymous said...

Bayangkan negeri Selangor dirampas PN.

Bayangkan Selangor jadi mcm Kelantan.

Mundur

Sampah bertebaran.

Jalan berlubang

Pelabur lari.

Bangsa lain lari keluar. Tinggallah otak Melayu sj urus ekonomi.(Sepatutnya gabung otak Melayu Cina India bangunkan ekonomi utk keuntungan semua dan negeri maju)

Tiap2 hari tumpu ilmu agama. Ilmu dunia x pandai.......

Lagilah kerap minum air kotor mcm di Kelantan.

Lagilah kerap banjir mcm di Kelantan.

Kedah pun semakin mundur dan kotor. Nak beraya pun x de air bersih. Teruk sangat.

Anonymous said...

Tadi keliling KLCC warga asing jusl jagung bakar orang sama tak perah serik elok penjara 3 bulan klu tak bole bayar tambah 2 tahun penjara...

PBT kena la effective Sket

Dah melampau

Anonymous said...

Tahniah kedah kelantan dan trengganu. Walaupun dirompak masih terus maju. Jom teruskan kemajuan bersama pimpinan yg bersih dan tidak korup.

Anonymous said...

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang didakwa sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum selepas kenyataan kontroversinya dalam artikel China Press.

Presiden UMNO itu dilihat berbeza pandangan dengan Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh yang mendesak supaya Guan Eng disiasat pihak berkuasa ekoran kenyataan yang dilihat berbau unsur perkauman kerana menyentuh isu yang sensitif.

(C&P)

Anonymous said...

Hasil minyak & gas semua digasak ditabur di KL,
Tnb bina empangan diTerengganu & Kltn apa orang disana dapat? dulu katanya janji elektrik murah untk orang Terengganu... hampeh .. duti pengambilan tanah utk kegunaan buat wmpangan pun entah dibayar atau tidak... yang dapat faedah adalah orang KL & selangor & negeri sembilan, johor, singapork, dll..
oh ya.. dulu katanya ada sekali ada berlaku kerosakan satu line cable utama ... bergelap selagor, ns, melaka,perak.. terpasa penduduk guna lilin & lampu minyak tanah macam tahun 30an..

Nah segala kesenangan di pantai barat adalah sebetulnya hasil sakau hasil mahsul pantai timur,..
Pastu ada ler pula melayu macai phbn pantai barat hina negeri2 & orang pantai timur...

Sial macai phbn nih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails