KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim, kehilangan faktor `wow” seperti yang dimiliki Perdana Menteri sebelum ini apabila mengambil alih tampuk kerajaan.
Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, berkata walaupun Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PN-BN) yang kini menguasai Putrajaya, mempunyai 3M (Jentera, Wang dan Media), faktor `wow’ tidak berpihak kepada kerajaan yang dipimpin oleh Anwar.
Menurutnya, ini suatu kelebihan yang Allah SWT berikan kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Katanya, kebiasaan yang berlaku apabila sebuah kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri (PM) baharu, di sana ada faktor `wow’.
“Ketika Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengambil alih kuasa dari Tun Hussein Onn pada 1981, keputusan PIlihan Raya Umum (PRU) pada 1982, keputusan begitu cemerlang berada pada pihak BN.
“Kemudian setelah diambil alih oleh (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, PRU 2004 juga ada faktor `wow’. Apabila PM baharu datang, orang hendak cita rasa baharu. Kemudian (Datuk Seri) Najib Tun Razak pun sama, dia juga mendapat keputusan yang agak baik,” katanya ketika merasmikan Himpunan Jentera PN Hulu Langat di sini, malam tadi.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.
Petunjuk jentera pilihan raya PN yang menghadiri Himpunan Jentera PN Hulu Langat.Namun, Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, PMX (Perdana Menteri ke-10) sejak awal-awal lagi tidak kelihatan faktor `wow’ pada dirinya.
Sehubungan itu, katanya dalam keadaan hari ini ketika kecenderungan rakyat bersama PN, sama ada dari segi media sosial atau di lapangan, momentum ini perlu dikekalkan.
“Kita tak mahu semangat seperti sejenis air minuman (jenama popular) yang apabila dituang dalam kedai mamak, buih tinggi bukan main, tunggu selepas minit, habis buihnya. Kita hendak pastikkan momentum ini kekal dan diterjemahkan pada 12 Ogos nanti (hari pengundian)…itu yang kita hendak.
“Tidak ada maknanya kalau rakyat hari ini marah, tak puas hati dan sebagainya, tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk undi,” katanya.
Sehubungan itu, katanya jentera pilihan raya PN di setiap Parlimen Selangor perlu memastkan masing-masing menyumbang jumlah kerusi yang diperlukan untuk menawan Selangor. – HARAKAHDAILY 13/7/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PMX hilang taring kerana DAP. & sejarah bangsa Melayu 788 SM di Kedah..
Mengapa dikatakan begitu? Lihat ini dulu?
(i) Sejarah bangsa Melayu 788 SM di Kedah, 'X tonjol' kerana ada kaitan dengan DAP dan Anwar?
Lokasi | |
---|---|
Wilayah | Sungai Batu |
Koordinat | 5°41′43.08″N 100°27′14.76″E / 5.6953000°N 100.4541000°EE |
Jenis | Tapak Arkeologi |
History | |
Diasaskan | 788 Sebelum Masihi |
Budaya | Tamadun sungai batu |
Dikaitkan dengan | Industri Besi dan Perdagangan |
Bangsa Melayu dan tamadun awal Sungai Batu Kedah, penemuan arkeologi.
Penemuan tapak ekskavasi Sungai Batu yang berkeluasan 4km persegi di Sungai Batu, Kedah membuktikan kewujudan sebuah tamadun prasejarahan bangsa melayu kuno seawal 788 Sebelum Masihi.
Ianya terkenal sebagai pusat peleburan bijih besi dan merupakan sebuah tamadun tertua di Asia Tenggara dan juga meletakkan tamadun awal Sungai Batu lebih tua dari pengasasan Rom kuno. Penemuan ekskavasi ini bermula dari permintaan Jabatan Warisan Negara (JWN) agar Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melengkapkan data kawasan Lembah Bujang.
Permintaan ini dibuat kerana berdasarkan rekod Geographike Hyphegesis, Ptolemy menyatakan terdapat sistem dagangan diantara dunia Barat dan Timur melalui laluan Semenanjung Emas (Golden Chersonese) yang lebih dikenali sebagai Malay Peninsularpada abad pertama.
Hasil penemuan dari ekskavasi arkeologi menunjukkan wujudnya pusat pelabuhan kuno dan aktiviti perdagangan. Penemuan runtuhan binaan seperti jeti kuno, dinding bangunan pentadbiran dan tapak ritual setempat yang unik dibina menggunakan asas binaan bata menunjukkan masyarakat setempat pada masa itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni bina infrastruktur dan bangunan.
Pada tahun 2015, para arkeologi di Sungai Batu telah berjaya menemui bebarapa buah kapal kuno yang tertanam di dasar tasik sekitar kawasan ekskavasi. Kapal-kapal yang ditemui sepanjang 40-100 kaki dan dianggarkan berusia 2500 tahun dipercayai digunakan bagi tujuan perdagangan.
Rekod-Rekod Luar
Selain penemuan arkeologi, rekod-rekod luar juga ditemui membuktikan kewujudan tamadun awal Sungai Batu. Antara rekod-rekod yang ditemui berkenaan tamadun awal Sungai Batu:
- Rekod Arab ( Hoyland and Gilmour 2006; Krenkow, 1936; Rahman, 1955,1959)
- Rekod Tamil ( Nilakanta Sastri, 1038,1949; Thani Nagayam, 1968)
- Al-Kindi
- Al-Biruni
Di dalam rekod-rekod luar, nama kawasan tamadun awal Sungai Batu dikenali melalui dialek penulis rekod. Antara nama lain bagi kawasan tamadun awal Sungai Batu adalah Kalah, Kataha atau Kataram, dan Queada.
Di dalam catatan Al-Kindi pada abad ke-9 juga pernah menyebutkan bahawa kualiti pedang yang terbaik diperbuat dari besi Yemen, Qalai(Kalah) dan Hindi.
فالعتيق ينقسم ثلاثة أقسام أولها وأجودها اليماني ثم ثانيها القلعي ثم ثالثها الهندي
Tamadun Berasaskan Ekonomi.
Tamadun awal Sungai Batu dikenali sebagai tempat peleburan besi dan besi-besi yang ditempa digunakan sebagai barang dagangan. Industri peleburan besi ini juga disokong dengan rangkaian pelabuhan bagi tujuan eksport dalam dan luar kawasan semenanjung.
Dengan penemuan relau-relau peleburan besi dan tuyere, ini membuktikan semasa tamadun awal Sungai Batu menjadi tempat tumpuan perdagangan besi dari tamadun-tamadun yang lain di seluruh dunia. Di sekitar kawasan ekskavasi juga terdapat lambakan bijih-bijh besi dan tuyere. Besi-besi yang ditempa dieksport ke dunia Barat dan Timur melalui laluan air kuno menggunakan kapal dagang.
Penggunaan utama besi-besi yang ditempa adalah untuk pembuatan senjata kerana kualitinya yang baik. Kualiti besi yang dieksport dari kawasan tamadun awal Sungai Batu ini diiktiraf sendiri oleh [Al-Biruni] apabila beliau menyatakan tentang pedang Qala (Kalah) dimana tempat asal besi yang digunakan.
(ii) Apa yang patut pencinta-pecinta Islam buat sekarang?
Sedutan dari tulisan Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiah Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Ulama haraki menggariskan kepada kita lima perkara.
Kita mesti asak dan pasak dalam fikrah kita lima perkara di bawah:
1. Siapa yang menjadikan kita?
2. Kenapa Allah jadikan kita?
Jawapannya kembali kepada ayat al-Quran:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ
Maksudnya: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” (Az-Zariyat: 56)
Kita sebagai hamba-Nya, bukan tuan, tidak boleh derhaka kepada tuan.
3. Apa tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah? Jawapannya kembali kepada ayat:
وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ
Maksudnya: “Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang yang beruntung.” (Aali Imran: 104)
4. Bagaimana hubungan kita dengan alam? Lihat dua hadis berikut sebagai contoh:
i) seorang wanita masuk neraka dengan sebab tidak beri makan kepada kucing.
دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ في هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، ولَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِن خَشَاشِ الأرْضِ
Maksudnya: Seorang wanita masuk neraka dengan sebab seekor kucing yang diikat. Dia tidak memberinya makan. Dia juga tidak membiarkan kucing itu makan dari serangga, binatang di bumi. (Bukhari: 3318)
ii) seorang lelaki diampunkan dosanya kerana beri minum seekor anjing. Dalam hadis itu disebut, antaranya:
….فقالَ: لقَدْ بَلَغَ هذا مِثْلُ الذي بَلَغَ بي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أمْسَكَهُ بفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ له، فَغَفَرَ له
Maksudnya: Lelaki itu berkata: Anjing ini juga dahaga sepertiku’. Dia memenuhkan kasutnya dengan air. Dia menggigit kasutnya, kemudian memanjat naik dari telaga, lalu diberi minum kepada anjing. Allah membalas kebaikannya, lalu mengampunkan dosanya. (Bukhari: 2363)
Bagaimana kita berbuat baik kepada makhluk yang lain. Itu binatang. Bagaimana dengan yang lain?
5. Ke mana kesudahan kita?
Mereka yang boleh menjawab lima soalan ini, dia boleh menjadi insan yang soleh, yang sempurna. (Cuma tentulah jawapan itu dengan amalan, bukan sekadar jawapan di mulut)
Kita berada dalam jemaah Islam. Kita mesti menyempurnakan lima perkara di atas tadi. Walaupun matlamat yang kita mahukan itu masih jauh, tapi kita berada di atas landasan perjuangan yang betul.
Pimpinan parti kita kelihatan berbeza dari orang lain kerana kita ditarbiah dengan Islam.
Kita tidak meletakkan dunia sebagai matlamat. Kita letak keredaan Allah itu yang utama.
وَقُلِ اعْمَلُوْا فَسَيَرَى اللّٰهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُوْلُهٗ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ وَسَتُرَدُّوْنَ اِلٰى عٰلِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ
Maksudnya: “Dan katakanlah: ‘Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga rasulNya dan orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)k Malek yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (At-Taubah: 105) – HARAKAHDAILY 15/7/2023
Dan satu lagi, baca ini...
dah terbogel dah si anwax tu..
ReplyDeletepembohong tegar kata pengundi.
jom tolak pembohong..
undi pn/pas supaya dia meroyan.