KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim membuat perbandingan yang agak menarik antara buaya dengan burung plover.
Menurutnya, buaya ditakuti kerana mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat tetapi tiada tangan untuk memberus gigi.
Katanya, makhluk kecil bernama burung plover yang tolong mematuk sisa makanan di celah-celah gigi buaya.
Tambahnya, ini menjadikan gigi buaya bersih dan mengelakkan daripada jangkitan kuman.
Ini, jelasnya dinamakan hubungan symbiosis di mana gigi buaya menjadi bersih sementara burung pula mendapat makanan.
“Moralnya, tubuh besar dan gagah bukan bermakna kita boleh buat segalanya.
“Walau kecil tapi tetap mampu berkhidmat bila ada keberanian dan kecerdikan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, semalam.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos lalu, beliau mempertahankan kerusi Dun Jabi dengan majoriti 4,676 undi apabila meraih 11,523 undi berbanding calon BN, Ustaz Rosdi Zakaria yang memungut 6,847 undi.
Pada PRU14, beliau memenangi kerusi Dun tersebut dengan majoriti 55 undi sahaja. – HARAKAHDAILY 19/8/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: T'ganu, kisah siapa buaya & burung? Jom bangunkan negara.
Ini lagi komen rakyat..
(i) Al-hmdulillah, REACH juga main peranan bantu bangunkan negara.
Ketuanya Dato' Iskandar A Samad mengumumkan pembinaan 1,010 unit kediaman khusus untuk kumpulan M40 dan B40 memang dinantikan oleh rakyat.
Sebanyak 910 unit dengan keluasan 902 kaki persegi dan 908 kaki persegi akan dibina dengan harga jualan RM300,000 sebuah di Residensi Wilayah.
Sementara 100 unit dengan keluasan 902 kaki persegi akan dibina dengan harga jualan RM200,000 sebuah di Residensi Prihatin Madani.
Walau bagaimanapun REACH berharap kediaman dengan harga jualan RM200,000 dapat ditambah. Hanya kurang dari 10 peratus dari kediaman yang dibangunkan adalah dari jenis tersebut.
REACH juga berharap harga jualannya dapat diturunkan dari RM200,000 kepada harga yang munasabah dibeli oleh kumpulan B40.
Dengan harga jualan RM200,000 dan bayaran pendahuluan 10 peratus atau RM20,000, bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh pembeli adalah sekitar RM1,000 untuk tempoh pinjaman selama 20 tahun.
Jumlah ini adalah di luar kemampuan ramai dari kumpulan B40.
Justeru kerajaan juga wajar mempertingkatkan skim-skim seperti skim sewa milik atau skim pembiayaan khas. (Rujuk HARAKAHDAILY 19/8/20230)
(ii) Al-hmdulillah, kini K'tan di fasa ke 3, fasa peluasan atau lonjakan; di bawah kepimpinan baharu, meneruskan legasi kepimpinan terdahulu.
Kami pulang kerana kami sayangkan negeri kami. Ya, kami pertahankan kerajaan negeri yang berusia 33 tahun ini. Namun jauh di lubuk hati, kami tetap mahukan perubahan di negeri kesayangan kami.
Insya-Allah yang baik dikekalkan, yang kurang diperbaiki: Agama, pendidikan, pertanian, kebajikan – itu sudah pasti. Pelaburan, pekerjaan, keusahawanan, pelancongan – itu perlu dilonjak tinggi.
-suntingan kenyatan MOHD SYAHIR CHE SULAIMAN Ahli Parlimen Bachok 15 Ogos 2023.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
No comments:
Post a Comment