Saturday, July 29, 2023

Gelombang penduduk Cina menakutkan? Komen MB Perlis..

 

Barisan calon PERIKATAN NASIONAL di Pulau Pinang yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 pada 12 Ogos ini.

Gelombang sokongan penduduk Cina Pulau Pinang terhadap PN -MB Perlis.

PADANG BESAR: “Saya hadir di sana (Pulau Pinang) dan jumpa sebahagian penduduk Cina kebanyakan mereka bersama dengan PN. Itu yang diluahkan kepada saya di kedai kopi dan di tempat awam semuanya berhasrat begitu.” 

Demikian kata Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika ditemui di Stesen Penyelidikan FRIM, Mata Ayer, di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau juga telah hadir di Kedah malam tadi pada majlis pengisytiharan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) dan melihat secara atas talian program serupa di Pulau Pinang dan Selangor

“Saya lihat gelombang rakyat belum reda malah semakin meningkat dan saya yakin apa yang dilihat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, PN akan menang di enam negeri yang terbabit dengan PRN 2023,” tegasnya sambil menambah, beliau yakin PN akan membuat kejutan di Pulau Pinang dan Selangor.

“Pulau Pinang pun ada gelombang kebangkitan anak muda dan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan memberi kelebihan kepada PN,” ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, pergolakan yang berlaku membabitkan parti komponen PH-BN itu akan memberi kelebihan kepada PN.

Tambah beliau, gelombang di Negeri Sembilan dilihat berlaku secara senyap seperti di Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lepas.

“Negeri Sembilan ni macam Perlis, senyap sahaja lepas itu akan berlaku perubahan. Selangor pula mengalami gelombang hebat insya-Allah akan berlaku perubahan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gelombang penduduk Cina menakutkan? Komen MB Perlis..

Lihat ini..

(i) Rakyat bimbang harga barangan asas naik lagi. 


MB Perlis, Mohd Shukri Ramli menegaskan bahawa kerajaan PH-BN perlu memberi keutamaan kepada isu tersebut kerana ia boleh menjejaskan kehidupan rakyat terutamanya golongan miskin.

“Buat masa sekarang kita perlu tingkatkan ekonomi rakyat dan mengawal harga barang terutamanya keperluan harian,” kata beliau.

(ii) Serangan politik Sanusi bangkitkan gelombang rakyat 


Kesan serangan musuh politik terhadap Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara tidak langsung mengundang gelombang rakyat terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN).

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, 
“Namun, penyokong dan pendukung menjadi benteng pertahanan supaya PN tidak goyah diserang musuh,”. 

Katanya pada majlis pengumuman calon PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, malam tadi.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

5 comments:

  1. Akhirnya pada Januari 2023 yang lalu, Rafizi ‘menjemput’ Dato’ Tuan untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaannya.

    Nadanya berubah 180 darjah. Daripada satu tuduhan kepada ‘mahukan penjelasan’.

    Fitnah Rafizi memakan diri sendiri. Gelombang anak muda sendiri bangkit tunjukkan signal mereka menolak politik fitnah.

    (C&P)

    Jom tammatkan politik fitnah dan mencaci bangsa melayu. Bersatu dan berjemaah menolak temberang bmx. Menolak ideologi komunis dapig. Menolak pencetus 13 Mei. Menolak parti culinary.

    Bersama parti pendokong perlembagaan negara.

    ReplyDelete
  2. SUDAHLAH diizinkan masuk, menghina Malaysia, kemudian dibenarkan keluar tanpa hukuman.

    Begitu lunak layanan kerajaan madani terhadap The 1975 yang sudah terang-terang mempromosikan LGBTQ, menghina agama dan memperlekeh undang-undang negara.

    (C&P)

    ReplyDelete
  3. Walaupun PRN kali ini hanya di enam negeri, tetapi keikhlasan kerja dan kesungguhan PN dalam pemerintahan ke atas rakyat akan membuka hati banyak pihak untuk mengundi gabungan itu kali ini.

    “Kita doa, Allah alih hati manusia, buka hati orang Umno, orang PKR, orang PAN untuk undi PN. Untuk bina semula negara ini. Walaupun PRN ini hanya di enam negeri, tetapi ia boleh jadi referandum atau isyarat besar.

    “(Iaitu) kepada Anwar dan PH-BN untuk undur dari Pusat. Semua ini kuasa Allah untuk buka hati, untuk sedarkan apa terjadi di sekitar kita melihat apa dilakukan kepada PMX dan konco-konconya,” harap beliau.

    (C&P)

    Semoga fitnah dn bohong dari PMX dan Pudin kdn menemui noktah penamat.

    ReplyDelete
  4. Dari bn ada 47 kes.
    Dari pn zero kes.
    Dari bn ada hoi hoi ya hoi.
    Hoi hoi ya hoi dah dihalalkan oleh bmx.
    Yg bodoh jer masih sokong bmx dan hoi hoi yang hoi.
    Yang waras dah hijrah bersama pn.

    ReplyDelete
  5. Suasana panas tercetus seketika apabila lagu “Hoi hoi ya hoi” dinyanyikan di beberapa pusat penamaan calon di enam negeri yang mengadakan pilihan raya.

    (C&P)

    Walanun tak bengkek ker dengar lagu tu.

    ReplyDelete