Friday, August 04, 2023

Putin tak macam PMX.. Di M'sia boleh hina Undang LGBT..


Vladimir Putin (FOTO: AFP)

Putin tandatangani undang-undang larang tukar jantina

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menandatangani undang-undang baharu sebagai langkah terakhir sebelum aktiviti penukaran jantina diharamkan secara rasmi di negara itu.

Rang Undang-undang yang ditandatangani Putin pada Isnin (24 Jul) itu telah diluluskan sebulat suara oleh kedua-dua dewan parlimen sebelumnya, yang mana ia melarang sebarang ‘aktiviti mengubah jantina melalui prosedur perubatan’ dan ‘mengubah jantina dalam dokumen rasmi dan rekod awam’. 

Walau bagaimanapun, undang-undang tersebut dikecualikan bagi kes prosedur perubatan berkaitan rawatan kecacatan kelahiran  atau cacat sejak lahir, lapor AP.

Melalui undang-undang tersebut juga, status perkahwinan (menurut undang-undang) akan terbatal sekiranya salah seorang daripada pasangan menukar jantina; yang mana individu transgender juga tidak boleh menjadi ibu bapa angkat atau penjaga.

Larangan tersebut dikatakan adalah sebagai langkah Kremlin bagi mempertahankan ‘nilai tradisional’ di negara itu.

Penggubal undang-undang berkata, ia adalah bertujuan melindungi Rusia daripada ‘ideologi anti-keluarga barat’ yang dilihat menentang nilai asas masyarakat berkeluarga di sana.

Terdahulu, Kremlin telah meluluskan undang-undang melarang sebarang aktiviti mempromosi ‘hubungan seksual yang bertentangan dengan tradisi’ secara terbuka kepada golongan bawah umur pada tahun  2013.

Pada 2020, Putin berjaya meluluskan pindaan perlembagaan mengharamkan perkahwinan sejenis, sebelum menandatangani undang-undang melarang ‘propaganda hubungan seks yang menentang tradisi’ kepada golongan dewasa pada tahun lalu. – HARAKAHDAILY 26/7/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Putin tak macam PMX.. Di M'sia boleh hina Undang LGBT..

Lihat ini..

(i) Hina undang-undang LGBT Malaysia, bercium atas pentas, persembahan The 1975 tidak dihukum. Takde apa-apa. 

Tangkap layar video persembahan The 1975 yang diambil peminat di Good Vibes Festival..

Orang ramai mengecam tindakan jelik dan kurang sopan yang dilakukan oleh vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy semasa melakukan persembahan di Good Vibes Festival, Litar Antarabangsa Sepang.  

Menurut video yang tular di laman sosial, Matt Healy dikatakan telah membuat persembahan sambil memegang botol arak sebelum bertindak menghina undang-undang negara mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Lebih mengejutkan, vokalis kumpulan tersebut juga telah bertindak mencium gitaris, Ross MacDonald sebagai protes terhadap undang-undang anti-gay Malaysia. Tindakan tersebut sangat biadab dan menghina peminat. Saya sangat kecewa,” kata seorang pengguna.

“Memang artis antarabangsa yang datang Malaysia ni tak ada adab ke?,” kata seorang lagi pengguna.


(ii) PMX tetap pertahan DAP, konon tak pernah halang Islam, Melayu. Porrah! 


Bersungguh PMX pertahankan DAP. Sebelum ini Presiden Umno juga begitu. Mengapa? 

Pasti ramai curiga dan bimbang pada DAP jika tidak masakan PMX dan Timbalannya perlu bersusah membela parti yang berpengaruh dalam kerajaan campuran ini. Ada yang bermain di media sosial hari ini – undi BN dapat DAP, undi PH dapat DAP, kenapa begitu?

Jika benar DAP tidak halang peruntukan untuk Melayu Islam sebagaimana dakwa Anwar, yang jelas rakyat pernah lihat semasa pembentangan Rang Undang-undang Persendirian RUU355 dulu, iaitu RUU untuk memperkasa dan menambahbaik Mahkamah Syariah, tokoh-tokoh DAP lantang bangkit menentang. (Rakyat lihat sidang ini secara langsung)

Kenapa ganggu hak orang Islam? Undang-undang Syariah dalam negara hanya terpakai pada umat Islam, biarlah umat Islam yang tentukan kenapa pula DAP yang perlu menggelupur?DAP pernah anggap hak menukar agama itu sebagai hak asasi yang perlu diberikan pada rakyat berjuang agar murtad menjadi satu kebebasan. Tidakkah itu satu ancaman pada umat Islam?

Lagi biadap wakil DAP pernah merayu agar negara iktiraf Regim Haram Israel. DAP antara yang lantang menentang pembelajaran tulisan Jawi atas dakwaan konon ia usaha untuk menyebarkan Islam. Sedang tulisan Jawi adalah warisan budaya negara kita.

Perlembagaan DAP menyebut partinya berjuang untuk mempertahan Perlembagaan Persekutuan yang sekular (Google sekular dan anda dapat – Sekular adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama). Bermakna DAP berjuang untuk memisahkan urusan agama dari kerajaan, tidak membimbangkankah itu?

Kita yakin politik Malaysia sudah matang dan dewasa. Para pengundi khasnya orang Melayu Islam sudah kenal DAP walau apa Anwar dan Zahid kata. (Sila rojok ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR  Setiausaha PAS Negeri Selangor.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Oleh itu, buat masa ini, tak payah susah-susah, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails