Friday, July 14, 2023

Serangan seksual/mabuk. & ADUN (DAP?) kahwin sejenis, perogol..

 

Pangsapuri di daerah Tsim Sha Tsui, Hong Kong.

1. 7 pegawai penjara digantung tugas selepas lakukan serangan seksual terhadap wanita.


HONG KONG: Tujuh pegawai penjara Hong Kong ditahan dan digantung kerja selepas media tempatan melaporkan mengenai serangan seksual yang dilakukan ke atas seorang wanita selepas menghadiri pesta hujung minggu. 

Jabatan Perkhidmatan Penjara dalam kenyataan berkata, kesemua pegawai berusia antara 20 hingga 30-an itu digantung tugas dan sebarang pelanggaran undang-undang tidak akan diterima. Penyiar tempatan, Cable TV berkata, mangsa sebelum ini dijemput ke sebuah parti di sebuah pangsapuri di daerah Tsim Sha Tsui, Hong Kong yang turut dihadiri tujuh pegawai berkenaan.

Dalam kejadian itu, tiga pegawai lelaki berkenaan disyaki merogol wanita berusia 31 tahun itu di apartmen terbabit, manakala empat lagi melihat kejadian itu sambil melakukan onani di tepi katil, lapor South China Morning Post. 

Mangsa memberitahu polis bahawa dia berada dalam keadaan mabuk dan pengsan sebelum dirogol, kata akhbar itu. 

Dia membuat laporan polis keesokan paginya selepas sedarkan diri dan ditinggalkan bersendirian tanpa pakaian di kediaman berkenaan. 

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas lanjut berkaitan kes berkenaan oleh pihak polis.- REUTERS 


2. Bekas ADUN kahwin sejenis tak wakili DAP lagi – Chong 
Ketua Wanita DAP, Chong Eng

KUALA LUMPUR – DAP tidak mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan bekas wakil rakyat yang dikaitkan dengan isu berkenaan tidak lagi mewakili parti itu.

Ketua Wanita DAP, Chong Eng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam Pulau Pinang berkata, wanita yang dikaitkan dengan perkahwinan sejenis itu sudah berundur dari politik dan kini menetap di Amerika Syarikat (AS).

“Isu ini perlu dihentikan. Tindakan pihak yang menggunakan isu perkahwinan sejenis dipercayai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balik Pulau yang tular di media sosial kononnya disokong kerajaan adalah tidak berasas.

“Bekas ADUN ini difahamkan sudah menetap di AS selepas meninggalkan Malaysia yang beliau tidak lagi mewakili DAP selepas berundur dari politik. Kita juga tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan dia selepas pergi ke negara itu,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Sebelum itu, tular di media sosial perkahwinan sejenis memaparkan dua wanita membabitkan warga tempatan dan luar negara di sebuah premis inap desa persendirian di Balik Pulau awal minggu ini.

Difahamkan perkahwinan terbabit dikatakan berlangsung bulan lalu dan dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.

Kelmarin, Yang Dipertua Majlis Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan. -MalaysiaGazette


3. Bekas ADUN DAP bersalah merogol July 27, 2022  


IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas Yong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kemudian membenarkan Yong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Abdul Wahab berkata hukuman berat perlu dikenakan bagi memberi teladan kepada Yong dan masyarakat.

Beliau berkata ia supaya benar-benar memberi pengajaran dan amaran kepada mereka yang bertindak untuk melakukan kesalahan itu.

“Sebagai majikan sepatutnya bagi perlindungan kepada warga asing tetapi bertindak semata-mata nafsu serakah,” katanya.

Pada 31 Mac 2022, pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi iaitu Yong, 52, dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta bapa saudara kepada pembantu rumah itu.

Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8:15 hingga 9:15 malam pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin.

Sementara itu, Setiausaha di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Junjungan Sigalingging ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menunjukkan sistem perundangan negara ini yang adil. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimSerangan seksual/mabuk. & ADUN (DAP?) kahwin sejenis, perogol..


Lagi, lihat ini.

(i) Anwar tidak layak kekal sebagai Perdana Menteri 

Saya bukan jenis manusia yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji. Yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji ialah Anwar Ibrahim.

Dengan pembohongan yang terbaharu ini, semakin jelas Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang layak untuk kekal menjadi Perdana Menteri.

TAN SRI MUHYIDDN YASSIN 8 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 8/7/2023


(ii) Masyarakat kaum Cina perlu berani buat perubahan 

Selagi DAP masih mendapat tempat dalam kerajaan selagi itulah orang-orang Melayu Islam akan terancam dengan tindakan DAP yang mewujudkan permusuhan dengan masyarakat Cina.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita lakukan perubahan untuk merobohkan doktrin permusuhan yang telah dibina oleh DAP serta memadamkan persepsi orang Melayu selama ini bahawa DAP adalah parti yang mewakili masyarakat Cina. Inilah tanggungjawab kita dalam memastikan negara ini tetap aman dan harmoni.

MUHAMMAD FAUZI YUSOFF Pesuruhjaya PAS
Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 12/7/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita.

Lagi mabuk punya hal, serangan seksual kerana mabuk. Dan terbaru ADUN (DAP?) kahwin sejenis dan sebelumnya dikaitkan dengan perogol.. 

Namun 'Gelombang Hijau' terus melanda DAP yang khianat kepada negara itu.

Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

15 comments:

  1. Anak iblis sudah mula menyaman orang agama. Kerana ditegur hanya pada majlis tertentu pakai tudung. Pada waktu lain berpakaian seksi sambil melalak lalak. Dunia akhir zaman. Nafsu lebih besar dari hukum.

    ReplyDelete
  2. Tergelak sepanjang tengok video Rafizi kasi ajar pegawai kerajaan negeri di Kedah dan ketua peladang apa ntah.

    Paling lawak pemimpin pknk main tembak kes Elon Musk. Tergagap lps kena sama Rafizi.

    Patutlah Kedah semakin mundur

    Ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Pn hina sultan plak?

    ReplyDelete
  4. Patutlah ph makin merosot. Dipimpin oleh kaki temberang.
    Patutlah ameno makin merosot. Dipimpin oleh 47 kes.
    Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

    ReplyDelete
  5. Kaki temberang, 47 kes, adalah budaya iblis. Hindarilah.

    ReplyDelete
  6. Ahli Parlimen PKR Hassan Karim, antara penyokong blok kerajaan lantang mengkritik pentadbiran Anwar Ibrahim, meminta rakyat bersabar menunggu perdana menteri menyelesaikan pelbagai masalah negara.

    Wakil rakyat Pasir Gudang itu berkata Anwar yang mula memegang tampuk pemerintahan di Putrajaya pada penghujung November lalu kini giat menyelesaikan satu persatu masalah diwarisi daripada pentadbiran dahulu.

    Beliau turut mengibaratkan pentadbiran presiden PKR itu sebagai bayi berusia tujuh bulan yang belum pandai berlari.

    (C&P)

    Beliau ni pernah jadi tpm. Tetapi tergugur kerana jenayah. 20 tahun jadi pm tepi. Pengalaman luas. Tapi tak bermanfaat. Kerana itu beliau dijamin akan terus gagal.

    Sudah jadi pm, tapi tabiat temberang tak pernah kurang. Makin galak. Sampai hutang felda pun dijadikan modal temberang. Disiplin berpakaian di parlimen pun dah dirogol.

    Sibuk hadir majlis, pejabat selalu kosong. Hanya tunjuk muka untuk riak dan disanjung. Kerja tak buat.

    ReplyDelete
  7. Presiden Umno Zahid Hamidi meminta Sanusi Md Nor ‘taubat’ susulan dakwaan pemimpin PAS itu menghina Sultan Selangor pada satu ceramah di Selayang, kelmarin.

    (C&P)

    Suruh wak taubat dulu. Wak patut minta mahkamah bersidang cepat. Supaya kes wak segera selesai. Cer n muka dulu sebelum minta orang lain bertaubat.

    ReplyDelete
  8. betul la dipimpin kerajaan pdf, ketua kaki poteng lebey afdal. suruh tengok telo pun dah fail, minyak paket patut takde dalam pasaran dibalun geng dia dulu rupanya, dulu ada sorang pemimpin pas akan hapus hutang ptptn, bila jadi kerajaan bila tanya itu soalan setan, bila tanya pasal memali ke, ruu355 itu semua bisikan setan, apa ra, rakyat nak isley tapi bab dunia bior le pemimpin dapat ko rakyat tak payah.. hadap la ayer keroh tu dah ko yang nak.. kalau boleh kita nak dunia wal akhiroh,

    ReplyDelete
  9. Siakap senohong
    Gelama ikan duri
    Bercakap bohong
    Lama lama jadi madani.

    ReplyDelete
  10. Selalu tiada kat pejabat. Sebuk rasmi program. Jelajah sana sini. Seronok naik helikopter jenama proton. Naik jet sebab nak cepat. Rakyat bergelut dunia madani palsu.

    ReplyDelete
  11. “Dalam suasana hendak berdepan PRN ini, polis telah menerima laporan berhubung tindakan menconteng dan merosakkan papan tanda, dan kes ini akan disiasaat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat."

    (C&P)

    Tentunya pengikut agama madani yang punya kerja ni. Bab bab fitnah, vandal, temberang adalah produk utama madani. Pengasasnya adalah pemunya ide. Hari ni jadi kerajaan esuk harga minyak. Saya berjanji hutang felda akan dilupuskan.

    ReplyDelete
  12. Seorang bekas pegawai khas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah RM25,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat kelulusan bagi permohonan taraf kewarganegaraan.

    “Pada bulan Jun lalu, suspek telah menghubungi individu terlibat yang memohon taraf kewarganegaraan bagi anaknya sejak 2015.

    (C&P)

    Sapalah kerajaan waktu tu. Sekarang dah daftar masuk pertubuhan baru. Ada komunis dapig dalamnya. Tak habis habis dengan rasuah. Dulu, kini dan selamanya.

    Jom sokong parti bersih dan tidak rasuah.

    ReplyDelete
  13. YAB Menteri Besar Perak tetap tidak boleh lari daripada isu asal yang perlu kepada penjelasan khususnya mengenai persoalan pengurusan Tanah Rizab Melayu di Negeri Perak seperti:

    i. Siapakah dalang yang menyebabkan peruntukkan 50 peratus Tanah Rizab Melayu di Negeri Perak berkurang?

    (C&P)

    Cer korang pikir. Jika mb ameno pun tak jaga rizab melayu, adakah komunis dapig akan jaga rizab melayu.

    Jom tolak parti yang sangat kuat rasuahnya. Jom pakat pakat sokong parti yang bersih dann tolakbrasuah.

    ReplyDelete
  14. Parti ameno ni dah teruk ditolak. Tapi masih bernyawa bila dapat jadi ahli baru dalam gabungan yang pernah ditentang dulu.

    Jadi ahli baru. Tapi perangai masih tak berubah. Perangai lama. Ambik rasuah. Gadai rizab melayu. Jaga perut. Gila pangkat.

    Harapkan pegar, pegar makan padi.
    Harapkan ameno, ameno lingkopkan lagi.

    ReplyDelete
  15. parti umno dah dijual oleh wakpono dan madminang pada dapigs..
    Jom ahli2 umno ikut langkah tunfaisal tinggalkan umno dan bersama PN.

    ReplyDelete