Saturday, August 05, 2023

Rampas unsur bumi negeri, didedah, di Kedah -Sanusi.

 


Sanusi dedah wujud perebutan kuasai kawasan sumber REE

KUBANG PASU: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan bahawa terdapat cadangan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil alih hak ke atas unsur nadir bumi (REE) yang ditemui di negeri-negeri.

“Bayar royalti je kat negeri macam royalti petroleum. Hoi mana boleh, itu negeri punya. Boleh tak boleh? Taubat aku tak bagi! Kalau PN (Perikatan Nasional) perintah Pusat pun, (kepada) PN pun aku tak bagi.

“Pasal ni hak negeri. Negeri ni dia ada kuasa tak banyak,” ujar beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PN pada Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra, di sini malam tadi.

Menurut beliau, hal ehwal agama berada di bawah kuasa Sultan, sementara kuasa negeri hanya tinggal tanah, sumber mineral, sumber air dan hutan, manakala agihan bekalan air sudah diambil alih Persekutuan.

Beliau membuka pencerahan mengenai potensi REE yang telah mewujudkan pertembungan di peringkat global melibatkan kuasa besar China dan Amerika Syarikat hingga berlaku rancangan untuk menguasai tanah negara ini.

Katanya, dalam menguasai sumber tersebut, ada pihak berkepentingan di negara ini yang sudah menjadi barua Amerika termasuk membawa taikun besar bagi memohon kawasan dipercayai terdapat REE itu di negeri ini.

Bidas beliau, ketika Kedah sedang membangunkan jiwa sendiri yang merdeka serta tanpa berhutang dengan sesiapa, ada individu penting negara ini berhutang dengan orang lain antaranya melibatkan penggunaan helikopter.

“Kempen (pilihan raya) naik helikopter siapa suruh? Sejam RM30,000-RM40,000 siapa nak bagi kat hang percuma? Sejam (kos) puluh ribu, tentu ada balasan. Balasan dia apa? Hat nilah duk buat la ni.

“Nak rebut sana, nak rebut sini, nak balas hat ni, nak orang itu, nak batal orang ni. Pasal depa nak kawasan ni,” dedahnya terhadap perangai dan motif kepada lobi dan isu sedang ditimbulkan pihak berkenaan ketika ini.

Terdahulu Sanusi mengulangi jawapan balasnya kepada fitnah yang cuba mengaitkan beliau dengan individu warga China, So Loi Fat sepertimana dituduh oleh Setiausaha Agung PKR, Senator Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Antara disebut beliau juga adalah Pengerusi Prospek Suria Sdn Bhd, Dato’ Dr Fathul Bari Mat Jahya iaitu bekas Exco Pemuda Umno yang menurutnya jika syarikat itu melakukan kesalahan, maka ini adalah individu perlu didakwa juga.

Namun tegas beliau, hakikatnya tidak berlaku kecurian tersebut oleh individu atau di tanah seperti yang dituduh Saifuddin, sebaliknya kecurian dilakukan oleh pihak lain dan dalam tanah dilesenkan kepada pihak lain. – HARAKAHDAILY 3/8/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rampas unsur bumi negeri, didedah, di Kedah -Sanusi.

Lihat dulu komen ini..

(i) Terdedah lagi skandal Amirudin dengan Vincent Tan. Al-hamdulillah, bongkar terus! 


MB Kedah Muhammad Sanusi mendedahkan skandal melibatkan MB Selangor, Amirudin Shari dengan Pengasas Kumpulan Berjaya, Vincent Tan. 

Menurut beliau, ahli perniagaan tersebut mahu mengadakan projek sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar di negeri itu. 

Skandal membabitkan syarikat milik MB Selangor (Pemerbadanan) bagi projek di Sungai Klang itu akan merugikan Kerajaan Negeri Selangor sekitar RM180 juta. 

“Macam mana 600 ekar ni akan diberi percuma kepada tauke ni? Macam mana tauke ni ambil alih anak syarikat MBI 55 peratus. Ha… ni tengah duk hangat ni, tunggu meletup,” ujarnya, semalam. 

Hang (kamu) pi jaga Selangor itu. Hang pi tengok ini jadi apa dah itu? Lagu mana tauke-tauke menjarah kepala otak para pemimpin PKR. Akhirnya harta-harta rakyat negeri Selangor nak terlepas kepada tauke ni. 

Hangpa (kamu semua) pi tengok sana. Hang mai duk jalan Kedah pasaipa (sebab apa)?” bidasnya.


(ii) Al-hamdulillah! Terima kasih Sanusi, dedah lagi nafsu jahat PKR untuk dapatkan kekayaan REE di Kedah. Termasuk 60 tapak lombong haram!

Semalam Sanusi dedahkan antara sebab Kedah teruk diserang kerajaan madani adalah kerana nafsu jahat PKR untuk mendapatkan kekayaan REE di Kedah. Nilai kekayaan REE di Kedah adalah RM60 bilion selama 20 tahun perlombongan. 

Ini bermaksud dalam tempoh perlombongan setahun sahaja REE membawa nilai RM3 bilion. Terdapat 60 tapak perlombongan haram di seluruh Malaysia dengan nilai anggaran keseluruhan RM800 bilion.

Sanusi tidak mahu aktiviti REE dibuat secara diam-diam dan hasilnya tidak sampai kepada rakyat, oleh itu beliau isytiharkan penemuan REE di Sik dan akan dibuat mengikut prosedur yang betul.

REE turut dijumpai di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Selangor namun tidak satu pun berita penangkapan atau penahanan terhadap aktiviti haram di mana-mana negeri ini sebagaimana berita di Kedah.

Paling mengejutkan ialah Anwar yang belum lagi terpilih sebagai Perdana Menteri pada masa itu pernah membawa sahabat baik beliau seorang taikun minyak dari Indonesia bernama Riza Chalid untuk meninjau dan melawat Kedah bagi mencari peluang perlombongan REE.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

No comments:

Post a Comment