Friday, July 14, 2023

Ini jawab 'pembodohan Anwar'. Madani hilang S'gor&N9 -kajian S'pura.



.1. Menjawab pembodohan Anwar Ibrahim


GELI hati saya mendengar jawapan Anwar apabila ditanya seorang pelajar mengenai parti yang patut dipilih dalam PRN nanti.

Pilih parti yang sudah terbukti berjaya ataupun parti yang selari dengan Kerajaan Persekutuan walaupun cacamerba.

Pelajar itu ambil contoh Terengganu. Pelajar itu bagi fakta kenaikan kadar pertumbuhan ekonomi di Terengganu yang diukur melalui KDNK.

Fakta tersebut diambil melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bukan daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

Anwar macam biasa, semua benda nak buat pandai walaupun bodoh.

Perdana Menteri ke-10 (PMX) bagi tahu walaupun peningkatan ekonomi Terengganu tinggi pada tahun 2021 iaitu naik 4 peratus ia masih rendah berbanding Selangor yang naik 1 peratus, kerana Terengganu negeri miskin, Selangor negeri kaya.

Tak betul tu Bang Non, untuk makluman Bang Non KDNK adalah ukuran prestasi dan kerancakan aktiviti ekonomi di sesebuah negeri. Ia tiada kaitan dengan tahap kekayaan atau pendapatan negeri tersebut.

Kalau KDNK diukur berdasarkan tahap pendapatan dan kekayaan, tak usah dibuat perbandingan KDNK antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Kerana sudah tentu tahap kekayaan negara kita jauh lebih rendah daripada mereka.

Kemudian Bang Non turut berkata sektor paling tinggi di Terengganu adalah sektor minyak mentah dan gas asli yang menyumbang kepada KDNK,

Bang Non nak claim peningkatan KDNK adalah sebab PETRONAS, PETRONAS bawah Kerajaan Persekutuan, jadi sebab Kerajaan Persekutuanlah KDNK Terengganu tinggi.

Wahai PMX, pelajar itu menyatakan mengenai pertumbuhan KDNK, apa yang PMX jawab itu pendapatan negeri. Kalau PMX tak boleh nak bezakan benda ini, mohon diam.

Adapun berkenaan KDNK, sektor paling besar menyumbang kepada KDNK mengikut turutan adalah sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan.

Industri minyak dan gas berada di dalam sektor perlombongan wahai PMX.

Purata sumbangan KDNK sektor ini kepada Terengganu hanyalah di bawah satu peratus. Ini adalah fakta yang jelas dinyatakan berdasarkan laporan DOSM.

Ok kalau nak sangat kata sebab PETRONAS KDNK Terengganu mencanak, PETRONAS dah wujud lama, bukan sejak Bang Non jadi Perdana Menteri.

Adoi! Lemah sungguh Perdana Menteri kita ni, malang buat Malaysia. Patutlah Tun bermatian tak nak bagi Bang Non jadi Perdana Menteri.

Hanya penjilat Bang Non yang kurang cerdik saja mudah ditipu dengan mudah. Semoga segera tumbang.

RAZAK BIDIN – HARAKAHDAILY 11/7/2023
Postscript – Yang tersirat daripada soalan pelajar itu adalah Kerajaan PAS Terengganu terbukti berjaya membangunkan ekonomi negeri.
Kredit gambar – Bro Zam Yahya


2. Badan kajian S’pura jangka PH hilang Selangor, N Sembilan 

KOTA BHARU: Kajian yang dibuat sebuah badan dari Singapura mendedahkan Kerajaan Madani kemungkinan hilang Selangor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kajian tersebut selari dengan ramalan yang dibuat oleh PERIKATAN NASIONAL (PN) sebelum ini.

Selain itu katanya Pakatan Harapan (PH) juga menghadapi persaingan serta kejutan yang akan berlaku di Pulau Pinang, manakala PN akan terus memperkukuhkan cengkaman di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Maklumat tersebut agak munasabah dengan kajian yang kita buat. Saya juga pergi banyak tempat jelajah bersama pimpinan PN, didapati sokongan rakyat kepada PN semakin meningkat.

“Bukan kita over confident, tidak boleh, tetapi hakikatnya rakyat kekal bersama kita,” katanya pada Dialog Isu Semasa di Kota Bharu Trade Center (KTC) di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN) merugikan Umno, sedangkan diuar-uarkan parti itu mempunyai tiga juta ahli.

