Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Azimah Omar yang membenarkan rayuan Abdul Azeez turut memerintahkan Lim selaku responden membayar kos RM70,000 kepada Abdul Azeez.
Hakim Azimah ketika membacakan keputusan itu berkata mahkamah rendah telah terkhilaf menolak saman Abdul Azeez terhadap Lim dan membenarkan pembelaan Lim bagi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan yang layak berhubung kenyataannya berkaitan Abdul Azeez.
Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Dis 2020 yang menolak saman fitnahnya terhadap Lim.
Abdul Azeez telah memfailkan saman itu pada Mac 2018, mendakwa Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada 28 Feb 2018 dan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong dasar laut.
Hakim Azimah berkata responden (Lim) tidak berusaha untuk mengesahkan maklumat itu dan beliau tidak pernah meminta sebarang maklum balas daripada perayu untuk pengesahan.
Mengulas lanjut, beliau berkata Lim mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah itu ketika negara bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.
“Responden bertindak demi kepentingan politik beliau dan mempunyai agenda dan kepentingan peribadi,” tambah beliau.
Hakim Azimah juga berkata kenyataan responden itu telah melangkaui dengan meminta pihak berkuasa menyiasat isu dakwaan salah laku projek terowong dasar laut selain mendakwa perayu terlibat dalam perkara itu.
“Tiada bukti responden menghubungi perayu, tidak ada proses pengesahan. Responden terburu-buru menghebahkan kenyataan fitnah itu,” katanya sambil menambah Lim tidak mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat baik tetapi dibuat demi kepentingan politik.
Menurut hakim, pemaju projek Consortium Zenith Construction Sdn Bhd telah menghantar notis tuntutan (NOD) kepada Abdul Azeez pada Februari 2018 untuk mendapatkan semula wang itu tetapi kemudian menarik balik NODnya dalam masa seminggu, berikutan maklum balas Abdul Azeez terhadap syarikat berkenaan.
Hakim Azimah berkata responden bukanlah “orang awam biasa” tetapi merupakan “ahli politik veteran terkenal dan berpengalaman” yang bukan orang asing dalam proses litigasi.
Justeru, kata hakim ia sepatutnya jelas kepada Lim bahawa NOD itu menunjukkan Abdul Azeez tidak bersalah dan tiada percubaan daripada Lim untuk mengesahkan kandungan LOD itu.
Pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian melalui Zoom, Abdul Azeez diwakili peguam Porres Royan dan Craign Ho manakala Lim diwakili peguam Datuk N. Mureli dan Felix Lim. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Guan Eng tak kebal lagi, diperintah bayar bayar RM250,000..
Lihat komen atas kenyataan ini..
(i) Kerajaan apa ni, tutup surau kerana tiada air..
Norazian Md AliDi Kuantan, sejak kira-kira dua tahun lalu, penduduk di Felda Sungai Panching Utara, 28 kilometer dari sini terpaksa menelan kesukaran dihadapi mereka. Ini berikutan masalah gangguan bekalan air di kawasan itu belum menunjukkan bakal berakhir.
Penduduk mendakwa isu berkenaan sudah lama berlaku dan aduan juga sudah dibuat kepada pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
“Surau kami pun kadang kala terpaksa ditutup, kalau tak ada (bekalan) air, tak bolehlah nak buat solat berjemaah di sini,” kata bilal Surau As-Sajiddin, Felda Sungai Panching Utara, Norazian Md Ali, 52, ketika ditemui, hari ini.
Norazian berkata, sebelum ini surau berkenaan menerima ramai jemaah setiap kali masuk waktu solat fardu, namun sejak masalah gangguan air berlaku, tidak lagi boleh mengadakan solat berjemaah seperti sebelumnya.
“Macam sekarang, dah dua tiga hari kami tak boleh berjemaah di sini, jadi semua perlu ke Masjid Al Huda jika nak solat berjemaah.."
