Parti pemerintah Singapura, PAP, hadapi tekanan rasuah
SINGAPURA: Republik ini dikejutkan dengan berita seorang menteri Kabinet dan seorang hartawan ditahan berhubung satu daripada kes rasuah paling serius dalam tempoh hampir empat dekad.
Kes pembongkaran membabitkan Menteri Pengangkutan, S Iswaran dan Ong Beng Seng itu bukan saja mengancam imej negara itu yang sebelum ini terkenal dengan imej bersih, malah turut menjejaskan parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Singapura sentiasa tersenarai antara 10 negara paling kurang terbabit rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International, sejak ia bermula pada 1995.
Pegawai awam di Singapura adalah antara yang memperoleh gaji tertinggi di dunia, dengan Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong memperoleh pakej kira-kira SGD$2.2 juta (RM7.54 juta) setahun. Itu antara strategi yang menurut pemimpin politiknya mendorong untuk kes rasuah di negara itu kekal rendah.
Dalam kedudukan di peringkat global, Malaysia disebut turun enam anak tangga, yakni berada di kedudukan ke-57. Indeks tersebut dikeluarkan Transparency International, memperlihatkan kedudukan Malaysia berada di kelompok yang tidak baik dalam aspek rasuah. Sedangkan pada 2019 Malaysia berada di kedudukan 51 dengan skor 53 terbaik.
Mari kita meneropong apa yang berlaku di Pantai Timur, Semenanjung. Sehingga sekarang kerajaan Kelantan di bawah teraju PAS tidak pernah terpalit dengan kes rasuah atau salah guna kuasa.
Tempoh 30 tahun mempertahankan integriti bukan sesuatu perkara yang mudah. Kejayaan itu berpangkal kepada budaya kerja berteras Islam yang diterap di Kelantan sejak Oktober 1990.
Kerajaan Kelantan menyerap elemen agama dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri. Bermula dari situ dicetus dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sebagai tunggak utama pentadbiran kerajaan.
Dasar MBI menggariskan empat objektif utama iaitu memperbetulkan kefahaman yang menafikan dasar-dasar Islam dalam merealisasikan program pembangunan secara menyeluruh.
Melaksanakan dasar-dasar Islam ke arah merealisasikan ummah yang bertakwa, produktif, progresif dengan mengikut cara hidup Islam.
Menggubal dasar-dasar Islam dalam kerangka menggerakkan yang makruf dan mencegah elemen mungkar.
Dan melaksanakan dasar pembangunan negeri dengan menekankan keseimbangan antara kemajuan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Manakala dasar MBI pula berpaksi kepada tiga teras utama iaitu ubudiah, mas’uliah dan itqan (UMI).
Ubudiah berkait dengan soal iman atau akidah. Ia mengajak penjawat awam melaksanakan aktiviti harian selaras dengan kehendak agama.
Mas’uliah pula menekankan kesungguhan memikul dan melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
Dan Itqan menekankan amalan soleh atau akhlak yang menekankan ketekunan, kesungguhan dan komitmen melaksanakan tugas secara terbaik.
Peringatan itu ditekan Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz sehingga akhir hayatnya. Sekarang perjuangan itu disambung pula Ustaz Ahmad Yakob.
Berpaksi kepada prinsip dan amalan tersebut ternyata berjaya menyelamatkan Kelantan daripada ‘hantu’ rasuah sama ada membabitkan pimpinan negeri atau pegawai kanan kerajaan.
Kelantan ternyata berjaya mempertahankan sifar rasuah sejak sejak 1990 sehingga sekarang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah turut mengakui kejayaan itu hasil dasar MBI yang diperkenalkan kerajaan.
Malah pegawai tadbir negeri juga digalakkan mendalami pengajian tasawur Islam bagi memperkayakan pengalaman untuk menzahirkan urus tadbir cemerlang.
Ketika ramai bercakap tentang rasuah dan integriti, mengapa jarang orang mengamati model yang sudah lama membuah hasil di Kelantan?
(ii) Bagaimana pula DAP di Malaysia?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan mengambil kenyataan kedua daripada Menteri Sumber Manusia kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) daripada DAP, V Sivakumar, setelah dua pembantunya ditahan baru-baru ini.
Utusan memetik sumber sebagai berkata kenyataan tambahan melibatkan siasatan terhadap jutaan ringgit yang didakwa dibayar untuk mendapatkan kontrak kerajaan berkaitan kuota pekerja asing.
Laporan itu juga menyebut bahawa SPRM sedang mencari lebih ramai individu untuk membantu dakwaan bahawa pembayaran dibuat melalui orang tengah, dan seorang pemimpin parti politik boleh menjadi antara yang dipanggil.
No comments:
Post a Comment