Oleh itu kata beliau Presiden Umno, Dato’ Seri Zahid Hamidi perlu dipertanggungjawabkan sekali lagi sekiranya parti tersebut gagal mendominasi kerusi pengundi Melayu pada PRN nanti.

Malah jelas beliau lagi 26 tokoh penting Umno bersama penyokongnya sudah bersedia untuk mengangkat kaki kerana Umno tidak lagi dihargai dalam gabungan tersebut.

“Sampai PH memerlikan Umno kalau boleh menang satu dua kerusi pun sudah dianggap besar. Kita pun sedih Umno sebuah parti besar dengan tiga juta ahli sekarang menjadi pengemis meminta kerusi.

“Umno jadi pengemis di negeri majoriti orang Melayu daripada parti yang didominasi bukan Melayu, mereka tidak akan beri kerusi dia kepada Umno, percayalah,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/7/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini jawab 'pembodohan Anwar'. Madani hilang S'gor&N9 -kajian S'pura.

(i) Ini boneka tanpa sedar. 


Anwar daripada PKR telah dapat habuan menjadi Perdana Menteri manakala DAP pastinya juga turut mendapat habuan mereka. Mari kita lihat antara habuan yang diperolehi oleh DAP,

i) Penarikan Rayuan Kes Jill Ireland dalam isu kalimah Allah dipercayai dipengaruhi oleh DAP. Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyatakan Menteri DAP pernah memohon agar kes ini ditarik pada 2020 sewaktu PH masih memerintah dan akhirnya pada 2023 kes ini ditarik jua.

ii) Menerima peruntukan besar dari Perdana Menteri ke-10 (PMX) untuk ‘memajukan’ Pulau Pinang. Nga Kor Ming sendiri menyebut, “Peruntukan berjumlah RM211.405 juta menerusi 41 projek di Pulau Pinang adalah peruntukan paling besar yang pernah diberikan kepada Pulau Pinang.”

iii) Pelantikan di posisi strategik seperti Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan. Posisi ini sangat penting kerana ia membabitkan urusan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan dan Perumahan.

DAP juga menguasai Exco dengan portfolio yang lebih kurang sama di ke semua negeri bawah pemerintahan PH.

Sebagai contoh,

Selangor: YB Tuan Ng Sze Han (DAP)
Pulau Pinang: YB Jagdeep Singh Deo A/l Karpal Singh (DAP)
Negeri Sembilan: YB Tuan Teo Kok Seong (DAP)

Bukankah posisi ini memberi ruang lebih mudah kepada DAP untuk mencapai agenda mereka dalam aspek ini antaranya menjayakan Pilihan Raya PBT?

Ada masanya seorang ‘puppet’ tidak sedar bahawa dia ialah boneka yang sedang dicatur musuh. Dia sangka dialah yang mencatur, tanpa disedari sebenarnya dialah yang sedang dicatur!

Sedutan dari DR. MOHD ZUHDI MARZUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY 10/7/2023

(ii) 10 bukti DAP-PH cetus api perkauman dan agama 

Disenaraikan di sini, 10 Bukti Pimpinan DAP-PH Pencetus Api Perkauman Dan Rasis
(Edisi Kemaskini daripada catatan Dr. Asyraf Wajdi)

1) Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa PAS akan musnahkan tokong dan menafikan hak bukan-Islam jika memerintah Pulau Pinang. (7 Julai 2023).

2) Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa kononnya Pulau Pinang akan dihapuskan jika PN menang di Pulau Pinang.(30 Jun 2023).

3) DAP cuba mencucuk jarum perkauman dengan mempolitikkan isu kompaun PBT terhadap pakaian peniaga di Kelantan. (Jun 2023).

4) Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa Malaysia tidak lagi memerlukan parti Melayu (Jun 2023).

5) Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy mempersoalkan penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam. (Februari 2023).

6) Exco DAP, Teng Chang Kim bersikap biadab apbila mengaitkan isu arak dengan solat. (Januari 2023).

7) Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming mendakwa Malaysia akan menjadi Taliban apabila ditadbir PAS. (November 2022).

8) Bekas pimpinan kanan DAP, Lim Kit Siang menekankan bahawa Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia. (November 2022).

9) Penceramah DAP, Hew Kuan Yew membuat kempen rasis dengan menyeru masyarakat Cina menyambut baik perpecahan Melayu. (November 2022).

10) Pimpinan DAP, P.Ramasamy campur tangan dalam isu pengislaman tiga kanak-kanak sehingga mendakwa kes ini membabitkan paksaan memeluk Islam. (Februari 2022)

Sedutan dari KAMIL ARIF BAIHAGI Pengerusi SiswaPAS Malaysia – HARAKAHDAILY 13/7/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Inilah jawapan 'pembodohan Anwar'. dan pendedahan kerajaan Madani yang akan hilang S'gor&N9 -hasil kajian S'pura. 

Kepada rakyat Malaysia, tungggu apa lagi, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

7 comments:

Anonymous said...

Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat cuba untuk ‘melencongkan’ segala kegagalan mereka mentadbir negeri itu dengan membangkitkan sentimen 3R iaitu kaum (race), agama (religion) dan raja (royalty).

Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, tiada apa-apa penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah sepanjang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN).

(C&P)

Ini statement penganut agama madani. Tugasnya tibai kerajaan yang tak sehaluan dengan agamanya. Tugasnya create fitnah.

Elok penganut ini perbetulkan aqidahnya. Bersihkan pimpinan dari rasuah. Bersihkan pimpinan dari temberang. Bersihkan aqidah dari idealogi komunis dapig.

Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun. Berjanji lupuskan hutang felda.

Anonymous said...

Puluhan peneroka haram Yahudi menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa di bawah perlindungan ketat polis Israel pada Khamis, lapor agensi berita Wafa.

(C&P)

Di negaraku pun ada. Ceroboh tanah kerajaan, tanam musang king. Tapi kerajaan ameno takda teloq. Atau mungkin ada fulus masuk kantong.

Anonymous said...

Elon Musk jumps Brother Anwar Bin Ibrahim... Orang lain buat kerja Brother Anwar Bin Ibrahim dapat nama..

Ceramah PRN nnti walaun akan terkinja kinja kena "goreng Madanon".


Tungguuu

Anonymous said...

Ia juga diraikan. Dapat difahami dalam banyak keadaan makian dan hinaan itu adalah sejenis jenaka dalam pengajian. Namun pada ketika tertentu makian yang dilabel sebagai jenaka itu keterlaluan, dan mungkin ia lebih banyak mengisi slot 'kuliah' itu berbanding ilmu yang disampaikan.

Memanglah, apabila dewan masjid itu bergemuruh dengan ketawa, siapa yang tidak naik syok. Ia akan mendorong seseorang ustaz - atau mungkin 'tuan guru' - untuk lebih melawak.

(C&P)

Tu lah. Bila terkena batang hidung, dikatakan makian dan hinaan. Ini dah berlaku sejak dahulu. Quran untuk manusia. Bukan untuk lembu atau kambing.

Tentulah yang faham, kadang kadang ketawa. Yang terkena batang hidung, takkan nak ketawa. Menyinga ada. Macam agama madani. Menyinga selalu.

Ini bahaya pengikut madani. Punya kecenderungan sentiasa menyalahkan para ustaz.

Anonymous said...

Elon musk buat kerja, anwar dapat nama.

Muhyiddin lupus hutang, anwar dapat pujian.

Bila negaraku nak maju. Asyik mencuri ide orang.

Anonymous said...

Depa tu ada dna komunis dapig.
Komunis dapig serang islamik politician.
Kuncu bmx serang para ustaz.
Bergabung cetus islamafobia.

Berang kerana kerajaan madani bukan fenomena.
Tapi gelombang hijau itu yang dipuji.

Dalam Madani ada perasuah.
Ada formula.
Ada temberang.
Ada sponsor.
Ada cabutan nombor halal.
Ada ideologi komunis.
Kerajaan madani.

Dalam gelombang hijau.
Semua tu tiada.
Rasuah tiada.
Temberang tiada.
Sponsor tiada.
Cabutan nombor tiada.
Komunis tiada.

Yang ada dalam gelombang hijau.
Malaysia negaraku.

Anonymous said...

Dap buat laporan polis terhadap MB kedah sebab nak tutup kes Lim Guan Eng takutkan pengundi cina tentang PN. Tak guna tutup pun sebab melayu dah sedar hati perut pemimpin Dap ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails