Ahmad Fadhli Shaari
Tak usah jadi hero bantah Modul Penghayatan Hadis 40
KOTA BHARU: Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN), Ahmad Fadhli Shaari mengkritik tindakan segelintir pihak yang membantah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, pelaksanaan inisiatif tersebut dibenarkan di bawah Seksyen 50(1) Akta Pendidikan 1996.
Katanya, seksyen berkenaan menyebut bahawa murid-murid hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima murid atau lebih yang menganut agama Islam.
“Oleh itu tiada sebab untuk membantah inisiatif KPM untuk melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 289 sekolah kerajaan secara rintis kepada guru dan murid yang beragama Islam.
“Pihak membantah sama ada dari parti mana sekalipun atau NGO perlu sedar realiti dalam akta pendidikan tersebut. Tak usahlah menjadi hero pula dalam isu ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.
Kontroversi berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu mula timbul apabila segelintir pihak menyuarakan bantahan selepas KPM pada 19 Ogos lalu memaklum akan melaksanakan inisiatif berkenaan pada 19 Ogos lalu.
KPM menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya akan memulakan pelaksanaan modul tersebut untuk memupuk semangat ihsan dan kasih sayang.
Katanya, langkah itu sebagai usaha memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam dan akan dilaksana secara rintis membabitkan guru dan murid beragama Islam di 61 sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) seluruh negara. – HARAKAHDAILY 27/8/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak usah jadi hero bantah Penghayatan Hadis 40 -Ahmad Fadhli Shaari
Walaupun Ahmad Fadhli Shaari memberi amaran kepada puak-puak yang 'tak ketahuan' hala tujunya namun program-program PAS/PN untuk rakyat tetap akan tetap berjalan terus.
Syabas Ahmad Fadhli Shaari dan pejuang-peejuang PAS/PN!
Lihat komen ini pula..
(i) Perlis berkreatif lagi, 'kesenian alu bunyi'..
Kerajaan Perlis menyokong penuh usaha untuk mengangkat semula kesenian alu bunyi yang merupakan persembahan kedua tertua di negeri itu selepas Awang Batil.Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, untuk peringkat permulaan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) akan menjemput kumpulan tradisional 'kesenian alu bunyi' bagi membuat persembahan pada 7 September depan.
Bahagian BPEN akan menjemput kumpulan tersebut untuk membuat persembahan, kata beliau semasa bersama menyaksikan persembahan alu bunyi oleh kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Setia Jaya di Kampung Nesam di sini, semalam.
Alu bunyi dipersembahkan menggunakan peralatan mengemping padi terdiri daripada alu dan lesung malah ia kebiasannya dimainkan secara berkumpulan antara tujuh ke lapan orang. Persembahan itu popular pada zaman dahulu yang dimainkan dalam kalangan pesawah padi khususnya selepas musim menuai.
Ia dimainkan secara berkumpulan antara tujuh ke lapan orang dengan diiringi alatan muzik lain seperti gong, serunai dan gendang bagi menghasilkan irama tradisional yang merdu.
(ii) Ganu kita berkreatif lain pula,‘Makan Durian Sampai Jeluok’ - 40 tan
Pengarah Jabatan Pertanian Terengganu Datuk Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata acara jualan secara lelong itu akan bermula 3 petang sehingga semua stok durian habis dijual.
Beliau berkata lebih 200 pekebun dari seluruh Terengganu akan menyertai program yang julung kali dianjurkan oleh pihaknya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
“Antara jenis durian yang akan dijual ialah Musang King, Black Thor, D2, Kucing Tidur dan banyak lagi yang harganya dijamin lebih rendah daripada harga pasaran atau di luar.
“Kami menjangkakan lebih 20,000 peminat durian akan hadir merebut peluang keemasan ini,” katanya kepada Bernama.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
4 comments:
Sapa mamat ni yang bantah hadis 40. Tukang sapu ka. Dalam setandan pisang ada juga sebijik dua yg busuk. Dalam berjuta umat Islam, adalah juga yg anti Islam, liberal dan sekular. Contohnya bmx yg liberal dan suka gay. Bawak masuk artis lelaki cium lelaki kat pentas.
Betul. Gerakan bantah. Tapi pas setuju hadis 40 diteruskan.
Tapi geng bmx sunyi jer. Macam tiada teloq. Takut hilang jawatan. Takut hilang sokongan komunis dapig.
Biar aqidah merosot, asal gay tidak merosot. Bulan november, ada satu lagi gay buat persembahan pentas.
Projek pembinaan mahkamah baharu Ampang, Selangor, merangkumi empat Mahkamah Sesyen dan enam Mahkamah Majistret dijadualkan siap pada 17 Dis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
(C&P)
Patutnya banyak mahkamah, boleh settle 47 kes. Tapi masih tak selesai. Temberang kuat.
Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.
Pelaksanaan madani bukan mudah. Apa tujuan bmx bawa anak anak tahfiz saksi konsert. Patutnya bmx bawa anak anak tahfiz ke majlis tilawah. Atau ceramah agama.
Ni susahnya bila bmx liberal menafsir madani. Bawa anak anak yang sedang diasuh hati dengan al Quran, dibawa ke majlis lagha. Sedangkan bmx patut selesaikan ekonomi yg sedang mudharat.
Payah jika negara punya professor serba tahu. Tapi tak tahu buat kerja.
Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.
Post a Comment