DAP suruh bawa Zahid ke penjara, bukan Putrajaya!
PH menang kerana majoriti pengundi Cina mengundi PH. Namun tergadai begitu sahaja kerana percayakan Anwar.
Itulah kekuatan terbesar PH masih mendapat kepercayaan dan undi daripada pengundi Cina.
Akhirnya Anwar bawa bukan sahaja Zahid, tapi Umno yang terbuang oleh rakyat, ahli dan pimpinan utama mereka sendiri juga dibawa ke Putrajaya.
Maka, bermula sudah ketergugatan pengundi Cina yang setia kepada DAP dan PH kerana Anwar yang sering berjanji membawa reformasi, tata kelola dan tolak perasuah.
Anwar boleh sahaja mengaku tidak campur tangan, tetapi siapa yang memberi nyawa kepada Zahid? Yang tidak mungkin diberi kepada seseorang yang sedang didakwa atas 47 pertuduhan rasuah.
Ruang dan peluang yang luas untuk Zahid meloloskan diri dengan kedudukan yang ada, diberi oleh Anwar sendiri.
“Saya tahu sokongan orang Cina kepada Allahyarham cukup besar, cukup kuat. Saya mahu kali ini Suhaizan juga dapat sokongan daripada pengundi-pengundi Cina di Pulai ini. Dulu dia lawan BN, BN lawan dia, dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan sudah jadi kawan, buat apa kita lawan? Sekarang kita Kerajaan Perpaduan.”
Lihatlah betapa terdesaknya Zahid. Undi kaumnya sendiri tidak mampu dirayu, bagaimana nak merayu undi Cina yang menyokong PH kerana kononnya akan menghumban Zahid ke penjara.
Sekarang, Zahid adalah punca pengkhianatan terbesar Anwar kepada pengundi Cina.
Undi Cina yang sepatutnya untuk menolak Zahid, dimanipulasikan Anwar untuk menyelamatkan Zahid.
Tolak penyamun hanya umpan dalam keterdesakan. Anwar tidak bermaksud menangkap ‘penyamun’ yang dimaksudkan sebelum PRU15.
Selagi Anwar tidak berpegang kepada janji, pengundi Cina terus dikhianati.
Sekian.
USTAZ AHMAD NAWFAL MAHFODZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
6 September 2023 – HARAKAHDAILY 6/9/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bawa Zahid ke penjara, Anwar khianat pengundi Cina. Menteri dungu.
(i) Perbankan Islam di Rusia, ini peluang M'sia, tapi Menteri Kewangan dungu..
Bulan Julai lalu, Parlimen Rusia telah memberikan lampu hijau kepada program perintis selama dua tahun yang bakal memperkenalkan perbankan Islam di empat republik di negara itu iaitu Bashkortostan, Chechnya, Dagestan, dan Tatarstan bermula 1 September 2023.
Yakni di republik yang mempunyai populasi sekitar 20 juta orang atau hampir dua pertiga daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Peluang yang semestinya tidak boleh dilepaskan oleh pemain industri kewangan Islam Malaysia melalui tiga langkah berikut.
Diringkaskan..
1. Dengan memanfaatkan kepakaran dan kelebihan Malaysia terutamanya dalam kesiapsiagaan modal insan dengan memperhebat perjanjian dan kerjasama dua hala.
2. Ialah melalui kerjasama dengan institusi kewangan Rusia untuk mewujudkan tetingkap perbankan Islam (Islamic banking windows) dan memperkenalkan produk kewangan patuh Syariah melalui jurubank Rusia dalam operasi dan peraturan perbankan Islam.
3. Ialah melalui perkongsian amalan terbaik berkaitan rangka kerja kawal selia kewangan Islam Malaysia dari Bank Negara Malaysia (pengawal selia industri perbankan Islam) dan Suruhanjaya Sekuriti (pengawal selia pasaran modal Islam) dengan Bank Pusat Rusia.
Begitu kira-kira secara ringkas.
(ii) Ini sedikit komen mengenai sukan dan hiburan rakyat.
a. Lagi mengenai kreatifnya negeri Perlis.
Pertandingan selama enam hari itu telah bermula Selasa, 5 September hingga Ahad, 10 September depan. Perlis kini tampil menjadi tuan rumah buat kali ketiga sebagai negara penganjur kejohanan tersebut, yang kali ini melibatkan penyertaan seramai 250 atlet.
“Insya-Allah, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Kuliah Ilmu Khas Pagi Jumaat akan diadakan di lokasi program,” katanya selepas meninjau tapak program semalam.
Difahamkan Forum Perdana Menteri pada malam esok akan menampilkan Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Mohd Asri sebagai Exco Pembangunan Islam.
Sementara itu, pada pagi Jumaat pula akan diadakan Kuliah Dhuha di tapak program tersebut; dan menurut penganjur program berkenaan bakal menampilkan Ustaz Tarmizi dan Ustaz Fazrul dalam segmen My #QuranTime Quranic Solution.
Zamakhshari pula berkata, kuliah Dhuha pada pagi Jumaaat bermula dengan konvoi Alternative Riding Club (ARC).
“Anak-anak muda terbabit akan berkonvoi ke tapak program di RTC bagi mengikuti kuliah Dhuha sempena program Jom Heboh,” katanya.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
4 comments:
ph bodo tapi suka tipu bohong putar muka tak tahu malu..
segala barang keperluan naik harga sebab ph bodo.
dapigs sayang wakpono dan wak pono pun sayang dapigs.
penganut ph bodo dan cuma tahu buat hal yg bodo.
Menteri ph bodoh bengap. Ada yg bekas banduan. Ada yg lepas mahkamah. Ada yg kaki lewat. Ada yg kaki temberang.
Hari ni jadi kerajaan, esuk hari minyak turun.
Beras pun hilang dalam pasaran. Ini kerja geng kapitalis ph.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas tuduhan melakukan serangan seksual bagi mencabul kehormatan seorang jurujual wanita, dua tahun lalu.
(C&P)
Wak pono dah bebas. Suami ajib mintak bebas. Komunis dapig langsung tak didakwa. Rakyat marhaen masuk penjara. Ini padah bila executive campurtangan dalam judiciary sistem.
Tapi itu perkara biasa buat yg suka lewat. Nak kuasa. Tipu boleh, temberang boleh. Luar tabii.
Kapitalist dan liberal cengkam kuasa. Caca merba perundangan. Negara undur jadi negara barbarian.
Beras hilang dalam pasaran.
Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.
Bercakap bohong, akhirnya mencuri.
MB PN sebuk membangunkan negeri, MP BMX sebuk membebaskan pesalah.
Post a Comment