Kuala Lumpur: Berhibur sambil ditemani pelayan pelanggan (GRO) mengikut pakej dipilih yang berharga mencecah puluhan ribu ringgit.
Taktik sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang di sini, dipercayai bagi menarik pelanggan terbongkar selepas serbuan dilakukan Unit Pencegahan Maksiat, Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Ahad lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan 1.10 pagi itu berjaya menahan 161 GRO dan pekerja premis.
"Hasil pemeriksaan, 84 daripadanya adalah wanita warga asing dan 22 wanita tempatan yang disyaki bekerja sebagai GRO, manakala 55 orang lagi terdiri daripada pengurus, penjaga kaunter serta pekerja.
"Mereka yang berusia antara 18 hingga 46 tahun ditahan untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, beliau berkata, pasukan serbuan turut memeriksa 336 pelanggan dengan enam daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.
Menurut Razarudin, polis turut merampas pelbagai peralatan antaranya telefon bimbit, perakam video, modem, penghala (router), set karaoke dan minuman keras serta wang tunai RM3,862.
Kata beliau, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
"Berdasarkan siasatan, premis yang berkonsepkan pusat hiburan dan mempunyai 17 bilik karaoke itu menyediakan pakej bayaran bermula RM3,800 sehingga RM25,000.
"Pengusaha turut dikesan menyediakan GRO warga asing dan tempatan mengikut permintaan pelanggan dengan kadar bayaran ditetapkan," katanya.
Tambahnya, premis yang didapati tiada lesen sah dan menyalahgunakan lesen restoran dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu beroperasi dari 8 malam sehingga 6 pagi setiap hari.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati semua pengusaha pusat hiburan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati menjalankan aktiviti terlarang.
PDRM akan menjalankan pemantauan berterusan bagi mengelak aktiviti terlarang yang berkemungkinan boleh berlaku disebabkan oleh pengunjung pusat hiburan dan memastikan ketenteraman awam terpelihara.
Disiarkan pada: Julai 25, 2023 @ 9:46am
Komen Weblog Ibnu Hasyim: KL, Pusat karaoke GRO 'kayangan'. PMX madani masih takut DAP?
Ya lihat ini..
(i) Guan Eng, RM2 juta didakwa untuk Najib bagi eratkan hubungan
Seorang bekas pengarah syarikat pembinaan memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa wang berjumlah RM2 juta yang didakwa diberi kepada Lim Guan Eng, adalah untuk dibayar kepada seorang ahli perniagaan dikatakan bagi mengeratkan hubungan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan projek pada masa hadapan.
Bekas pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Ibrahim Sahari, 59, yang merupakan saksi pendakwaan perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian ketika disoal peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim di hadapan Hakim Azura Alwi.
Lim berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Ibrahim Sahari berkata perkara itu didedahkan seorang lagi pengarah syarikat CZCSB Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli pada mesyuarat pengarah selepas menyedari dirinya ditipu oleh ahli perniagaan G. Gnanaraja yang merupakan orang tengah yang didakwa rapat dengan Najib
.
Sekurang-kurangnya 4 cabaran cuba ditimpakan ke atas MB Sanusi Md Nor ketika ini.
1. Cabaran berhadapan dengan konspirasi, berdepan dengan komplot, berdepan dengan rancangan jahat terpaksa ditempuh dan dihadapi.
2. Kemungkinan ditangkap, kemungkinan ditahan, kemungkinan di penjara.
3. Dibunuh, pembunuhan dalam berbagai bentuk. Kalau boleh dibunuh jasad, tak boleh dibunuh jasad, dijadikan sasaran nama untuk dibunuh. Kalau boleh dihilangkan sebarang pengaruh dengan membunuh peribadi.
4. Dikeluarkan dari negeri, dihalau keluar sama ada dalam bentuk kepungan yang menyebabkan terpaksa berhijrah.
Firman Allah SWT, “Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.”
Kesimpulan:
Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita.
Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!
13 comments:
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memimpin kerajaan dengan sombong, malah penuh angkuh apabila berucap mahu menerajang perasuah masuk dalam penjara.
(C&P)
Kadang memang seronok dengar temberang bmx. Penuh bertenaga. Bersemangat. Siap buat muka, mata, kening, muncung supaya nampak beria ia.
Tapi tulah. Nak terajang perasuah. Tapi wak jahid dia usung ke sana ke mari. Mana pegi sumpah dulu. Hoi hoi ya hoi. Saban hari lagu tu berkumandang di pentas ceramah pru 15.
Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun. Janji yang mencairkan ramai pengundi. Rupanya jadi janji yang paling legend. Ibu segala janji palsu. Banyak lagi janji yang palsu selepas itu.
Sekarang tagih simpati dari pengundi supaya beri undi kepadanya. Masih berharap pengundi sudi mempercayai setiap temberangnya. Siap guna agama lagi. Jadi imam. Kemudian balik semula dengan perangai lama.
Ramai di luar sana yang jujur dan ikhlas. Yang benar benar ikhlas membantu rakyat. Yang tidak guna temberang untuk raih undi. Yang lkhlas ini tiada pada bmx. Mb kelantan masih dengan stail lama menjalani kehidupan. Tiada sakau, tiada mewah, tiada penaja bunglow. Tiada guna fitnah untuk menjatuhkan lawan.
Mereka ikhlas dalam berpolitik. Ikhlas bersama rakyat. Yang menang itu yang memikul amanah. Tidak macam bmx, jaifuddin yang tewas diberi jawatan kdn. Supaya boleh terus berbohong dan fitnah.
Jom kalih. Dari jahat kepada baik. Dari mungkir kepada amanah. Dari bohong kepada jujur. Dari fitnah kepada fakta.
Begibikan kamu (Ibnu Hasyim) berdakwah ATAU meluahkan pendapat?
Beginikah kamu (Ibnu Hasyim) berdakwah atau mengeluarkan pendapat?
Kadang kadang bila terasa pedas, orang lain jadi tak betul. Macam bmx. Perasan dia terbaik. Tapi bawah ranking sanusi.
kita belani dengan dapig dengan gelakan kita tak berani je, nanti kami kerja kelas bantu gelakan menang. itu pasai bawa kes hulud ke mahkamah kes lama, saiya ampun maaf dah. kita keja kelas bagi gelakan menang ma, gelakan kawan kita, orang jawa makan tempe, tempe dibuat dari kacang soya ah jemm..
Jom berubah. Dah jemu dengar pembohongan setiap hari. Jemu dah. Asyik merompak melanun. Sembang kari. Ringgit masih down. Dulu janji najib turun ringgit naik. Rupanya anwar naik ringgit turun.
Merealisasikan hasrat Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia, Perdana Menteri mencadangkan agar struktur ekonomi perlu dirombak.
(C&P)
Boleh ker. Perasuah pun tak mampu nak diterajang. Terajang dulu 47 kes, baru indeks rasuah turun. Terajang dulu mentri kdn. Lantik yang menang pru. Baru kabinet stabil.
Sembang nak buat ini. Nak buat itu. Perkara basic pun payah nak buat.
Elon mana?
jom berubah. Dah jemu dengar pembohongan setiap hari. Jemu dah. Asyik merompak melanun. Sembang kari. Ringgit masih down. Dulu janji najib turun ringgit naik. Rupanya anwar naik ringgit turun.
Betul sangat tu non, patut kita sokong geng 33 bulan dulu, ringgit naik sampai 4.75, ayam turun 2 kupang, pastu telo takde sampai pusing rata jenuh cari kedai, minyak paket disimpan bertan tan company utk apa tak tau, pahtu kat kedah ada bina badan wanita, geng darai buka baju, kat kedah semua boleh, sokong sesangat geng 33 bulan, pastu kalau susah korek kwsp yang susah bila tua esok ko juga buka geng 33 bulan. ya dak ketua simpan duit tak abis, geng 33 bulan mana bohong yang selalu kalah pitnah tu kat mahkamah sebab cakap benda betul.. rindunya nak idup macam dulu minyak sampai 40 hinggit 5 kg. yang paket bagi je geng dapig. kita semua orang kaya.. jom konvoi, sebab konvoi ni dapat naikkan ekonomi negara.
Beza mbk bgan bmx.
Satu kena fitnah.
Satu kaki fitnah.
Satu manusia bebas.
Satu bekas banduan.
Bukanlah manusia baik.
Jika bekas banduan.
Bohongnya setiap hari.
Janjinya bertapok tapok.
BMX nak bagi rm 300. Pesara dapat rm200. Bagus juga dapat duit bantuan khas. Rakyat sangat perlu bantuan tu. Harga barang melambung. Nilai ringgit pun jatuh.
Tapi ingat tu bukan duit BMX. Tu duit cukai rakyat. BMX bukan ada duit. Rumah pun tauke cina sponsored. Kereta pun sponsored. Gaji pun tak ambik.
Tapi lagak macam berbudi dengan rakyat. Hampas. Sempat lagi bukak temberang dengan bantuan khas.
Boleh ker kata bantuan tu rasuah untuk dapat undi. Sajer tanyer.
Paling legend, masa pengumuman bantuan, 47 kes pun ada sama. Usung 47 kes ke sana ke mari. Kemudian sembang tolak perasuah. Ingat rakyat bodoh. Mudah ditipu.
Cukup cukuplah menipunya. Cuci najis masuk dalam tong najis. Bila nak bersih.
Tahniah geng ameno yg joint pn. Takziah yg tinggal dlm ameno. Mereka tu yg terencat. Tak kenal perasuah. Atau kenal perasuah dan ingin terus berasuah. Yg mental sudah kena block. Setia tak betul tempat. Setia pada temberang bersiri.
Jom pn kita tawan selangor. Lagi pun ph bukan pandai perintah. Eksport selangor pun jatuh. Konon pandai perintah. Eksport kedah meningkat.
Tuduh mbk pak lawak. Tapi banyak bahan bermanafaat dari mbk. Banding bmx. Banyak temberang.
Cakap sentiasa high. Tanpa fakta yg kukuh. Hentam keromo. Macam hentam keromo pasal harga minyak. Atau hentam keromo pasal nilai ringgit. Macam bawah level student form six. Tanpa knowledge yg cukup pasal ekonomi semasa.
Last last, rakyat tak pernah kecap harga minyak turun bila jadi BMX. Buat janji janji baru. Elon musk lah. Pelaburan berbilliun lah. Tangkap perasuah lah. Belum satu pun terlaksana. Sembang kari kuat.
Post a Comment