Wednesday, July 12, 2023

Hutang peneroka FELDA: Siapa hapuskan? Anwar pemangsa & liwat.

 


Siapa hapus hutang peneroka FELDA RM8.3 bilion

SAYA terpinga-pinga sekejap apabila Perdana Menteri kata Tan Sri Muhyiddin tak pernah melupuskan hutang peneroka FELDA. Dia kata yang melupuskan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion adalah dia. Kononnya dia baru saja tandatangan satu dokumen untuk melupuskan hutang peneroka pada bulan Jun 2023. Eh, apa hal ini?  Saya diberitahu ramai pegawai FELDA dan peneroka yang hadir dalam majlis itu pun terpinga-pinga tak percaya. Sebab hutang mereka dah lama dilupuskan semasa Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri.

Saya pun tertanya juga. Betul ke? Manalah tahu takut ada silap di mana-mana. Saya semak balik jawapan-jawapan Parlimen oleh Menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal FELDA. Semua kata hutang peneroka telah dilupuskan pada tahun 2021. Takkan Menteri berbohong di Parlimen. Di mana silapnya? 

Kemudian ada kawan forward kepada saya satu lagi video Perdana Menteri. Dia kata kalau betul Kerajaan PN dah lupus hutang peneroka FELDA, kenapa dalam Bajet 2021 dan 2022 tidak ada peruntukan untuk melupuskan hutang FELDA.

Oh, serta merta saya faham sebenarnya ada masalah dalam kenyataan Perdana Menteri.

Pelupusan hutang peneroka FELDA tidak memerlukan peruntukan dana kerajaan ketika ia dilupuskan kerana itulah ia tidak ada di dalam Bajet. Hutang-hutang itu ibarat ‘bad debt’ atau hutang lapuk yang tak boleh dikutip oleh FELDA. Bila hutang-hutang itu dihapus kira, ia tidak lagi dikira sebagai sebahagian daripada aset FELDA. Itu saja.

Jadi apa pula nak dikaitkan dengan Bajet pada masa itu? Takkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tak faham perkara ini? 

Pada masa yang sama, pada tahun 2021, Kerajaan PN juga telah bersetuju FELDA menerbitkan sukuk berjaminan kerajaan bernilai RM9.9 bilion untuk membiayai pembelian saham FGV berjumlah RM3.9 bilion dan mengurangkan hutang FELDA kepada Maybank dan KWSP berjumlah RM6 bilion.

Sukuk ini boleh diterbitkan secara berperingkat. Maka pada 24 Mac 2021, ketika Tan Sri Muhyiddin adalah Perdana Menteri, FELDA telah melaksanakan penerbitan pertama sukuk jaminan kerajaan berjumlah RM2.005 bilion bagi melaksanakan penyelesaian pinjaman dengan Maybank.

Seterusnya pada 16 dan 18 November 2021, iaitu ketika Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, FELDA telah melaksanakan penerbitan kedua dan ketiga sukuk sebanyak RM365 juta dan RM350 juta bagi melaksanakan penyelesaian pinjaman dengan Maybank. 

Keseluruhan sukuk yang diterbitkan sehingga bulan November 2021 berjumlah RM2.72 bilion. Jadi ada lagilah baki sukuk yang diterbitkan oleh FELDA selepas itu. 

Ini sukuk. Sebahagiannya bertujuan untuk menyelesaikan hutang FELDA kepada bank, bukan hutang peneroka FELDA kepada FELDA. 

Jadi dokumen apa yang Perdana Menteri tandatangan? Tak mungkin ia dokumen berkaitan dengan pelupusan hutang peneroka FELDA kerana jawapan-jawapan Parlimen, dan juga kenyataan mantan Pengerusi FELDA, mengesahkan bahawa pelupusan hutang peneroka FELDA telah selesai pada tahun 2021. 

Jawapan Parlimen ini tak boleh main-main. Kalau salah, Menteri yang bertanggungjawab boleh dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat.

Saya tak fikir Menteri tersilap kerana jawapan Parlimen yang disediakan oleh pegawai telah melalui beberapa tahap semakan dan tapisan di jabatan dan Kementerian yang berkaitan sebelum sampai ke Parlimen.

Kerana tuduhan ke atas Tan Sri Muhyiddin adalah berat, eloklah Perdana Menteri tunjuk dokumen apa yang dia tandatangan?

MARZUKI MOHAMAD – HARAKAHDAILY 10/7/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hutang peneroka FELDA: Siapa hapuskan? Anwar pemangsa & liwat. 

Ya, memng peneroka FELDA cuba dijadikan mangsa politik Anwar. Lihat apa kata NARAZA MUDA Aktivis Pejuang Isu FELDA -HARAKAHDAILY 10/7/2023


(i) Peneroka FELDA cuba dijadikan mangsa politik Anwar

TIBA-tiba warga Peneroka FELDA menjadi keliru dengan perkembangan terkini selepas sambutan Hari Peneroka FELDA 2023 di MAEPS baru-baru ini selepas Perdana Menteri menyentuh berkaitan hutang peneroka.

Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan penghapusan  hutang peneroka FELDA dilakukan olehnya walaupun peneroka FELDA sebelum ini sudah tahu hutang mereka telah dihapuskan kira oleh Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengambil alih pentadbiran daripada Pakatan Harapan.

(ii) Semakan kehakiman kes liwat: Ini masa yang sesuai -AHMAD FADHLI SHAARI KP PAS & KP PN

Saya membaca kenyataan YAB Perdana Menteri yang memuji Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat (yang pernah dimohon oleh Datuk Seri Najib Razak agar menarik diri dari mengadili kesnya) yang disifatkan berani dalam mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman. 

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa terdapat hakim-hakim yang sebelum ini membuat keputusan yang menyimpang dari unsur-unsur keadilan.

“Pelanggaran prinsip pengasingan kuasa secara terang-terangan oleh mereka yang memegang tampuk kuasa tidak lama dahulu, telah menyaksikan serangan yang kejam terhadap badan kehakiman. Ia memuncak dengan kemerosotan proses kehakiman itu sendiri, terutamanya kes melibatkan ahli politik yang telah menimbulkan ancaman serius kepada kuasa yang ada. 

Akibatnya, ada hakim-hakim tertentu membuat keputusan kehakiman yang benar-benar menyimpang daripada unsur-unsur keadilan dan cetusan hati nurani yang baik,” katanya.

Ini merupakan petikan kata-kata AHMAD FADHLI SHAARI seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian di pautan:  https://www.sinarharian.com.my/article/267504/berita/nasional/anwar-puji-tengku-maimun

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita.
 
Mereka cuba menfitnahkan hutang peneroka FELDA. Mengelirukan siapa yng menghapuskan..

Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

9 comments:

  1. Jawatan kosong: Pakar sakit jiwa diperlukan di pejabat PM dengan segera.

    ReplyDelete
  2. Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa rumah di Sungai Long yang didiami Anwar adalah milik “tauke Cina yang penuh misteri”.

    Chegubard berkongsi dokumen yang didakwa ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Anwar yang mengesahkan banglo itu dimiliki oleh individu yang dikatakan ahli perniagaan.

    Dalam sidang media yang diadakan selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM, Badrul turut membangkitkan isu Anwar menggunakan beberapa kereta mewah yang didakwa bukan milik pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

    Ini termasuk kereta Jaguar yang didakwa dimiliki oleh Yayasan Aman Berhad, yang Anwar adalah pengasas dan penasihatnya, dan sebuah BMW yang didakwa dimiliki oleh ahli perniagaan lain dari Selangor.

    “Sudah menjadi kebiasaan bagi Anwar untuk bergerak dengan kereta mewah, walaupun sebelum menjadi perdana menteri.

    “Bagaimanapun, tiada rekod mana-mana kereta dalam senarai asetnya yang diisytiharkan,” katanya.

    (C&P)

    ReplyDelete
  3. PAS telah mencapai kerusi terbanyak dalam kalangan semua parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan ini menjadi kebimbangan DAP. Gusarnya DAP jika Islam berkuasa.

    Maka diterbitkan istilah ‘gelombang hijau’ dengan tujuan songsang.

    DAP cuba menimbulkan ketakutan terhadap ‘gelombang hijau’ dengan memburukkan PAS. Namun, wajah buruk DAP yang terzahir.

    (C&P)

    Jika yang takut itu orang cina, tiada masalah. Kerana dia bukan Islam.

    Masalah besar ialah ada yang sanggup tinggal di rumah yang diberi oleh taukeh cina. Jika perkara ini dusta, sila buat report polis. Nampaknya untuk duduk di kerusi empok, terpaksa terima suapan.

    Ini yang jahat. Sanggup jadi penghalang kepada agamanya untuk berkembang. Jadi ejen komunis dapig.

    Ini tidak berlaku dalam pimpinan pas. Kalau kaya itu usaha sendiri. Kalau miskin, tidak ambil makan yang haram suapan atau rasuah.

    Nyata beza kualiti pimpinan pas dan pimpinan parti liberal.

    ReplyDelete
  4. kuncu2 imf dah masuk secara resmi ke kementerian kewangan, dah pun meeting dengan barua2 mereka disana,
    apa yg dibincangkan dan dibuat disana mereka lah yg tahu..
    Bagi rakyat yg sedar maka fahamilah itu bukan pertanda yg baik untuk negara, rakyat dan ugama.

    Berdia sdan berusaha supaya phumdap tumbang awal,
    Prn6 negeri mudah2an mereka kalah semua,
    insya'Allah PN menang semua enam negeri.

    ReplyDelete
  5. Tergelak sepanjang tengok video Rafizi kasi ajar pegawai kerajaan negeri di Kedah dan ketua peladang apa ntah.

    Paling lawak pemimpin pknk main tembak kes Elon Musk. Tergagap lps kena sama Rafizi.

    Patutlah Kedah semakin mundur

    Ha ha ha

    ReplyDelete
  6. Rapizi tu kaki twist. Pakar formula. Memang payah nak jawab formulanya. Bila elon nak datang. Mungkin bawa wand stick.

    Biarlah rakyat tempatan pulihkan ekonomi. Bukan bergantung dengan orang luar.

    ReplyDelete
  7. Cakap tak serupa bikin. Tuduh orang ni korup. Orang tu korup. Rupanya bang non yang kaya. Bukan saja pandai temberang. Sugar daddy pun ada.

    Hancur negaraku dikerjakan oleh kaki temberang. Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun. Kita laaawan rasuah habis habisan, rupa rupanya bang non pun terlibat sama.

    ReplyDelete
  8. Komplit pakage.
    Sembang ada.
    Temberang ada.
    Liwat ada.
    Rompak ada.
    Lanun ada.
    Rasuah ada.
    Sugar daddy ada.
    LGBT ada.
    Pathological liar ada.
    Cakap tak serupa bikin ada.

    Ranap negaraku.
    Sakit rupanya dia.

    ReplyDelete
  9. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada puak pelampau yang sengaja memainkan serta menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum.

    (C&P)

    Tangkap jer eng guan. Dia yang start.

    Tak mungkin berlaku. Tapi kalau yang buat dari pn, pasti dah terima habuan.

    Tu lah kalau mat temberang beri janji. Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

    ReplyDelete