Ini, modal DAP cuba hasut pecah perpaduan masyarakat. Namun 'Gelombang Hijau' terus landa DAP.
Rakaman video yang tular dengan jumlah tontonan sebanyak 24.5 juta dan 1.2 juta tanda suka itu dipercayai berlaku di Indonesia. Video berdurasi dua minit dan 29 saat yang dimuat naik itu berjaya mencuri tumpuan netizen yang tersentuh hati melihat kelakuan baik kanak-kanak itu.
Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan serta kata-kata yang baik. "Allahuakbar, walaupun agama Kristian tetapi adik ini minat mendengar azan. Alhamdulillah syukur," kata @yakuza_reetakka.
"MasyaAllah, semoga Allah membimbing dia dan keluarganya," kata @xbunga."Jika Allah berkehendak tiada siapa yang dapat menghalangnya," kata @danial_fieq. "MasyaAllah, semoga menjadi anak yang berbakti dan patuh kepada keluargamu, kami semua menyayangimu," kata @rizkisetiawan1845.
Sementara itu, video berasingan di akaun yang sama memaparkan rakaman video wanita itu menyuap makanan kepada anak lelakinya sambil membuka laungan azan. Menerusi kapsyen yang ditulis, katanya dia tidak kisah membuka laungan azan, yang penting anaknya mempunyai selera untuk makan.
Naratif ‘gelombang hijau’ DAP
PAS telah mencapai kerusi terbanyak dalam kalangan semua parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan ini menjadi kebimbangan DAP. Gusarnya DAP jika Islam berkuasa.
Maka diterbitkan istilah ‘gelombang hijau’ dengan tujuan songsang.
DAP cuba menimbulkan ketakutan terhadap ‘gelombang hijau’ dengan memburukkan PAS. Namun, wajah buruk DAP yang terzahir.
Hujah yang diketengahkan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa tindak-tanduk DAP kini kian melampau telah terbukti.
Serangan dan fitnah terhadap PAS dibuat melalui berbagai saluran media bagi mencipta persepsi dalam kalangan pengundi bukan Islam.
Isu pengharaman arak dan judi di negeri PAS membuatkan DAP tidak senang duduk.
Adakah DAP ini tidak belajar apa-apa daripada kerjasama yang pernah terjalin dengan PAS dalam Pakatan Rakyat?
PAS bahkan pernah berdialog bersama pemimpin besar DAP bagi menjelaskan kekeliruan mengenai Islam, seperti menyiram air ke daun keladi. Perjuangan PAS melalui lunas demokrasi ini juga yang disalahkan.
Itulah sikap DAP. Menegakkan Islam dianggap satu kesalahan yang menakutkan tanpa mereka cuba mengkaji Islam.
Sedangkan sejarah membuktikan bagaimana orang bukan Islam hidup aman dan damai di negara-negara Islam ketika Islam memerintah dunia, bukannya ekstrem seperti yang DAP gambarkan.
YB Dr. NAJIHATUSSALEHAH AHMAD
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia
Adun Bota, 11 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 11/7/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, modal DAP pecah perpaduan? 'Gelombang Hijau' landa DAP.
Lihat ini juga..
(i) Jumlah pelaburan Selangor merosot suku pertama 2023
Selangor merosot kepada kedudukan ketiga berkaitan jumlah pelaburan bagi tiga bulan pertama tahun ini. Kedudukan itu berdasar perangkaan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Kemerosotan pelaburan menyebabkan ramai anak muda kehilangan pekerjaan.Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dalam tempoh tersebut Wilayah Persekutuan mencatat jumlah pelaburan tertinggi iaitu RM22 bilion dan diikuti Johor RM11 bilion. “Belum pernah Selangor jatuh ke kedudukan seperti itu, namun ia berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada Program Jelajah Selangor Baharu Kita Bangkit! Selayang di Simpang 4 Taman Selayang Mutiara Kampung Bendahara malam tadi.
(ii) Harga barang naik, apa respons kerajaan?
Ini, sedutan dari WAN MUHAMMAD ARIF WAN BAZLI FARIZ Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia 11 Julai 2023
Apabila ringgit jatuh teruk, pasaran saham merudum dan harga barang melonjak naik apa kerajaan respons?
“Ringgit jatuh bukan kerana saya.” – PM
“Ringgit jatuh jangan hanya salahkan kerajaan.” – Menteri Ekonomi.
“Nujum pak belalang ke nak ramal harga barang naik” – Menteri Komunikasi.
Sekian.
Kesimpulan:
Jom tinggalkan PMX Malaysia..
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita.
Kerana ini, modal DAP untuk pecahkan perpaduan rakyat. Namun 'Gelombang Hijau' terus melanda DAP yang khianat kepada negara itu.
Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!
INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN
Bersambung..
Sekian. Wassalam.
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.
8 comments:
Pengasas Twitter iaitu Elon Musk seakan masih tidak berpuas hati apabila pesaingnya iaitu aplikais Threads telah berjaya meraih lebih 100 juta pengguna selepas lima hari dilancarkan kepada umum.
Malah, baru-baru ini, Musk telah memuat naik sebuah ciapan berunsur kontroversi di Twitter dimana dia mencadangkan supaya adakan pertandingan ukur kemaluan (zakar) bersama pemilik Facebook, Mark Zuckerberg.
(C&P)
Ni orang kuat bmx. Yg menteri formula banggakan boleh majukan ekonomi malaysia.
Sialan.
Tergelak sepanjang tengok video Rafizi kasi ajar pegawai kerajaan negeri di Kedah dan ketua peladang apa ntah.
Paling lawak pemimpin pknk main tembak kes Elon Musk. Tergagap lps kena sama Rafizi.
Patutlah Kedah semakin mundur
Ha ha ha
Elon Musk.
Penyanyi sensasi Baby Shima, 28 bertindak mahu menyaman pendakwah PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor. Dia menerusi peguamnya Muhammad Noor Azfar Noor Azmi mengenakan tindakan tersebut berikutan dengan kata-kata fitnah terhadapnya.
(C&P)
Tudung pun tak pakai. Elon Musk.
Bila PMx menipu walaun PH masih terkinja kinja..
Kerajaan melupuskan hutang peneroka Felda seperti diumumkan bekas Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021 telah dilaksanakan berdasarkan bukti penyata tahunan yang diterima kebanyakan peneroka.
Beberapa peneroka Felda yang ditemui SatuBerita menjelaskan, penyata tahunan yang diterima daripada agensi tanah persekutuan menunjukkan pengurangan baki hutang sehingga 80 peratus.
Jelasnya, meskipun UMNO/Barisan Nasional (BN) membentuk kerjasama bersama musuh tradisi, UMNO masih tetap akan berpegang kepada pendirian ‘salah adalah tetap salah’ dalam apa jua keadaan.
(C&P)
Ini ucapan salah sorang pimpinan ameno. Langgar jer. Wak pun masih berkeliaran.
Banding bmx dengan mb trengganu. Macam langit dengan bumi.
Yang satu banyak temberang. Banyak angan angan. Banyak retorik. Lulusan general degree. Rumah pun taukeh cina supply. Pengangkutan helikopter jenis proton.
Satu lagi penuh fakta. Lulusan phd. Bijak dan rasional.
Melihat riaknya di Dewan Merdeka semasa Perhimpunan Agung UMNO 2023 lebih sebulan lalu di mana para perwakilan secara terang-terangan menyatakan solidariti mereka dalam usaha membebaskan Najib daripada hukuman penjara.
Kekecewaan penyokong Bossku semakin memuncak dan ahli-ahli akar umbi UMNO menyatakan mereka sanggup mengundi calon parti lawan bagi memberi isyarat protes kepada Kerajaan Perpaduan.
Peringatan juga telah diberikan oleh anak lelaki Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Mohd Nazifuddin.
Andainya gelombang Bossku gagal diredakan, UMNO bakal berdepan masalah besar di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya.
Jika pemimpin-pemimpin UMNO menyangka riak yang berkocak itu kini tenang, tanggapan mereka tersasar sama sekali.
Tiada Satu kerusi pun dimenangi calon UMNo di PRN 2023 kali ini..!!!
Tungguuu...
Post a Comment