Monday, August 21, 2023

Presiden tetap terus kuliah. PAS temu paderi. Inilah PAS!

 

Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, hari ini.

Masih sesat walau al-Quran telah diturunkan.

KUALA LUMPUR: Walaupun al-Quran telah diturunkan menjadi petunjuk kepada seluruh manusia tetapi masih ada kalangan mereka yang sesat, kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, hal demikian kerana mereka menolak peranan hidayah dan berfikir sendiri perjalanan kehidupan dengan menggunakan akal yang tetap bersifat lemah.

Di samping itu, ujarnya ada juga dalam kalangan mereka yang terpengaruh akibat terlalu mengikuti atau terikut-ikut orang lain.

“Antaranya, seperti kalangan para pemimpin yang membawa masyarakat kepada kesesatan,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, malam ini.

Tambahnya, manakala golongan yang bertaraf cerdik pandai dan bertaraf ahli falsafah pula, mereka tetap berada dalam kesesatan.

Kata beliau, keadaan itu berlaku sekiranya mereka meninggalkan hidayah Allah SWT, atau bersikap takabur dengan menolaknya.

“Betapa bodohnya mereka, sehingga sanggup mengabdikan diri kepada makhluk yang lebih rendah daripadanya dari segi kejadian yang ditentukan oleh Allah SWT seperti batu, binatang dan sebagainya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kini, kata Tuan Guru sudah ramai ilmuwan yang beriman dan memeluk Islam setelah mereka tergamam dengan kebenaran petunjuk al-Quran.

Begitu juga, ujar beliau setelah mereka mendapati segala kandungan yang terdapat dalam al-Quran menepati dengan hasil kajian yang mereka lakukan dalam lapangan ilmu masing- masing. HARAKAHDAILY 18/8/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presiden tetap terus kuliah. PAS temu paderi. Inilah PAS!

Lihat juga komen-komen ini..

(i) Al-hamdulillah, pertemuan PAS dengan paderi katolik Pulau Pinang berjalan lancar. Tahniah PAS.  


PAS Pulau Pinang terus mengadakan pertemuan mahabah bersama golongan paderi Gereja Katolik di sebuah hotel di sini, kelmarin. Program itu dianjurkan oleh Lajnah Dakwah PAS Pusat dan Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang.

Majlis turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, AJK PAS Pusat, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Mohammad Fauzi Yusoff, Norazman Ishak (timbalan pesuruhjaya), Iszuree Ibrahim (setiausaha) dan Mohd Rafaie (bendahari).

Pemimpin agama katolik diketuai oleh Cardinal Datuk Seri Sebastian Francis. Turut hadir ialah Ketua Paderi Bahagian Pulau, Jude Miranda serta paderi Aloysius Tan, Michael Raymond, Oliver Tham, Esmond Chua OFM, Crispus Mosinoh OFM, Cosmas Francis OFM, Deacon Paul Kang termasuk wakil daripada Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), Ariokadass Anthony dan Vincent Vega.

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS negeri, Amir Hamzah Abdul Hashim berucap bagi mewakili lajnah itu manakala Idris mewakili PAS Pusat. Cardinal Dato’ Seri Sebastian Francis pula telah berucap mewakili seluruh para paderi yang hadir.

Amir Hamzah menegaskan Islam agama kedamaian dan PAS sendiri meraikan pelbagai agama dalam negara ini dan telah membuktikan dalam pentadbiran negeri dan negara.

Bagi Sebastian Francis, mengharapkan agar pemimpin-pemimpin politik sama ada Islam atau bukan Islam bertindak sebagai pemimpin yang bertolerasi seperti disebut dalam kitab suci iaitu al-Quran dan buku penganut agama Katolik.

Idris pula menekankan Islam agama yang sangat meraikan dan menghormati agama-agama lain yang memetik ayat 13 surah Al Hujurat. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati.(rujuk  HARAKAHDAILY 19/8/2023)

(ii) Inilah Islam, inilah PAS/PN. “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi mu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku atas mu dan Aku pun telah redha Islam menjadi agama bagi mu.” (QS Al-Ma’idah: 3). 

Allahu Akbar! 


Islam adalah suatu sistem yang komprehensif, menyentuh seluruh aspek kehidupan. Bermula sejak turunnya Nabi Adam AS hinggalah hari kiamat nanti.

Islam adalah negara dan tanah air atau pemerintahan dan umat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah peradaban dan undang-undang atau ilmu pengetahuan dan keadilaan. Islam adalah kebendaan dan kekayaan atau usaha dan kecukupan. 

Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Islam adalah akidah yang benar dan ibadah yang sahih tidak kurang tidak lebih.

Insya Allah!

(iii) Pengumuman: PN umum calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

3 comments:

Anonymous said...

Sejuk bila tengok tghh beri kuliah. Berilmu dan rakyat dapat manfaat ilmunya.

Banding ngan penunggang agama macam bmx. Ilmu agama tiada tapi ngajar hadith. Tu yang janji selalu dikhianati. Berkawan pun dengan yg bermasalah. 47 kes. Komunis dapig. Tapi bercakap pasal moral macam dia yang terbaik.

Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Anonymous said...

Bmx dan komunis dapig punya objektif yg sama. Cuma berbeza kaedah. Sama sama create Islamofobia. Komunis dapig guna kaedah rasuah untuk merosakkan Islam. Mudah susup buat yang materialistik. Macam tauke judi dapat tanah dari mb. Mb materialistik.

Bmx tunggang agama. Guna liberal. Ramai yg bukan ulamak terpengaruh. Benci ruu. Sanggup menipu untuk raih sokongan. Beri janji dan rasuah. Termasuk altimatum yg liberal. Bmx punya niat lemahkan Islam. Arah tutup sekolah agama. Import gay melalui muzik. Reformasi katanya.

Komunis dapig attack Islam. Bmx gadai Islam.

Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Anonymous said...

Jangan lupa ameno. Rela joint ph komunis dapig untuk jawatan. Tidak rela bersama bangsa sendiri dan agama sendiri. Untuk self satisfaction sambil rawat 47 kes. Rela buka ruang untuk komunis dapig berpolitik ikut acuan negara cina. Buang bumiputera, buang Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails