Friday, August 25, 2023

PAS erat PKS Indonesia.. & Perlis lagi!



Delegasi PAS erat silaturahmi bersama PKS Indonesia

BARU-baru ini saya mengetuai Delegasi Ahli Parlimen Parti Islam Se Malaysia (PAS) seramai lima (5) orang ke Bandung dan Jakarta, Indonesia. Kunjungan ini bertujuan untuk memperteguhkan hubungan silaturahim antara dua parti iaitu PAS dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS). 

Kedua-dua parti ini mempunyai hala tuju dan misi perjuangan yang sama, iaitu bagi memenangkan perjuangan Islam melalui jalan demokrasi. Ini membolehkan Islam memerintah dan membawa kesejahteraan rakyat di dunia dan akhirat. Jalan demokrasi yang dipilih oleh kedua-dua parti ini menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa PAS dan PKS tidak anti-demokrasi dan memilih jalan damai. 

Pada pertemuan pertama di Bandung, saya bersama rombongan telah bertemu dengan Yang Terhormat Bapak Dr. Haru Suandharu, S.Si, M.Si, Ketua Dewan Pengurus Wilayah Parti Keadilan Sejahtera Jawa Barat, manakala kunjungan kami ke bangunan Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia (MPR) Jakarta disambut oleh Wakil Ketua MPR, Yang Terhormat Bapak Dr. H. Muhammad Hidayat Nur Wahid, MA. 

Kami bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan masyarakat Muslim di kedua-dua negara dan juga berkongsi pengalaman dalam perjuangan menerusi jalan demokrasi, di mana saya berkongsi pengalaman PAS sebagai Kerajaan dan juga Pembangkang. 

PAS sentiasa menjunjung prinsip demokrasi negara dan menjadikan politik sebagai salah satu medium dakwah. Pemerintahan berasaskan politik Islam dapat menunjukkan keindahan Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Kepelbagaian umat di Malaysia diterima sebagai sebahagian masyarakat tanpa mengenepikan hak-hak beragama bagi rakyat bukan-Islam. 

Pimpinan PKS yang ditemui sangat tertarik apabila mengetahui pengalaman 33 tahun PAS sebagai Kerajaan di Kelantan, yang sentiasa berlaku adil kepada semua masyarakat termasuk masyarakat bukan-Islam. Beliau berpendapat, pengalaman PAS sebagai Kerajaan di Kelantan ini dapat menafikan tanggapan dan ketakutan masyarakat bukan-Islam terhadap pemerintahan Islam sekali gus menepis kempen ‘Islamophobia’ yang dibawa oleh kelompok-kelompok anti-Islam. 

Ini secara tidak langsung dapat dijadikan model untuk meyakinkan masyarakat bukan-Islam di rantau ASEAN agar tidak terus takut dengan Islam. Di akhir kunjungan, PAS dan PKS sepakat agar hubungan sesama umat Islam di rantau ini perlu terus diperkukuh dan saling mendoakan agar kemenangan berpihak kepada Islam sama ada di Malaysia atau Indonesia dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pemilihan Umum (PEMILU) yang akan datang.

Turut bersama saya dalam pertemuan ini ialah YB Ustaz Muhammad Ismi Bin Taib, YB Dato Dr. Nik Zawawi, YB Ustaz Kamal Ashari, YB Ustaz Misbahul Munir Masduki dan YB Tuan Awang Solahuddin Hashim. Manakala delegasi PKS turut disertai oleh Ketua Fraksi PKS MPR Tiffatul Sembiring, Sekretaris Fraksi Johan Rosihan, Staf Khusus Wakil Ketua MPR Soenmanjaya, Anggota Komisi I DPR dan Wakil Ketua BKSAP DPR RI, balan Sukamta PhD, juga mantan Mentan Dr. Suswono. 

DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS – HARAKAHDAILY 21/7/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS erat PKS Inonesia..  & Perlis lagi!


Tunggu dulu, lihat ini..

(i) Perhatian, PKR angkat calon penipu?


Mengejutkan! Calon PKR untuk DUN Permatang, Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri rupa-rupanya pernah dipenjara 2 tahun dan dikenakan 2 sebatan.

Beliau pernah didakwa menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd dengan memperdayakannya supaya mempercayai bahawa sekretariat Pakatan Rakyat sedang mencari penaja bagi sambutan 100 hari pakatan itu memerintah (semasa itu).

Bukan itu sahaja, kelicikan Yahya mendorong Presiden syarikat tersebut memberikannya RM50,000 sebagai sumbangan, di Gardenia Coffee House Hotel Quality di Shah Alam pada 4 Jun 2008. Setelah 8 tahun berlalu, barulah kes ini disabitkan di mahkamah dan Yahya didapati bersalah. Kesihan..


(ii) Lagi, hebatnya MB PAS Perlis.. Prihatin terhadap tentera. 


Kerajaan Perlis memperuntukkan sebanyak RM40,000 setahun kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, ini kerana bukan suatu perkara yang mudah untuk mengurus dan mentadbir persatuan itu demi memastikan hal ehwal kebajikan veteran terus terbela.

“Dalam memastikan nasib veteran ATM di Perlis tidak terabai, kerajaan Perlis memperuntukkan geran tahunan sebanyak RM40,000 setahun.

“Ini bagi memastikan pentadbiran dan pengurusan persatuan berjalan dengan lancar,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PVATM Ke-58 di Dewan Kemas Alor Tampang, Beseri, semalam.

Menteri Besar berkata, segala pengorbanan veteran ATM tidak pernah dilupakan oleh kerajaan negeri.

“Tanpa perjuangan mereka, mungkin kita tidak dapat berdiri di sini dengan selesa sebagai rakyat sebuah negara yang berdaulat dan aman damai.

“Saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada semua ahli veteran kerana mempertahankan maruah negara daripada terus tergadai serta mengorbankan usia muda mereka demi keselamatan dan masa depan kita semua,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Bantuan Bencana negeri, Wan Badariah Wan Saad; Yang Dipertua PVATM, Dato’ Idrus Kassim dan Panglima Briged ke-30 Infantri, Brig Jen Yazid Yusof.

Al-hamdulillah!

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Jangan tertipu dengan suara sumbang memfitnah 'PAS tak mampu tadbir Malaysia'. Terbukti sekarang 'walaupun negeri besaq kelemboi' PAS cuba bangun bersama Islam. Insya Allah, Allahu Akbar!

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

6 comments:

  1. Kematian Salahuddin Ayub bagi aku sepatutnya menjadi peringatan kepada semua orang terutamanya orang2 politik dan juga macai2 politik.
    Sedang gah dipentas2 beri sarahan, media internet dsb tetiba jatuh sakit dan meninggal, .

    Adalah sesiapapun maka jika baik amalnya sewaktu hayat maka baiklah untuk dia begitu juga sebaliknya.
    Maka bayangkan lah sekiranya sesiapa yg sedap2 spin menyepin putar memutar trol menteol .. pastu tetiba sakit dan meninggal ..
    janji Allah swt itu benar, buat baik dibalas baik & buat jahat dibalas jahat, ... "dan dihari yg tidak berguna anak pinak harta benda pangkat serta darjat kecuali mereka yg datang mengahadap Allah dengan hati yg sejahtera" itu juga adalah benar..
    maka beringat2lah sebelum terlambat.
    Bagi aku itu itu adalah salah satu dari pelbagai peringatan yg datang dari Allah swt supaya setiap yg masih hidup sentiasa beingat-ingat,
    didunia nih hidup cuma singkat, di akhirat lah yg kekal.
    Surga Neraka itu hak Allah dikurniakan kpd sesiapa yg dikehendaki itu prasa benar, tetapi Allah juga menegaskan janji Nya bahwa berbuat baik itu dibalas syurga & berbuat sebaliknya dibalas neraka., dah Allah itu tidak memunkiri janji.

    Peace-

    ReplyDelete
  2. Al Jazeera melaporkan, waran yang dikeluarkan di Islamabad itu mendakwa,Imran Khan telah menghina SPR dan gagal menghadiri prosiding walaupun sudah mendapat notis dan waran sebelum ini.

    (C&P)

    Dlm kes mb tu. Tiba tiba 30 polis kerumun. Waran pun takda.

    Ni zalim atau apa. Tak ikut procedure.

    Ni kalau yang arah nangkap tu mati, mati beriman atau mati dalam melakukan kezaliman.

    ReplyDelete
  3. orang yg sedikitpun tidak mengkritik acara kugiran lgbt beromen dan bersama2 dengan pehak yg menjemput atau melulus progrem tu kemudian mati,
    tu kira dalam keadaan macam mana ya?
    bertaya untuk pencerahan aje.

    ReplyDelete
  4. Saifuddin selaku Setiausaha Agung PKR ketika itu telah bertanggungjawab menerbitkan dokumen fitnah setebal 91 muka surat.

    Dokumen tersebut bukan sahaja mengaibkan Almarhum Tan Sri sendiri, bahkan menjadi punca keretakan politik yang sedang mentadbir Kerajaan Negeri.

    Fitnah yang kelihatannya penuh dengan fakta itu dikendong ke hulu ke hilir memaksa Almarhum Tan Sri meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 21 September 2014.

    (C&P)

    Geng parti sendiri pun kena fitnah. Kalau parti lain lagi parah.

    Muka slamber jer. Macam tak buat salah.

    Dia juga yg lulus isu kalimah Allah boleh dipakai oleh non muslim. Juga batalkan ros supaya wak memimpin tanpa dicabar.

    ReplyDelete
  5. Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Kelantan dan Perlis tidak mampu membangunkan negeri tanpa bantuan Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai satu keangkuhan.

    (C&P)

    BMX ingat duit persekutuan tu duit dia. Siap rompak lagi royalti kelantan. Bagi kat pulau pinang. Kemudian bina lrt.

    ReplyDelete
  6. Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai khas kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perlu menjalani hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan rotan selepas dia gagal dalam rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan terhadapnya atas kesalahan menipu.

    (C&P)

    Aduuh yaaiii. Ingatkan bos pkr jer bekas banduan. Rupanya calon prn ni, ahli parti bos pun bekas banduan. Kitar semula yg bermasalah.

    Bilalah parti nak bersih. Politik nak bersih. Setakat sembang nak bersih bolehlah. Yg control parti orang yg tak bersih.

    ReplyDelete