Friday, August 25, 2023

DAP campak k'jaan ke laut. -Ahmad Fadhli Shaari

 

Foto daripada media sosial.

Logo DAP di cek kerajaan dedah tatakelola PH-BN

KOTA BHARU: Tindakan pemimpin DAP menggunakan logo parti itu pada replika cek sumbangan kerajaan yang diberi kepada sekolah di Perak mendedahkan tatakelola sebenar kerajaan PH-BN.

Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN) Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan pemimpin DAP mengunakan peruntukan itu untuk kepentingan politik sendiri seumpama mencampak kerajaan ke laut.

Kata beliau kenapa diletakkan logo parti di replika cek yang ditayangkan di khalayak umum.

“Ia seolah-olah menggambarkan sumbangan daripada parti berkenaan. Apa cerita pula ni..

“Inilah tataurus kononnya yang dicanang oleh pemimpin PH-BN pada hari ini,” katanya pada kenyataan menerusi TikTok di sini.

Laman berita melaporkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyerah replika cek kepada 17 sekolah persendirian di Perak yang tertera logo DAP.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia berkata, peruntukan tersebut merupakan wang daripada pembayar cukai.

“Patutlah kerajaan tak nak bagi sangat peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang..” kata beliau.

Sehingga sekarang ahli parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan PH-BN, sedangkan di era kerajaan PN semua ahli parlimen mendapat hak mereka. – HARAKAHDAILY 23/8/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP campak k'jaan ke laut. -Ahmad Fadhli Shaari    

Lagi komen..

(i) Gila apa ni, ritual Hindu diselitkan surah Al-Fatihah?  


DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengamati satu video yang tular di media sosial mengenai suatu ritual keagamaan anjuran parti MIC di Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Dalam ritual tersebut turut diselitkan seseorang membaca surah Al-Fatihah dan diiringi dengan bacaan doa.

DUPP ingin menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku walaupun atas faktor perpaduan dalam meraikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya dalam negara ini. 

Kepercayaan, amalan dan ritual serta prinsip setiap keagamaan mesti dibezakan dengan sama sekali tidak dicampur-aduk. 

(ii) Sekolah Islam Persendirian (SIP) di Selangor tak selamat.. 
Mohd Zai (kiri) dalam sidang media Pencerahan Isu Sekolah Agama Persendirian Selangor di parkir berhadapan Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada hari ini, Jumaat, 18 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)

Sekolah Islam Persendirian (SIP) yang terdapat di Selangor tidak mempunyai sebarang isu keselamatan seperti didakwa. 

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata sebanyak 200 SIP menjalankan operasi di premis yang mempunyai kelulusan Sijil Perakuan Kelayakan (CF), yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sendiri.

“Pihak PBT sendiri memberikan sijil CF yang menunjukkan bahawa bangunan yang digunakan untuk SIP beroperasi  itu selamat, jadi bagaimana pula dalam keadaan ini mereka boleh kata tidak selamat pula?” katanya kepada HarakahDaily.

Mohd Zai  berkata demikian dalam sidang media Pencerahan Isu Sekolah Agama Persendirian Selangor  di parkir berhadapan Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi, di sini, hari ini. 

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

5 comments:

  1. Mb perak sengap jer ker pasai cek ada logo roket.

    Pastu sekolah agama diarah tutup.

    Ada premium insuran yg pemegang polisi tak sedaq apa pun.

    Korup betul bmx dan sekutu.

    ReplyDelete
  2. phbn kata ekonomi boleh pulih jika rakyat ramai2 berpantun dan beli buku sastera letak dirumah buat tangkal.

    ReplyDelete
  3. engkorang perasan tak saridua nih ader cerita ada entah beruk mana buat panggilan kunun ada bom entah mana aku tak ingat,
    kebetulan jgk kat singapork ada tujuh lapan panggilan kunun dibuat dan berarak lah polis2 buat macam sirius..gelidah sana sini..

    nih aku agak dah ader mcm ader pegak merancang adegan2 jahat nih ....

    hati2 ya sedara2.

    ReplyDelete
  4. selangor dah diurus syarikat cetisepet dah, dah digadai dah oleh pkr, jadi umnongok bleh ler sama2 ikut tampal poster haram pinjaman segera cetiharamjadah bersama partipan yer agaknya ...

    ReplyDelete
  5. Kegiatan along, scammer yang mencuri data peribadi rakyat adalah suatu perbuatan jenayah. Mereka2 ini dikatakan berlindung diDUN yang kononya kebal dari tindakan undang2.

    Rakyat cadangkan Datuk Ayub sendiri yang mengetuai siasatan kegiatan jenayah ini. Heret dan penjarakan semua yang terlibat, jangan berlengah lagi kerana mereka sangat bijak menyorok bukti dan berselindung disebalik undang2!

    ReplyDelete