KEPUTUSAN PRN15 untuk Negeri Kedah pada 12 Ogos 2023 memberi 7 mesej berikut:
(1) Rakyat masih memberi mandat kepada PN untuk terus mentadbir negeri.
Bahkan, mandat yang diperolehi kali ini adalah lebih besar daripada sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa rekod cemerlang 3 tahun di bawah pentadbiran YAB DS Sanusi amat diterima baik oleh rakyat Negeri Kedah.
Maka, PN perlu terus maju ke hadapan bekerja untuk membangunkan negeri, memulihkan kehidupan rakyat dan memenuhi manifesto yang telah dikemukakan. Rakyat meletakkan harapan yang amat tinggi pada PN untuk membela dan memperjuangkan nasib mereka.
2) Rakyat sudah tidak mempercayai Umno dan PAN apabila kedua-duanya gagal sama sekali memperolehi walaupun satu kerusi DUN.
Manakala DAP pula kehilangan 1 kerusi berbanding 2 kerusi yang diperolehinya di dalam PRU14. Begitu juga dengan PKR yang hilang 6 kerusi berbanding 8 kerusi yang diperolehinya sebelum ini.
Secara keseluruhan, kesemua parti-parti komponen di dalam PH-BN dianggap gagal mendapat tempat dalam kalangan rakyat di dalam PRN kali ini. Umno dan PAN adalah yang paling gagal.
(3) Rakyat langsung tidak termakan dengan segala macam dakyah dan persepsi jahat yang dimainkan oleh PH-BN.
Serangan ‘overkill’ dek kerana hasad dengki dan politik dendam yang berterusan kepada Kedah terutamanya isu REE, sedikitpun tidak diterima oleh rakyat Kedah.
Bahkan, janji PH-BN kononnya hendak mengurus dan mentadbir Kedah dengan lebih baik telah ditolak mentah-mentah oleh rakyat.
(4) Kekalahan PH-BN kali ini sangat tidak berbaloi buat mereka dalam keadaan mereka;
1. Memegang tampuk kuasa Kerajaan Persekutuan;
2. Menggunakan segala agensi Kerajaan dan aset-aset kerajaan termasuk helikopter;
3. Menyerang dengan semua jenis senjata dan peluru;
4. Menurunkan panglima-panglima paling handal mereka di tengah medan, bahkan Ketua Panglima mereka sendiri turun hampir setiap hari bergelanggang di Kedah;
5. Mengangkut seramai mungkin orang ramai dengan bas untuk hadir ke semua majlis-majlis himpunan mereka;
6. Membuat sekatan-sekatan, ugutan malah ancaman kepada pihak lawan;
7. Mencipta segala bentuk fitnah dan skrip adu domba yang diulang-ulang bagi membentuk persepsi buruk dan jahat kepada Kerajaan Negeri Kedah;
8. Menyerang peribadi batang tubuh DS Sanusi termasuk ahli keluarga beliau;
9. ‘Menyerang’ Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah khususnya Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan Pegawai Kerajaan Negeri Kedah (Pengarah Tanah Galian Negeri) dalam isu REE;
10. Mengheret kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah termasuk YB Dato’ Seri SUK, YB Dato’ Wira Pegawai Kewangan Negeri dan YB Dato’ Penasihat Undang-undang Negeri dalam gelanggang politik apabila disoal-siasat oleh SPRM selama berjam-jam;
11. Memotong bumbung bas yang sempurna sehingga menjadi cacat dan dinamakan Bas Madani.
(5) Data Undi Awal dalam kalangan anggota keselamatan dan petugas pilihan raya menyaksikan PN menang di semua tempat.
Ianya memberi mesej bahawa anggota keselamatan dan petugas pilihan raya sendiri telah menolak PH-BN khususnya Menteri Senator yang mengetuai kementerian berkenaan.
(6) Rakyat menolak gagasan Madani songsang oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX).
Salah guna kuasa, salah guna aset kerajaan untuk pentas politik, salah guna dana kerajaan untuk meraih undi, dan segala bentuk salah laku lain dianggap menjadi punca terbesar mengapa rakyat menolak gagasan Madani.
Segala tatakelola dan wewenang nampaknya gagal dicerakinkan dengan baik. Rakyat menolak semua retorik politik kosong yang diungkapkan di atas pentas ceramah.
(7) Selain Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menyaksikan mandat besar diberikan kepada PN, mesej yang besar juga turut diberikan oleh rakyat di Selangor apabila negeri PKR itu gagal memperolehi majoriti 2/3.
DAP di Pulau Pinang juga mulai tergugat apabila bilangan ADUN Pembangkang sudah semakin bertapak di negeri itu.
Begitu juga halnya dengan Negeri Sembilan yang memperlihatkan kebangkitan rakyat yang menolak PH di beberapa buah kerusi.
Maka, berdasarkan 7 mesej di atas, gabungan campuran PH-BN dilihat gagal mengemudi negara dan gagal mendapat kepercayaan daripada rakyat.
PH-BN gagal mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi sepanjang hampir 9 bulan menerajui kepimpinan negara.
Oleh itu, PMX bersama kabinetnya wajar meletakkan jawatan.
Satu gabungan politik baharu wajar diterokai dengan segera untuk membentuk kepimpinan baru Kerajaan Persekutuan bagi menyelamatkan Malaysia! Saya ulanggg… PMX perlu letak jawatan!
YB USTAZ AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZZAMUDDEN
Ahli Parlimen Alor Setar
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 13/8/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PMX perlu letak jawatan segera. Ini, signal ke Putrajaya..
(i) Betul! PN menang besar, maka jelas inilah signal ke Putrajaya.
Ini membolehkan Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi diangkat semula sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 sebagaimana slogan ‘Kekal Sanusi’ pada PRN ini termakbul menjadi kenyataan.
Ingatlah bahawa kemenangan ini merupakan suatu kurniaan daripada Allah SWT di atas kerja keras seluruh jentera yang bekerja demi memenangkan hati rakyat untuk bersama PN. Kemenangan besar ini adalah suatu referendum daripada rakyat kepada Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH-BN) yang sedang berkuasa di Putrajaya.
Ia adalah mesej jelas bahawa rakyat menolak politik keji yang dimainkan PH.
(ii) Apa jadi dengan Selangor pula?
N.01 SUNGAI AIR TAWAR Datuk Rizam Ismail (BN)… 7,870 (MENANG) Mohamad Zaidi Selamat (PN)… 7,024
N.02 SABAK Sallehen Mukhyi (PN)… 13,431 (MENANG) Samad Hashim (PH)… 9,216
N.03 SUNGAI PANJANG Datuk Mohd Imran Tamrin (BN)… 13,401 Mohd Razali Saari (PN)… 16,977 (MENANG)
N.04 SEKINCHAN Goh Gaik Meng Ng Suee Lim (PH)… 10,232 (MENANG)
N.05 HULU BERNAM Mohd Amran Mohd Sakir (PH)… 10,049 Mu’izzuddeen Mahyuddin (PN)… 10,718 (MENANG)
N.06 KUALA KUBU BHARU Teoh Kien Hong (PN)… 10,743 Chng Boon Lai (PRM)… 527 Lee Kee Hiong (PH)… 14,862 (MENANG) Siva Prakash Ramasamy (MUDA)… 1,186
N.07 BATANG KALI Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN)… 29,307 Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani (PN)… 32,285 (MENANG) N.08 SUNGAI BURONG Mohd Zamri Mohd Zainuldin (PN)… 15,447 (MENANG) Mohamad Khir Ramli (BN)… 8,605
N.09 PERMATANG Mohd Yahya Mat Sahri (PH)… 11,122 Nurul Syazwani Binti Noh (PN)… 12,850 (MENANG)
N.10 BUKIT MELAWATI Thiban Subramaniam (PH)… 13,795 Noorazley Yahya (PN)… 14,672 (MENANG)
N.11 IJOK Jefri Mejan (PN)… 12,178 (MENANG) Amidi Abdul Manan (PH)… 11,271 Tan Cat Keong (BEBAS)… 194
N.12 JERAM Datuk Jahaya Ibrahim (BN)… 11,333Datuk Harrison Hassan (PN)… 16,731 (MENANG)
N.13 KUANG Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican (BN)… 13,609 Sallehudin Amiruddin (BEBAS)… 1,287 Mohd Rafiq Mohd Abdullah (PN)… 18,494 (MENANG)
N.14 RAWANG Rejean Kumar Ratnam (PN)… 13,510 Chua Wei Kiat (PH)… 39,168 (MENANG)
N.15 TAMAN TEMPLER Aida Nazeera Abd Rahman (MUDA)… 765 Anfaal Saari (PH)… 22,247 (MENANG) Zaidy Abdul Talib (PN)… 21,780
N.16 SUNGAI TUA Suman Gopal (BEBAS)… 430 Muhammad Hanif Jamaluddin (PN)…14,493 Datuk Seri Amirudin Shari (PH)… 19,678 (MENANG)
N.17 GOMBAK SETIA Mohamed Salim Mohamed Ali (BEBAS)… 1,076 Muhammad Hilman Idham (PN)… 30,299 (MENANG) Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN)… 30,241
N.18 HULU KELANG Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN)… 25,597 (MENANG) Juwairiya Zulkifli (PH)… 23,980
N.19 BUKIT ANTARABANGSA Melanie Ting Yi-Hlin (MUDA)… 1,462 Sasha Lyna Abdul Latif (PN)…14,492 Mohd Kamri Kamaruddin (PH)… 16,280 (MENANG)
N.20 LEMBAH JAYA Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (PH)… 26,116 (MENANG) Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PN)… 19,620
N.21 PANDAN INDAH Lisa Redzuan (MUDA)… 1,166 Fazil Mohamad Dali (PN)…17,287 Sivaneswaran Ramasundram (BEBAS)… 171 Izham Hashim (PH)… 27,828 (MENANG)
N.22 TERATAI Datuk Chew Han Keai (PN)… 10,586 Yew Jia Haur (PH)… 31,933 (MENANG)
N.23 DUSUN TUA Datuk Johan Abd Aziz (BN)… 26,755 (MENANG) Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad (MUDA)… 3,110 Azhar Hambali (PN)… 23,741
N.24 SEMENYIH Wan Zulaika Anua (BN)… 35,806Nushi Mahfodz (PN)… 37,068 (MENANG)
N.25 KAJANG David Cheong (PH)… 54,794 (MENANG) Allan Liew Sin Kim (PN)… 20,400 S Arutchelvan (PSM)… 2,681
N.26 SUNGAI RAMAL Mohd Shafie Ngah (PN)… 40,259 (MENANG) Mazwan Johar (PH)… 32,492
N.27 BALAKONG Wayne Ong Chun Wei (PH)… 54,995 (MENANG) Steven Lai Choon Wen (PN)… 17,163
N.28 SERI KEMBANGAN Liau We Jian (PN)… 3,524 Wong Jung Lik (BEBAS)… 1,229 Wong Siew Ki (PH)… 39,684 (MENANG)
N.29 SERI SERDANG Amir Hariri Abdul Hadi (MUDA)… 1,834 Mohd Shukor Mustaffa (PN)… 26,659 Abbas Salimi Che Azmi (PH)… 37,411 (MENANG)
N.30 KINRARA Ng Sze Han (PH)… 71,290 (MENANG) Wong Yong Kang (PN)… 16,755
N.31 SUBANG JAYA Michelle Ng Mei Sze (PH)… 60,364 (MENANG) Gana Pragasam Sebastian (PN)… 9,173 Zayd Shaukat Ali (MUDA)… 4,749
N.32 SERI SETIA Harindran Krishnan (BEBAS)… 693 Dobby Chew Chuan Yang (MUDA)… ,1357 Fahmi Ngah (PH)… 32,367 (MENANG) Datuk Mohd Zubir Embong (PN)… 21,036
N.33 TAMAN MEDAN Ahmad Akhir Pawan Chik (PH)… 22,286 Dr Afif Bahardin (PN)… 22,316 (MENANG)
N.34 BUKIT GASING VKK Rajasekaran Teagarajan (MUDA)… 1,390 Nallan Dhanabalan (PN)… 3,255 Rajiv Rishyakaran (PH)… 28,227 (MENANG)
N.35 KAMPUNG TUNKU Ruby Chin Yoke Kheng (PN)… 3,367 Lim Yi Wei (PH)… 33,640 (MENANG)
N.36 BANDAR UTAMA Jamaliah Jamaluddin (PH)… 39,845 (MENANG) Abe Lim Hooi Sean (MUDA)… 2,496Nur Aliff Mohd Tafid (PN)… 4,399
N.37 BUKIT LANJAN Muniraa Abu Bakar (PN)… 15,766 Pua Pei Ling (PH)… 57,096 (MENANG)
N.38 PAYA JARAS Datuk Ab Halim Tamuri (PN)… 27,257 (MENANG) Mohd Khairuddin Othman (PH)… 25,542 Nurhaslinda Basri (BEBAS)… 245
N.39 KOTA DAMANSARA Muhammad Izuan Ahmad Kasim (PH)… 34,628 (MENANG) Mohd Radzlan Jalaludin (PN)… 28,934 Sivarajan Arumugam (PSM)… 895
N.40 KOTA ANGGERIK Mohamed Sukri Omar (PN)… 27,636 Mohd Najwan Halimi (PH)… 38,470 (MENANG)Azad Akbar Khan (MUDA)… 2,631
N.41 BATU TIGA Saiyydah Izzati Nur Razak Maid (MUDA)… 1,908 Danial Al-Rashid (PH)… 29,064 (MENANG) Rina Mohd Harun (PN)… 25,682
N.42 MERU Hasnizam Adham (PN)…23,558 Sivaranjani Manickam (PSM)… 899 Mariam Abdul Rashid (PH)… 26,980 (MENANG)
N.43 SEMENTA Erni Afrishah Azizi (PH)… 22,261 Noor Najhan Mohamad Salleh (PN)… 32,330 (MENANG)
N.44 SELAT KLANG Datuk Abdul Rahid Asari (PN)… 25,143 (MENANG) Datuk Mohd Roslee Abd Hamid (BN)… 16,818 Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor (PRM)… 742
N.45 BANDAR BARU KLANG Dr Quah Perng Fei (PH)… 53,658 (MENANG) Tan Seng Huat (PN)…7,986
N.46 PELABUHAN KLANG Wan Hasrina Wan Hassan (PN)… 16,658 Syed Ahmad Putra Syed Isa (PRM)… 269 Azmizam Zaman Huri (PH)… 21,889 (MENANG)
N.47 PANDAMARAN Tony Leong Tuck Chee (PH)… 46,999 (MENANG) Gunalan Balakrishnan (PN)… 6,701 Tan Kang Yap (PRM)… 479
N.48 SENTOSA Gunarajah R George (PH)… 54,601 (MENANG) Datuk Parameswaran Ganason (PN)… 8,252Thanusha Ramanieswaran (MUDA)… 2,357 Jeichandran Wadivelu (PRM)… 156
N.49 SUNGAI KANDIS Mohd Zawawi Ahmad Mughni (PH)… 28,759 Wan Dzahanurin Ahmad (PN)… 28,926 (MENANG) Afriena Shaqira Sariff (MUDA)… 1,341
N.50 KOTA KEMUNING Preakas Sampunathan (PH)… 41,254 (MENANG) Jimmy Chew Jyh Gang (PN)… 16,966 K. Gunasekaran Kuppan (PRM)… 651
N.51 SIJANGKANG Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN)… 30,422 (MENANG) Mohd Al-Hafizi Abu Bakar (BN)… 19,114
N.52 BANTING Ang Wei Yang (BEBAS)… 1,439 Saravanan Mutto Krishnan (PN)… 5,121 Papparaidu Veraman (PH)… 22,102 (MENANG)
N.53 MORIB Rosnizan Ahmad (PN)… 18,386 (MENANG) Hasnul Baharuddin (PH)… 15,093
N.54 TANJONG SEPAT Sabirin Marsono (PN)… 11,336 Borhan Aman Shah (PH)… 13,860 (MENANG)
N.55 DENGKIL Prof Darren Ong Chung Lee (PSM)… 1,782 Noorazli Said (BN)… 33,154 Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (PUR)… 668 Datuk Seri Jamil Salleh (PN)… 33,561 (MENANG)
N.56 SUNGAI PELEK Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (PN)… 16,526 Lwi Kian Keong (PH)… 17,984 (MENANG) Nageswaran Ravi (BEBAS)… 230
Sumber HARAKAHDAILY 13/8/2023
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
No comments:
Post a Comment