Friday, August 25, 2023

Tangani sesak lalu lintas PP, dengan UNDI PN

 


Tangani kesesakan lalu lintas tawaran utama PN

TASEK GELUGOR: Menangani kesesakan lalu lintas, projek tambak pulau dan kos sara hidup adalah antara beberapa tawaran utama PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk rakyat Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, masalah kesesakan lalu lintas sudah lama membelenggu rakyat.

Katanya, orang ramai terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas setiap hari pada waktu puncak, sama ada pagi dan petang.

“Pagi orang nak masuk Pulau Pinang, mula dari Sungai Dua ke Batu Kawan, iaitu kawasan perindustrian sangat sesak dan juga waktu puncak semasa balik kerja.

“Penduduk yang tinggal di Sungai Petani, Kulim dan Seberang Perai setiap hari berdepan situasi tersebut ketika pergi dan balik kerja,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon di Dewan Perdana Institut Kemahiran Mara (IKM) hari ini.

Muhammad Fauzi yang juga calon PN di DUN Sungai Dua berdepan calon PH-BN, Shaik Hussein Mydin.

Menurutnya juga jentera PN dikerahkan sejak beberapa minggu lepas menjelajah seluruh Pulau Pinang untuk membantu kempen calon PN.

Ditanya kontroversi pencalonan Presiden Gerakan, Senator Dr Dominic Lau Hoe Chai di DUN Bayan Lepas, katanya isu tersebut perkara biasa.

“Itu perkara biasa. Kita di peringkat pimpinan mengawal keadaan supaya kembali pulih dan reda. Jentera digerakkan di seluruh kawasan untuk membantu calon PN,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/7/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tangani sesak lalu lintas PP, dengan UNDI PN 

Lihat ini..

(i) Ini penyakau yang mundurkan 3 negeri Melayu.. 


Kit Siang kembali panas dan koyak apabila agenda Penyatuan Ummah disambut Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui Proklamasi Orang Melayu diusahakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bertambah melenting apabila Tuan Guru masih mengulangi kenyataan bahawa kalangan bukan-Islam dan bukan-Melayu paling besar dan banyak penyakaunya, serta paling ramai kaya-raya penyumbang dan penerima rasuah.

Walhal, Presiden PAS itu sudahpun melalui proses siasatan oleh pihak Polis, malah kenyataan tersebut terbukti dengan data dari jurnal penyelidikan universiti yang tular setelah itu.

(ii) Awas bahaya ini, DAP/PKR cuba rombak, rungkai Perlembagaan. Biadap! 

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua parti DAP/PKR hanya muncul selepas merdeka di mana DAP dengan dasar sekularisme seperti dalam Perlembagaannya, manakala PKR berpendekatan pragmatik.

“Nak rombak, nak rungkaikan ini. Tak peduli agama, nak batalkan Islam dalam Perlembagaan. Kemudian (gagasan DAP) Malaysian Malaysia, nak hapuskan rupa bangsa, tak ada bangsa lagi dah. 

“(DAP) Nak melangkah hapus apa semua, orang Melayu tak ada dah, nama je ada. (Termasuk) banyak perkara lain. PKR pula pragmatik; hanyut, boleh terima belaka. Ini menyebabkan PAS berpisah dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR)". Tegas beliau


(iii) Anwar: ‘Masa kamu sudah berakhir’ - Muhammad Sanusi 

PN berjaya membuktikan keupayaan dan pencapaian dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah telah menimbulkan cemburu, sakit hati dan iri hati PH-BNPH-BN.

Calon PN N.24 Jeneri, Muhammad Sanusi berkata, kehidupan aman damai dan sungai jernih dinikmati rakyat negeri ini juga tiba-tiba bagai didatangi kerbau yang membawa lumpur.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

7 comments:

Anonymous said...

BMX ni seorang yang pragmatic. Tu pasal dia susah nak faham hukum agama. Kalau dia paham, pasti dia dah tolak hoi hoi ya hoi. Tapi sebab tak paham atau jahil, bila berjaya jadi kerajaan, dah rasa betul. Jahiliahnya makin bertingkat.

Kalau lihat sekutunya yang satu lagi, juga tak follow hukum. Itu komunis dapig. Asal dapat duit, kira success. Tak kira duit tu dari rasuah. Atau judi. Macam BMX dapat rumah sponsored. Halal haram tolak tepi. Janji ada depan mata.

Ameno dulu power. Tapi bila pimpinan rebut jawatan, rebut projek, rasuah menjadi jadi. Sampai lanjut ke 47 kes. Itu pun BMX masih pragmatic. Lantik murid korup jadi tpm. Tak da sd pun tak pa. Ketua mewakili keseluruhan parti. No anwar no dap, langgar habis. Tak boleh akar umbi rakyat nak setia lagi. Biar BMX syok sendiri.

Anonymous said...

No wonder Jho Low Justo depan lubang hidung orang tua bodoh tu pun lesap sekarang ni lesap terus ejen pelancogan warga China pun vagal dikesan...

Helok letak jawatan Azam Baki... Tinggal Baki ajeer yg ponoh sumo lopeh lesap... Macam pukimak..!!

Ejen kepada wanita warga China yang cuba memasuki Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mencetuskan kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing, kini gagal dikesan.

SPRM sedang buru ajen pelancong harap tak lolos mcm Jho Low udah lerr malu Mano nak lotak muko SPRam weeiii.!!!

Wooii..!! Azam Baki ketuo SPRM ajen dah kenalpasti, sekarang nak buru ajen tsb dan bongkar jangan dok diam gentel telo lagi..!!

SPRM buru ajen pelancong yang hendak bayaran RM18,000.00 dari pelancung warga China seperti yang didakwa oleh Menteri Pelancongan..

https://youtu.be/S53uLtf-FvM

Kes menteri dan pelancung mata sepet ni ..Tohan Rabul Alamin dah Kasi jalan untuk bongkar semua..!! Jangan buat bodoh bangang lagi..!!

Itu pasal la desak SPRM PDRM dan Imigresen dll bongkar semua... Kaut sekali ahli politik dan dalang dalang sekalii...kaut samarata Melayu' ka Cino ka kasi kaut suma skali..

Harap2 kes 'pelancung' asing misteri ini akan dapat merungkai dakwaan 1.2 juta pelancung asing yang masuk tak keluar2?

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya mengarahkan siasatan kes itu dilengkapkan.

Saya ulangggg..!!

No wonder Jho Low lesap Terus ejen pelanconan warga China pun vagal dikesan... Helok letak jawatan Azam Baki... Tinggal Baki ajeer yg ponoh sum lopeh lesap... Macam pukimak..!!

Anonymous said...

Pimpinan BMX tiada hala tuju. Ikut dan. Apa yg berlaku semasa jadi panduan. Masa prn, umum pelbagai bantuan. Kalau itu dari pembangkang, tukar jadi rasuah. Kalau dari BMX, tukar jadi bantuan.

Juga tipu ikut semasa. Waktu rakyat tertekan harga petrol mahal, BMX buat janji. Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Bila populariti jatuh, fitnah populariti pembangkang sampai bawak ke mahkamah. Tuduh pembangkang terima sumbangan sebagai rasuah. Supaya pembangkang tidak popular. Dan rakyat tolak pembangkang. Masalahnya 47 kes dah betul betul depan mata, ngapa dilantik juga.

Paling jahat tuduh kelantan miskin sebab tak pandai tadbir. Sedangkan kelantan dapat anugerah minyak. Tapi hasilnya dirompak oleh BMX. Betul betul di depan mata rakyat. Biar bangsanya miskin kerana aliran politik berbeza. Jahat bukan nakal.

Dah lah bangsa melayu dihina oleh BMX, bangsa komunis dapig pulak yang BMX sanjung. Sejarah pulau pinang BMX tidak menyebelahi bangsa sendiri. Tetapi menyebelahi bangsa komunis. Sejarah pemilikan jelas. BMX dengan kepintaran spin, hina bangsa sendiri untuk sokong komunis dapig.

Jelas BMX tiada hala tuju. Sibuk bersilat untuk spin yang berikut. Bohong sana bohong sini. Apa yang dibuat untuk bangunkan bangsa sendiri. Hanya ungkapan yang trending di kalangan walanun, asyik asyik salahkan komunis dapig.

Bawa suara eng guan, ikut minda 47 kes. Bila naluri songsang kerana suka lewat, yang salah jadi betul, yang betul jadi salah.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim membidas tindakan PAS yang mengaitkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah seolah-olah menyokong parti itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau tidak kisah dimaki setiap hari oleh pembangkang, tetapi tidak setuju jika mengaitkan dengan institusi raja.

(C&P)

PAS tidak setahap itu nak sunting ucapan. Itu dari rakyat. Rakyat yang sunting bukan parti. Rakyat bosan dengan BMX. Yang tidak muhasabah diri. Tetapi menuding orang lain.

Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Kita lawan rasuah habis habisan. Tapi lantik 47 kes jadi timbalan. Jemput hoi hoi ya hoi jadi sekutu perpaduan madani.

Anonymous said...

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan berhubung aduan membabitkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang didakwa berucap di ruang solat di sebuah masjid di Rawang.

(C&P)

Apa kata BMX.

Anonymous said...

Pas tak pandai perintah.

Sbb ramai pemimpinnya hanya pandai akhirat tapi tak pandai urus dunia.

Boleh lihat kelemahan mereka dalam parlimen. Dan terbukti masa PN perintah dahulu rakyat tertekan. Darurat Parlimen. Langgar pkp. BEREBUT jawatan.

Sekarang semakin cacamerba terpaksa hidup pula dgn cluster mahkamah

Insaflah wahai pejuang.

Pilih kerajaan perpaduan pilihanraya nanti.

Anonymous said...

BMX nak jadi pengaman. Ugut pasai edit ucapan yg tular baru baru ni.

Mana mungkin negara aman. 47 kes jadi timbalan. Hancurlah negaraku sebab pengamal rasuah berkeliaran. Udah nak beri rasuah kat prn trengganu.

Rapiji sibuk defend pasai hari ni jadi kerajaan esuk harga minyak turun. Saling membantu mereka satu sama lain dalam soal mungkar.

Ada menteri tak cerdik follow peraturan. Guna masjid untuk pentas politik.

Perasan BMX, dia bijak memerintah. Korup ada. Langgar peraturan ada. Bohong ada. Rompak ada. Paling bahaya, tunduk pada falsafah komunis dapig malaysian malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails