Friday, August 25, 2023

Lagi AS negara perkauman, Anwar madani ikut..

 


Perkauman punca tiga kulit hitam ditembak mati

WASHINGTON: Pihak berkuasa polis percaya motif perkauman menjadi punca seorang lelaki bersenjata kulit putih menembak dan membunuh tiga orang kulit hitam di Jacksonville, Florida.

Ketuanya, Sheriff T K Waters, berkata lelaki terbabit yang berusia 21 tahun membeli senjatanya secara sah dan tidak mempunyai rekod jenayah, mengarang beberapa manifesto untuk media, ibu bapanya dan penguatkuasa undang-undang yang memperincikan kebenciannya terhadap orang kulit hitam.

Penembak, Ryan Christopher Palmer, 21, tinggal bersama ibu bapanya di pinggir bandar Jacksonville, turut mati akibat luka tembakan yang dilakukan sendiri.

“Tiada rekod jenayah, tiada apa-apa,” kata Waters, sambil menyatakan bahawa satu-satunya perkara dalam fail siasatan ialah panggilan keganasan rumah tangga dengan abangnya.

Bagaimanapun, katanya Palmer pada 2017 terikat dengan undang-undang negeri yang dipanggil Akta Baker, yang menyatakan seseorang boleh “dibawa ke kemudahan untuk pemeriksaan sukarela” semasa krisis kesihatan mental.

Lelaki bersenjata itu juga meninggalkan wasiat dan nota bunuh diri yang diambil oleh bapanya, kata Sheriff Jacksonville.

Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan semalam, menyatakan kejadian itu berlaku pada hari yang sama negara itu meraikan ulang tahun Perarakan Washington Ke-60, tempat Martin Luther King Jr membuat ucapan yang terkenal “Saya mempunyai mimpi”.

“Kita mesti menolak untuk tinggal di negara yang apabila keluarga kulit hitam pergi ke kedai atau pelajar kulit hitam pergi ke sekolah hidup dalam ketakutan ditembak mati kerana warna kulit mereka,” kata Biden.

Jabatan Kehakiman sedang menyiasat kejadian itu sebagai jenayah kebencian dan tindakan ekstremisme ganas bermotifkan perkauman, kata Peguam Negara, Merrick Garland dalam satu kenyataan.

Waters berkata, suspek dirakam dalam video menembak Angela Michelle Carr, seorang wanita berusia 52 tahun, di luar Dollar General, rangkaian kedai diskaun AS. Dia kemudian memasuki kedai itu lalu menembak dan membunuh Anolt Joseph “AJ” Laguerre Jr, 29, dan Jerrald De’Shaun Gallion, 19.

Palmer memakai jaket taktikal dan mukanya bertopeng, kata Walters. Dia membawa pistol dan senapang “gaya AR-15”, dengan swastika padanya, merujuk kepada pistol panjang separa automatik ringan yang sering digunakan dalam tembakan besar-besaran.

Pihak berkuasa berkata dia dilihat cuba memasuki kolej kulit hitam tempatan, Edward Waters University (EWU), pada Sabtu lalu sebelum menuju ke kedai Dollar General.

Palmer enggan memperkenalkan dirinya kepada pegawai kampus dan tidak dibenarkan masuk. Dia kemudian dikenal pasti sebagai individu yang terlibat dalam tembakan berhampiran kampus EWU,” kata universiti itu.

Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata negeri itu akan bekerjasama dengan pengurusan sekolah itu untuk memastikan mempunyai keselamatan yang mencukupi selepas kejadian tembakan itu.

Insiden di Jacksonville berlaku lima tahun selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan semasa kejohanan permainan video di bandar itu, membunuh dua orang sebelum menembak dirinya sendiri. – REUTERS 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi AS negara perkauman, Anwar madani ikut..

Lihat komen ini..

(i) Walau apa pun dilakukan PMX Anwar madani, namun PAS/BN tetap terus melakukan aktiviti mendidik, membangunkan rakyat bersama Islam di negara ini. Al-hamdulillah!  

Keegilaan PMX Anwar madani, mengundang  pelajar tahfiz tonton konsert bersama PM..

Di Kota Bharu “Soal Perdana Menteri turut sama menonton konsert tu terpulanglah, saya tidak mahu komen, orang ramai boleh buat penilaian sendiri,” ujar Ahmad Fadhli Shaari. Bagaimanapun, Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN) kesal tindakan pihak tertentu mengundang anak-anak tahfiz menghadiri konsert yang turut dihadiri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sedih dan kesal melihat perkara tersebut daripada sebuah video tular yang dikongsikan di media sosial.

“Pihak yang menjemput anak-anak tahfiz sepatutnya sensitif kerana pelajar terbabit berpakaian jubah dan berserban datang ke konsert.

“Apa tujuan membawa anak-anak pelajar agama ke konsert seperti itu? Apa nilai yang anda ingin sampaikan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Sabtu lepas, Perdana Menteri dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menghadiri konsert KEPCI Music Fest 2023 anjuran KFC.

Konsert yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands, Nehchal Khanna.

Konsert terbabit menampilkan penyanyi terkenal termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Ella dan Misha Omar. 

(ii) Al-hamdulillah lagi, Hub Komersial RM1.2 bilion dibangun di Tunjong untuk rakyat.

Di Kota Bharu, kumpulan Malvest memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Lagenda Tunjong Sdn Bhd bagi membangunkan kawasan seluas 23 ekar di Bandar Baru Tunjong.

Usahasama itu bagi membangun sebuah Hub Komersial dikenali Lagenda Tunjong melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.2 bilion yang mengambil masa 8 hingga 10 tahun.

Kedua-dua pihak akan membangunkan Hub Komersial Tunjong yang merangkumi hospital, mall perubatan, hotel, bangunan pejabat, pusat konvensyen, kedai komersial, pangsapuri servis dan taman rekreasi.

Unsur-unsur kebudayaan tradisional Melayu serta keIslaman diberi keutamaan dalam rekaan pembangunan projek tersebut. 

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

13 comments:

Anonymous said...

Bawa anak anak tahfiz ke konsert adalah aktiviti merosakkan akhlaq. Apakah bmx tak punya kuasa untuk menghalang. Atau bmx memang minat konsert. Terutama yang ada gay.

Dah lah rosak ekonomi, anak anak tahfiz pun bmx nak polluted.
Dah lah kuat temberang, anak anak tahfiz pun bmx nak polluted.
Dah lah rompak hasil minyak kelantan dan trengganu, anak anak tahfiz pun bmx nak polluted.

Luar tabii betul.

Anonymous said...

Menurut Andrie Ung Han Xiang, dia bertanggungjawab membawa pelajar-pelajar berkenaan menonton konsert tersebut yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam tanpa ada sebarang campur tangan dari pihak penganjur dan juga Perdana Menteri.

(C&P)

Dia ni muslim ker.
Kalau non muslim, arak halal.
Kalau non muslim, judi halal.
Kalau non muslim, tattoo halal.
Kalau non muslim, gay halal.
Kalau non muslim, bawa anak anak tahfiz ker konsert lagha pun halal.

Mana bmx untuk menjaga anak anak tahfiz.
Bila liberal bergabung dengan non muslim, terjaminkah Islam.

Anonymous said...

Anonymous 2:35 PM. Tanya sama itu mudir la...ada masuukkk ka????

Anonymous said...

Seorang wakil rakyat DAP memberi tempoh 24 jam kepada Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Pas untuk membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik semula dakwaan berhubung pemberian kerakyatan kepada 54,000 warga China.

(C&P)

Ngapa cepat koyak. Biarlah sprm buat siasatan. Ramai tu 54 000 warga. Kalau sorang bayar rm 5000, berapa juta rm tu. Lagi pun bmx suka rasuah. Sekutu apa lagi. 47 kes sekutu jugak. Elok siasat dulu. Jika tiada bukti baru boleh minta maaf.

Anonymous said...

Nak tanya mudir mana. Kan ker Andrie Un Han Xiang dah ngaku bawa masuk. Pejabat dia pun kat london.

Anonymous said...

Pkr tak pandai perintah.
Banyak menipu.
Bawa gay buat konsert.
Bawa anak tahfiz tonton konsert.
Lantik 47 kes bagi pejabat.
Beri kerakyatan kepada 54000 warga cina.
Berkiblatkan imf.
Bekas banduan.

Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Anonymous said...

SPRM mendapati dana bernilai RM6 juta hingga RM7 juta itu dipercayai diterima orang kenamaan dan pemimpin politik selepas syarikat perjudian berkenaan diberi lesen mengoperasikan aktiviti mesin slot di kelab persendirian dan persatuan dimiliki syarikat pengendali mesin judi.

(C&P)

Geng bmx rupanya. Patutlah boleh belanja besar untuk pilihan raya. Ada sponser dari tauke judi. Memang pkr tak pandai perintah.

Anonymous said...

Jahatnya BMX nak bunuh ilmu keulamakan. Bawa anak anak tahfiz nonton konsert. Diracun dengan hiburan, dirasmikan oleh BMX.

Satu kerjasama yg komplete. Satu komposisi ialah islam liberal. Komposisi satu lagi ialah Andrie Un. Satu merasmikan, satu lagi belanja tiket.

Anonymous said...

Sebagai pengundi di Selangor ramai yang kini sudah takut kerana data peribadi mereka sekeluarga sudah jatuh ketangan along, tiada lagi jaminan keselamatan kewangan mereka. Hidup mereka kini terdedah kepada bahaya. Minta ketua hakim negara buat sedikit pencerahan berkenaan kecurian data peribadi rakyat oleh along?

Anonymous said...

Rasa dah tak selamat menjadi warganegara bilamana data peribadi dan keluarga sudah jatuh ketangan syarikat along. Diharap pihak polis segera siasat scammer insuran Insan di Selangor. Tangkap, dakwa dan penjarakan mastermind scammer tersebut.

Anonymous said...

Tahun ini adakah pemuja2 komunis seperti Mat Indra, Samsiah Fakeh dan abu Chin Pin turut sama duduk dipentas utama merayakan hari kemerdekaan?

Tanya je?

Salam takziah kepada waris2 yang dibunuh kejam oleh pengganas komunis.

Selamat Hari Merdeka.

Anonymous said...

BMX bukan saja tak pandai perintah. Jaga ekonomi pun tak pandai. Ingatkan bila ekonomi mula merudum sejak 1mdb, BMX boleh lonjakkan semula. Rupanya makin teruk.

Banding Indonesia pun Malaysia terkebawah. Banding Thailand pun, Malaysia lagi terkebawah. Sebab menteri menterinya tak cekap. Banyak songlap. Banyak rasuah. Banyak temberang.

Dana pun dari sumber mencopet. Dari insuran insan. Dari SMG. Dari Ambalat. Minyak kelantan dan trengganu. Bukan dari sumber ikhtiar ekonomi bersih. Semua dari sumber mencopet. Mujur ree dapat diselamatkan oleh kedah.

Habis tu bila Malaysia nak maju. Bila ekonomi malaysia nak berkembang. Janjinya nak lancar kereta terbang. Janjinya nak turun harga minyak. Supaya bila harga minyak turun, ekonomi rancak. Ekonomi rancak, pendapatan per kapita pesat. Rupanya pesat dalam poket pencopet. Pesat dalam poket kapitalis.

Ketua kabinet bekas banduan. Penolong ketua kabinet ada masalah 47 kes. Berdua ni jadi contoh untuk diteladani ahli kabinet. Lagi banyak kes, lagi layak jawat jawatan tinggi.

Jom buat perubahan. Pilih PM yang bersih. Pilih TPM yang tiada kes. Pilih team kabinet yang sehat minda dan jaga amanah. Bukan amanah mat sabu atau amanah dari pan.

Ketua luar tabii, rakyat derita.
Ketua berkebajikan, rakyat sejahtera.

Anonymous said...

"Dulu umno khianati Melayu dengan samada secara menentang perjuangan pejuang2 pembebasan Negeri2 diTanah Melayu dari tangan penjajah, serta menjadi baruah penjajah, menipu umat melayu kunun berjuang untuk merdeka tapi telah membawa sepet dan gelap dari kalangan Pekerja Asing Pendatang Haram Bawaan Penjajah bagi Memeras Melayu oleh Penjajah Inggris diTanah Melayu ke London sebagai rakan dan selepas itu telah memberikan taraf kewarganegaraan secara enblock dalam masa seminit kepada berjutajuta pekerja pendatang haramjadah ini yang sebahagian mereka secara jelas adalah pengganas teroris komunis subversif yang telah melakukan keganasan membunuh orang2 Melayu secara berleluasa dengan agenda untuk merampas Tanah Melayu dari tangan orang-orang Melayu sepertimana yang telah dilakukan oleh bangsa kafir siam diUtara Semenanjung Tanah Melayu dan .......
Umno juga telah memberi hak monopoli berniaga kepada pendatan2 asing tersebut sehingga orang2 Melayu menjadi merempat di Tanah Pusaka bertuah ini dan mendapat manfaat sedikit sogokanbdari pendatang haramjadah tersebut.
Setelah kunun merdeka maka Perwira2 Melayu seperti Mat Kilau, Tok Bahaman, Hj Abd Limbong dan lain2 lagi telah dihina dengan gelaran penderhaka, pemberontak dll lagi yang malah ditulis diajar sebagai bacaan sejarah buku sekolah[¹], dan bagi buku2 bacaan sekolah bangsa Melayu digambarkan sebagai petani dan nelayan miskin manakala pendatang haramjadah digambarkan sebagai pedagang2 besar dan kalau adapun watak peniaga melayu yang diwatakkan sebagai "pak uteh" maka dia adalah peniaga kedai runcit kecil di kampung yang berhati busuk manakala peniaga besar berwataknama ah chong adalah peniaga runcit besar berhati mulia.

Demikianlah minda anak2 Melayu telah diracuni oleh pemikiran baruah2 penjajah dan pendatang haramjadah sejak dari kecil lagi dialam persekolahan awal.

Itulah umno, pengkhianat Bangsa Melayu diwaktu dulu dan kini umno masih dinafas2 terakhir masih berkhianat lagi nampaknya."
Ujar seorang pakcik tua yang aku temui dipondok usang disebuah kebun kecil dipinggir gunung.

nota. aku rasa bagi mereka yang telah besekolah diera tahun 60an memang tahu dan telah baca buku teks sekolah cerita watakan pak uteh dsb...
Sejarah bila disebut memang pedih dan menyayat.

Copy and Paste.

umno masih nampak berselindung disebalik lidah malu2 beruk jadi barua, manaka pkr dan pan dah tampa segan silu serta malah bangga jadi baruah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails