Wednesday, October 11, 2023

Ada padi, semua kerja jadi.. Tapi, hilang secara tersembunyi?

 


Kedah mampu tingkat 80 peratus pengeluaran beras

JERAI: Kedah mampu meningkatkan pengeluaran beras daripada 43 peratus ke 80 peratus apabila penanaman lima kali dua tahun dapat dipraktikkan sepenuhnya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dengan peningkatan itu Malaysia tidak lagi bergantung kepada import beras dari luar untuk menampung keperluan negara.

“Apabila penanaman padi boleh dilaksanakan lima kali dua tahun, akan berlaku peningkatan pengeluaran beras sehingga 80 peratus bagi bekalan negara.

“Kita dapat mengawal harga dan tidak perlu bergantung kepada beras import,” katanya selepas Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Padang Lumat semalam.

LZNK mempunyai 700 relong (200 hektar) sawah, selain pakej lain (42 relong secara sewa) yang diusahakan asnaf di Sik.

Kata beliau juga kerjasama semua pihak sama ada agensi dan jabatan yang terlibat dengan sektor padi amat diperlukan bagi menjayakan hasrat itu.

Sanusi turut mengucap tahniah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kerana berjaya menjadi model penanaman padi yang berjaya.

Menurutnya LZNK berjaya menghasilkan purata lapan tan satu hektar setiap semusim tuaian.

“Tuaian musim lepas 7.6 tan satu hektar berbanding pengeluaran padi di Kedah hanya 4.5 tan satu hektar.

“Apabila model Smart Sawah semakin berkembang maka akan cepat memecahkan monopoli rantaian industri padi serta memberi pendapatan tinggi kepada petani,” ujarnya.

Beliau juga berkata, rantaian sedia ada hanya mampu menghasilkan 4.5 tan sehektar dan selebihnya bayaran kepada kartel.

Menurutnya bercakap berkenaan kartel padi akan menimbulkan kemarahan pihak tertentu, sedangkan rakyat berdepan dengan kesukaran.

“Biarlah kalau ada orang nak marah bila saya sebut isu kartel padi. Inilah pendapatan yang hilang secara tersembunyi.

“Dahulu pada 2008 dan 2020 berlaku krisis ‘security’ makanan ,apabila negara pengeluaran beras seperti Vietnam dan Indonesia tak mampu eksport bagi menampung keperluan domestik.

“Isu sebegini perlu menjadi pengajaran agar bersama-sama berusaha tingkatkan keluaran padi tempatan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 14/9/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada padi, semua kerja jadi.. Tapi, hilang secara tersembunyi?

Lihat tinjauan ini..

(i) Tinjauan HarakahDaily di sebuah pasar raya di Sentul, di sini, baru-baru ini.. 

Rakyat mengeluh bukan sahaja akibat kenaikan harga beras di pasaran tetapi juga disebakan bekalannya yang tidak mencukupi. (FOTO HIASAN)

Mendapati pelanggan dan pekedai restoran berdepan kesukaran mendapatkan stok beras tempatan yang sudah terjual dan cepat habis sejak pengumuman. Isu bekalan beras tempatan nampaknya makin parah.

Menurut Rubi

“Biasanya mereka hantar beras tempatan 10-20 paket (10kg), tetapi yang mereka hantar (ke cawangan ini) hanya lima sahaja minggu ini.”

“Harga beras sekarang memang naik mendadak. Dulu RM20 lebih, sekarang RM30 lebih (untuk 10kg). Memang terasa lah tempias dia harga beras naik mendadak ini.”

“Sebelum ini gula. Nak dapat pun susah, stok pun tak ada. Sekarang ini beras pula (yang berlaku begitu).”

Menurut Fatimah Sidek

“Isunya adalah beras tempatan tidak cukup. Memang ketara masalah itu, lagi-lagi (apabila) anak ramai. Makna kata (kerajaan) nak turun, nak bantu rakyat. Lagi merosakkan lagi adalah,” luahnya dalam nada geram. 

“Isu harga barang naik ini daripada dulu lagi. Macam contoh minyak, (sehingga) ada sampai kena catu. 

“Harapan yang nak diperkatakan adalah, (kepada kerajaan) yang nak bantu rakyat tu mana? Kalau cakap tapi tak buat, tak boleh juga,” tambahnya. 

Menurut Khir Amin

Terdahulu, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) melaporkan harga beras putih import meningkat 36 peratus iaitu daripada RM2,350 kepada RM3,200 satu tan metrik berkuat kuasa pada 1 September lalu.

Menurut kenyataan BERNAS, pelarasan itu adalah selari dengan harga global semasa bagi ruji makanan.

 

(ii) Tolong dengar keluhan nelayan Sungai Lereh, Melaka. Masalah penambakan laut, sediakan 'pelantar terapung'. 


Menurut Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu), masalah ini dipercayai berpunca akibat projek penambakan laut secara besar-besaran yang dilakukan kerajaan Melaka sekitar Klebang pada masa ini.

Tambah beliau, jumlah tangkapan ikan khususnya di Kawasan Melaka Selatan berkurangan sebanyak 43 peratus, iaitu dari 410,000 kilogram kepada hanya 226,000 kilogram dalam tempoh 10 tahun.

“Kita tidak nafikan nelayan menerima beberapa insentif dari kerajaan melalui LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), tetapi apakah ini mencukupi apabila jumlah tangkapan merudum?

“Kita harus ingat bahawa kepentingan `stake holder’ (pihak berkepentingan) juga terjejas dengan teruk. Bagaimana dengan penduduk sekitar yang bergantung kepada hasil tangkapan laut?” soalnya ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sekian, hanya dari suntingan.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

Post a Comment