Dia yang sebelum ini mengusahakan nurseri mendakwa terpaksa menghentikan operasi perniagaan itu berikutan masalah gangguan bekalan air.
Aduan dan laporan penduduk itu sudah sampai kepada pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya yang turut sama meninjau masalah berkenaan hari ini.
Apandi menunjukkan bekas yang digunakan untuk menadah air kepada Ustaz Mohd Tarmizi.(ii) Melayu bodoh? Siapa bodoh sebenarnya..
Presiden PAS menjelaskan..
"Saya terbaca satu artikel dalam media Malaysiakini yang merendahkan Melayu dengan merujuk kepada tulisan Abdullah Abdul Kadir Munshi (1796–1854) yang merupakan seorang penulis khadam kepada penjajah pada zaman kemuncaknya (sila baca riwayat hidupnya).
Bukunya yang diterbitkan pada zaman penjajah dahulu dalam tulisan Jawi, membawa fikrah yang sama dengan penulisan para orientalis Barat yang merendahkan Islam dan penganutnya, termasuk bangsa Melayu kerana Islam yang dianutinya.
Mereka sengaja menutup sejarah keemasan atau menafikan kehebatan rumpun Melayu Nusantara yang mempunyai tamadun sendiri ketika bersama Islam selama beberapa abad, sehingga perjuangan mereka melahirkan tokoh-tokoh ulama’ dan raja yang alim, raja yang adil, serta para mujahid (pejuang) yang menentang penjajah. Penjajah Barat telah melupai jasa tamadun Islam yang mengeluarkan mereka daripada era kegelapan ilmu.
Dipilihnya model Kelantan dan Terengganu, negeri terakhir dan benteng terakhir yang dijajah sebagai sasaran tekanan, sehingga diteruskan selepas mencapai kemerdekaan oleh anak-anak penjajah pula.
Terkini, sebabnya adalah kerana Perikatan Nasional (PN) mengalahkan Pakatan Harapan (PH) yang tersungkur rebah bersama ideologi warisan penjajah yang menjadi perjuangan mereka. Sekalipun mereka banyak menggunakan senjata fitnah dan pembohongan yang menjadi sebab rakyat menolak mereka.".
Akhirnya diringkaskan dari suntingan Presiden PAS ini, beliau menyarankan...
Kepada mereka yang membodohkan Melayu, saya bacakan firman Allah SWT:
﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُۗ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ١٣ وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَهۡزِءُونَ١٤ ٱللَّهُ يَسۡتَهۡزِئُ بِهِمۡ وَيَمُدُّهُمۡ فِي طُغۡيَٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ١٥ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَٰرَتُهُمۡ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ١٦﴾
“Apabila dikatakan kepada mereka, ‘Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman.’ Mereka menjawab, ‘Adakah kami akan beriman sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?’ Ingatlah, sesungguhnya, merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu. (13) Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman.’ Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya, kami berpendirian seperti kamu, kami hanyalah berolok-olok.’ (14) Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka. (15) Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (16)” [Surah al-Baqarah: 13–16]
Kumpulan yang membodohkan Islam telah wujud pada masa al-Quran mula diwahyukan. Maka, pada zaman kini, lebih ramai lagi baka keturunannya yang berkeliaran menjadi bala tentera syaitan atau pencari upahannya.
Kepada mereka yang mempertahankan Islam pula, bacalah firman Allah SWT:
﴿وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا٦٣ وَٱلَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمۡ سُجَّدٗا وَقِيَٰمٗا٦٤﴾
“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan. (63) Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri ikhlas kerana Tuhan mereka. (64)” [Surah al-Furqan: 63–64] (rujuk kenyataan Presiden PAS 21 Ogos 2023)
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Siasat juga bagaimana mahkamah rendah boleh terkhilaf? Ianya amat serius.
ReplyDeleteSiasat juga kewujudan drama pariah yang dengan tiba2 menghentikan kes mahkamah rasuah banglo tiada siming fool yang sedang berjalan. Ianya amat memalukan sistem undang2 negara!