Wednesday, September 27, 2023

Atlet boling negara peluk Islam. Percepat negara Islam, al-hamdulillah!

 

Nerosha dilapor melafazkan dua kalimah syahadah di Ibu Pejabat Perkim, semalam. - Foto Perkim

Atlet boling negara peluk Islam

PETALING JAYA – Atlet boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan dilaporkan memeluk Islam, semalam. 

Dipimpin oleh Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Nerosha, 27, melafazkan dua kalimah syahadah di ibu pejabat Perkim.

Menerusi perkongsian Perkim Kebangsaan di Facebook, Nerosha berkata, dia tertarik dengan Islam berikutan kehidupannya sebagai atlet sering dikelilingi rakan-rakan muslim yang mengerjakan ibadah.

“Saya sering bertanya kepada rakan-rakan muslim tentang kewajipan bersolat, berpuasa dan ibadat lain.

“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT,” katanya.

Gadis yang berasal dari Sarawak itu turut berazam untuk mendalami Islam dengan mengikuti Kelas Pengajian Islam Perkim Kebangsaan (KPIPK) yang diadakan pada hujung minggu.

Dalam masa sama, Nerosha juga bakal menamatkan zaman bujang dan berkahwin dengan bekas pemain ragbi kebangsaan, Mohamad Sofian Kamil pada tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Atlet boling negara peluk Islam. Percepat negara Islam, al-hamdulillah!

Sila lihat komen ini..

(i) Tolong hurai sikit sukan pada pandangan Islam.

SATU: Dunia sukan sangat luas, baik bagi anak-anak mahupun orang dewasa. Potensi, motivasi, bahkan cita-cita mereka dalam bersukan pun berbeza-beza. Ada yang baik dan positif, tetapi ada juga yang tidak baik dan negatif. 

Sukan itu sendiri, tidak mengira yang berbentuk fizikal mahupun psikologi, hakikatnya ada yang bermanfaat dan membina, tetapi ada juga yang membahayakan dan merosakkan. Oleh kerana itu, aktiviti sukan dan bukan sukan, merupakan sebahagian dari kehidupan manusia, yang perlu diatur, baik dengan Al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW, baik dalam bentuk perbuatan, perkataan, termasuk motivasi, dan tindakannya.

Semestinya peraturan yang dibuat bukan disebabkan adat dan budaya, atau terkenal dan disukai ramai. Sekiranya ia bertentangan dengan syariat Allah, ia hendaklah dilarang. Ini kerana syariatlah yang menjadi penentu ke atas individu, jemaah, dan negara. Syariat juga yang menjadi penentu perasaan dan perbuatan. Syariat jugalah yang mengatur seluruh aspek kehidupan. 

Itu yang kita kena faham dulu.


DUA: Tujuan sukan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-KAFI #954: PERSPEKTIF SYARAK  BERKENAAN SUKAN EKSTREM DAN PERMAINAN YANG MERBAHAYA


Kehidupan umat Islam semasa era ketika hukum Islam diterapkan dalam seluruh aspek kehidupan di bawah naungan Khilafah adalah kehidupan yang dipenuhi dengan tujuan dan cita-cita Islam yang agung dan mulia, iaitu i’la’i kalimatillah (menjunjung tinggi kalimah Allah) dengan dakwah dan jihad, bagi mengemban dan menyebarkan risalah Islam ke seluruh dunia. Rasulullah SAW pun bersabda,  “Sesungguhnya melancong dan rekreasi umatku adalah berjihad di jalan Allah.” [HR Abu Daud, Hakim, Baihaqi, dan At-Tabrani].

Ini menjadi bukti bahawa kehidupan umat Islam bukan kehidupan yang dipenuhi dengan senda gurau, bermain-main, dan santai, tetapi kehidupan yang serius. Walaupun begitu, tidak bermakna yang ia tidak boleh disampaikan dengan santai dan diselitkan dengan senda gurau. Walaubagaimanapun, selingan tetaplah selingan. Namun jangan jadikan selingan ini mendominasi masa dan hari-hari seorang muslim.

Oleh yang demikian, jika Nabi memerintahkan agar kita mengajar berenang, berkuda, dan memanah kepada anak-anak kita, konteks bagi perintah tersebut ada dua. Pertama, menjaga kecergasan tubuh agar tetap sihat. Kedua, melatih kekuatan fizikal untuk persediaan berjihad di jalan Allah. Tidak lebih dari itu.

Oleh kerana itu, bersukan diperlukan dalam dua konteks ini. Bukan untuk sekadar bersukan itu sendiri, juga bukan untuk mendapatkan dan mengumpulkan harta, bukan pula untuk mendapatkan populariti dan kemasyhuran, yang diikuti dengan kesombongan, serta sikap merosakkan yang lain, sebagaimana yang banyak ditunjukkan oleh olahragawan dan atlet saat ini.

Jadi, sukan sebenarnya dibentuk agar menjadi sebahagian dari aktiviti politik dan ideologi. Inilah tujuan dan konteks sukan, di mana pada era permulaan Islam ia dikenal dengan istilah Furusiyyah  (latihan berkuda untuk menjadi pahlawan), iaitu untuk memberikan, membela, dan mengembalikan hak-hak yang dirampas dari pemiliknya.

Dalam konteks inilah, sukan disyariatkan. Allah SWT berfirman, “Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan uhtuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki.” [TMQ al-Anfal (8): 60].

Nabi SAW juga bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah, daripada orang mukmin yang lemah."

Dalam konteks itu pula, Nabi SAW mengizinkan orang-orang Aesthenia untuk bermain/berlatih menggunakan lembing di Masjid Nabawi yang mulia. Nabi juga mengizinkan Aisyah, isteri Baginda SAW untuk melihat mereka [HR Muttafaq Alaih]


TIGA: Dasar Sukan Yang Salah


Pada masa kehidupan umat Islam dipimpin oleh ideologi kapitalisme, dengan asas manfaat sebagai pandangan hidupnya, maka orientasi hidup kaum Muslim pun berjaya disesatkan. 

Mereka bukan hidup untuk Islam dan umatnya, apatah lagi melakukan persediaan untuk kehidupan akhirat, tetapi, mereka hidup untuk kesenangan duniawi dan material semata-mata. Dunia sukan  dijadikan sebagai sebuah industri untuk mewujudkan tujuan material, duniawi, dan populariti.

Para olahragawan dan atlet juga telah menjelma menjadi selebriti yang diburu oleh media dan peminat, kemudian diikuti dengan iklan dan pendapatan yang melimpah-ruah. Inilah industri sukan yang telah keluar dari konteksnya untuk menjaga kecergasan tubuh badan agar tetap sihat dan melatih kekuatan fizikal untuk persiapan berjihad di jalan Allah. 

Di negara-negara Barat, olahragawan dan atlet terlibat dengan skandal seks, minuman beralkohol, ketagihan dadah, dan masalah moral. Fenomena kehidupan mereka pun telah menyihir kaum muslim. Mereka mengikuti berita dan agenda sukan dengan begitu mendalam, sedangkan mereka hampir tidak tahu urusan-urusan agama dan umat mereka. 

Semuanya ini telah menyeret mereka yang pelbagai usia, daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Inilah musibah yang dihadapi oleh kaum Muslim kini. Bahkan, sukan telah digunakan sebagai sarana untuk meracuni fikiran mereka dan menghalangi mereka dari berzikir, solat, dan jihad di jalan Allah, serta membuang potensi mereka hanya dengan bermain siang dan malam, tanpa adanya sikap peduli terhadap peristiwa ataupun keadaan yang menimpa kaum muslim. 

Keadaan ini jelas dilarang oleh Islam.


EMPAT: Politik dan Ideologi.


Jihad adalah sebagai hujung tombak Islam (dzarwah sanam al-Islam) dan cara yang disyariatkan oleh Allah untuk meraih kemuliaan di dunia dan akhirat. Ia jelas memerlukan persediaan, antara lain tubuh badan yang sihat. Dalam hal ini, sukan dan latihan fizikal jelas mempunyai peranan. 

Contohnya, kepakaran dalam memanah, melempar lembing, dan menembak misalnya sememangnya sangat diperlukan dalam berjihad. Demikian juga kecergasan fizikal, merupakan prasyarat yang diperlukan dalam berjihad agar dapat mengharungi medan jihad yang sangat berat. 

Ini memerlukan latihan dan bersukan, seperti berjalan kaki, berlari, termasuk berenang yang sangat membantu kecergasan fizikal dan pernafasan. Selain itu, sukan seperti taekwondo, kungfu, ninja, dan seumpamanya amat berguna untuk mempertahankan diri dan menyerang lawan, jika diperlukan.

Bukan itu sahaja, sukan tersebut bukanlah untuk dijadikan pertandingan, dan juga sebagai pertunjukan, tontonan, dan perniagaan. Hal ini kerana tradisi pertandingan seperti ini tidak ada dalam budaya Islam.

Budaya ini merupakan budaya Yunani, dengan gimnasiumnya, dan telah wujud sebelum Islam. Ketika Islam berkuasa, budaya dan tradisi seperti ini tidak pernah ditemukan dalam kehidupan Islam. Oleh kerana itu, apa yang wujud di tengah-tengah kaum Muslim kini, sesungguhnya bukanlah warisan budaya Islam dan  jelas bertentangan dengan matlamat Islam. 

Wallahu’alam.

Lihat juga 'IRSYAD FATWA #247: HUKUM MENONTON ACARA SUKAN YANG MENDEDAHKAN AURAT' 

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

Post a Comment