Monday, July 24, 2023

Lagi, hebat MB PAS Perlis.. Cemerlang di Indonesia.

 


SUKAN: Kontinjen UniMAP cemerlang di Indonesia

ARAU: Kontinjen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus melangkah cemerlang apabila berjaya meraih naib juara Karnival Varsiti IMT-GT ke-22 di Indonesia.

Penganjuran acara gilang-gemilang yang berlangsung selama tujuh hari itu telah diadakan di Universitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia. 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Profesor Ts. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, UniMAP telah menghantar seramai 29 orang pelajar melibatkan penyertaan dalam acara sukan, seminar dan kebudayaan. 

Menurutnya, kontinjen UniMAP yang diketuai Pengarah Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar (P3P), Prof. Madya. Ir. Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh itu berjaya memperoleh empat pingat emas – masing-masing dua emas pada acara seminar, satu emas bagi sukan tenis dan satu emas dalam acara kebudayaan.

“Persiapan untuk menghantar peserta ke penganjuran ini telah bermula dari bulan Mac 2023 melibatkan jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Pelajar (P3P), Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) UniMAP dan Pusat Kebudayaan UniMAP,” ujarnya..

Tambah beliau,  penglibatan pelajar dengan program yang bertaraf antarabangsa ini adalah satu inisiatif terbaik ke arah memupuk persefahaman kebudayaan antara masyarakat berlainan bangsa dan agama daripada pelbagai negara.

“Ia menjadi bukti bahawa semangat perpaduan dapat ditonjolkan melalui pelbagai aktiviti walaupun terdapat perbezaan dari segi budaya, agama dan latar belakang.

“Melalui perbezaan itulah pelajar perlu menggunakan setiap ruang dan peluang untuk mencari titik persamaan, berkongsi  idea seterusnya mengeratkan hubungan sesama negara melalui kerjasama yang dijalankan di samping mengambil peluang untuk meningkatkan perkongsian idea dan persaingan sihat melalui kebudayaan dan sukan,” katanya  dalam satu kenyataan, di sini.

Karnival yang dianjurkan ini melibatkan penyertaan sebanyak 12 buah universiti yang mewakili Malaysia, Indonesia dan Thailand. 

Terdahulu, ahli majlis Karnival Varsiti IMT-GT telah bersetuju untuk memilih Malaysia bagi penganjuran edisi ke-23 yang bakal diadakan pada tahun hadapan. – HARAKAHDAILY 20/7/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, hebat MB PAS Perlis.. Cemerlang di Indonesia.

Lihat ini..

(i) Negeri kecil, tapi Perlis tarik pelaburan bernilai RM2.5 bilion dalam tak sampai setahun.  

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli

Dalam tempoh tujuh bulan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis berjaya menarik pelaburan mencecah lebih RM2.5 bilion ke negeri itu. 

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata, kejayaan tersebut dianggap begitu memberangsangkan bagi mempertingkatkan lagi ekonomi negeri.

“Penting usaha kerajaan negeri menarik sebanyak mungkin pelaburan yang berpotensi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, di samping mengukuhkan ekonomi negeri.

“Insya-Allah, sikit masa lagi ekonomi negeri Perlis dapat seiring dengan negeri-negeri yang lain,” katanya di sini.

PN mentadbir Perlis selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke1-15 (PRU15) November lepas.

Hanya DUN Indera Kayangan terlepas ke tangan Pakatan Harapan (PH) yang dimenangi Gan Ay Ling. Perlis sebelum ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak merdeka.

 

(ii) Lagi kempen 'Beruk Kentoi', Perlis dijadikan ‘port healing’ kepada pelancong suka kedamaian. 

Wan Badariah Wan Saad Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan.

Perlis mempunyai kepelbagaian jenis makanan dengan harganya yang murah. Kata Wan Badariah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan.

“Makanan kita pun murah dan tempat inap desa yang disediakan kebanyakannya dihidangkan dengan suasana kampung.

“Berbeza dengan tempat lain boleh menginap di hotel mewah, tetapi Perlis kita sediakan penginapan yang dikelilingi alam semula jadi,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengalu-alukan pelabur yang berminat untuk membuka lebih banyak penginapan terutama di sempadan Perlis-Thailand.

Kerajaan negeri juga rancak mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dengan slogan Perlis Damai dan Menawan. 

Lagi kempen Beruk Kentoi..

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Jangan tertipu dengan suara sumbang memfitnah 'PAS tak mampu tadbir Malaysia'. Terbukti sekarang 'walaupun negeri besaq kelemboi' PAS cuba bangun bersama Islam. Insya Allah, Allahu Akbar!

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

9 comments:

Anonymous said...

Bmx lagi hebat. Kalau dia tak beri peruntukan kat kelantan, kelantan terus miskin.

Peruntukan tu duit siapa. Bukan duit bmx. Bmx pun tinggal kat rumah yg disponsored oleh tauke cina. Mewah berjuta harga rumah. Kereta pun sponsored. Ada hati nak bagi duit kat kelantan.

Lebih baik ngajak lgbt nonton 1975. Hobi bmx sejak dulu sebelum jadi bmx.

Anonymous said...

macam ni la nak jadi MB. MB rajin pi sekolah tak nakai jadi cikgu, tu yang hebat, yang kena buang sekolah juga yang diagungkan...

Anonymous said...

Setakat nakal ok lagi. Bukan banduan pun.

Anonymous said...

Budak budak kalau nakal biasalah.
Tapi kalau dah besar dah berakal
buat jenayah, tiada maaf bagi mu.
Nak taubat pun payah.
November ni lgbt datang lagi.
Coldplay.

Anonymous said...

Bimbang pulak kalau mati tak sempat taubat. Nanti ada lagi lgbt.

Pilih kerajaan yang tolak lgbt. Bergerak macam normal tapi yang sembunyi belakang normal tu yg dibimbangkan.

Anonymous said...

umno selama lebih 60tahun telah me-tunggang melayu & agama telah menjadikan melayu merempat ditanah pusaka melayu.

pahlawan2 melayu seperti matkilau tu pun digelar dengan gelaran jelik dalam buku sejarah pendidikan sekolah oleh umno adalah penunjuk penanda aras terbaik untuk menunjukkan betapa bencinya umno kepada perjuangan bangsa melayu.

jom humbam barua dap bernama umno beserta.

undi lah PN/Pas.

Anonymous said...

Cukup sudah ameno. Dah dapat peluang masa yg lama memerintah. Lebih 60 tahun. Udah tepu. Rebut jawatan, tipu rakyat.

Gabung ngan cenderung lgbt. Lagi parah.

Ada pulak komunis dapig dalam gabungan. Ni lagi parah.

Jom pilih kerajaan versi penduduk asal. Tiada lgbt. Tiada fahaman komunis dapig. Versi menurut perlembagaan yang termaktub.

Anonymous said...

Jom pakat pakat kalih n9, selangor dan p pinang.
Supaya dapat kalih bmx.
Supaya dapat kalih lgbt.

Anonymous said...

Lgbt ni tak ramai. Banding dengan manusia normal. Mungkin 10% jer. Tapi impak tinggi. Macam yg sorang lgbt pegi umrah. Pakai telekong. Kecoh dibuatnya. Tu baru sorang. Dah pegi negara orang putih.

Tu yg nampak. Yg sembunyi lgbt, tapi lagak normal lagi bahaya. Under ground.

1975 tu baru satu band. Tapi yg nonton ramai. Yg usia mentah mudah ikut. Yg kutei macam sorang mentri tu payah nak nasihat dah.

Minat terus lulus. Cenderung terus terkinja kinja. Rosak generasi baru. Hiburan songsang. November datang satu group lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails