Saturday, October 28, 2023

China damai dengan Islam. Dinasti Ming/Cheng Ho/Kublai Khan..

  

Masjid Besar Xi'an.

Kerajaan China mempunyai hubungan damai dengan Islam

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah melawat negara China beberapa kali. 

Menurutnya, beliau menyaksikan beberapa masjid bersejarah yang dibina pada masa awal kedatangan Islam pada era Khulafa’ al-Rasyidin, bahkan ada katanya telah dibina sejak zaman Rasulullah SAW,

Ini, katanya kerana hubungan dagang antara Arab dengan China berada sejak awal sebelum kelahiran Rasulullah SAW, lebih dahulu daripada ketibaan Islam di Nusantara.

Tambah beliau, China telah menjadi kunjungan para pengembara dan pedagang Arab sejak awal lagi.

Maka, ujarnya Kerajaan China mempunyai hubungan damai dengan Islam, apabila mereka menerima berita kejatuhan kuasa besar Parsi dan Rom.

“Hal ini berlaku setelah mereka mengetahui pemerintahan Islam yang adil, bukannya menjajah atau menyamun seperti bangsa Eropah yang rakus menjajah,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Kalau dihalang, ujar Tuan Guru maka rakyat China juga pasti akan menyambut kedatangan Islam.

Menurut beliau, adanya kalangan Raja China daripada Dinasti Ming yang menganut Islam, malah Laksamana Cheng Ho yang terkenal juga menganut Islam.

Kata Ahli Parlimen Marang itu lagi, Kublai Khan daripada bangsa Tatar yang memerintah China, tertarik kepada penganut Islam kerana berakhlak mulia, berintegriti dan tidak mengamalkan rasuah.

Ini, jelas beliau sehinggakan Kublai Khan melantik penganut Islam menjadi pemimpin daerah dan pegawai tinggi kerajaan, menjadikan kerajaannya dapat bertahan lama.

Tuan Guru menambah, Islam menimba tamadun ilmu bermanfaat daripada negara China kerana sifat terbuka dengan menerima semua perkara yang baik daripada semua kaum serta menolak perkara yang buruk dan zalim walaupun datangnya dari Makkah.

Menurutnya, masih banyak lagi masjid di China tidak dirobohkan oleh Revolusi Kebudayaan ketika era Mao Zedong kerana disesuaikan bangunannya dengan seni bangunan Cina yang tidak mempunyai apa-apa lambang agama. – HARAKAHDAILY 13/9/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: China damai dengan Islam. Dinasti Ming/Cheng Ho/Kublai Khan.. 

Lihat juga komen ini..

(i) Sepatutnya negara ini, perlu memberi ruang kepada sistem ekonomi bersumberkan Tuhan Pencipta manusia. 

Kerana sistem kapitalisme kini ternyata gagal dengan kebobrokan jurang ekonomi besar antara golongan kaya melampau dan golongan miskin menderita.


Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, “Sebagai contoh apabila berlaku pandemik (Covid-19), kita tahu syarikat pembuat sarung tangan mendapat keuntungan bilion ringgit, tetapi pada waktu sama kita menyaksikan penoreh getah menderita.

“Sepatutnya mereka menyumbang kepada penoreh getah kecil dengan keuntungan yang diperolehi. Kita harap perkara ini dapat dilihat, bukan hanya satu dua syarikat, tetapi banyak syarikat yang mengaut keuntungan, kita biarkan,” katanya ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berpandangan bahawa sistem ekonomi yang lebih adil perlu ditegakkan kerana pada prinsipnya, Allah Taa’la sebut dalam ayat yang juga dibaca oleh Yang Amat Berhormat Tambun, iaitu “Berlaku adillah kerana adil itu amat hampir dengan taqwa.”

Dalam hadis yang masyhur yang semua umat Islam belajar, katanya antara tujuh golongan yang layak berlindung di arasy Allah pada hari tidak ada naungan melainkan naungan arasy Allah ialah pemimpin yang adil.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri bahawa satu kajian dan seminar akan diadakan pada akhir tahun ini bagi meneliti aspek ekonomi dari sudut perspektif Islam, al-Quran dan hadis.

“Saya menyambut baik hasrat tersebut dan harapan kita supaya tidak hanya dalam bentuk seminar, tetapi dapat dilaksanakan,” katanya. (rujuk HARAKAHDAILY 12/9/2023)

(ii) Sepatutnya kerajaan perlu merangka pelan jangka panjang bagi memastikan kebergantungan negara terhadap bekalan makanan import, terutama beras, dapat dikurangkan. Contohnya tanam padi 2 tahun 5 kali.

Di Kuala LumpurUstaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berkata, isu keselamatan makanan mesti diberikan perhatian khusus seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN)

Beliau berkata, agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di negeri juga diminta melibatkan kepimpinan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu.

“Sama ada di kawasan jelapang agensi kerajaan pusat atau di luar jelapang, kita melihat hari ini, isu besar ialah keluasan sawah padi merosot akibat kerancakan pembangunan.

“Pembangunan akhirnya menyebabkan kawasan sawah padi semakin mengecil, sebab itu lah kita perlu ada rangka jangka panjang untuk pastikan ada kawasan penanaman baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. 

Ahmad Tarmizi juga berkata, kerajaan PN sebelum ini juga merancang untuk mewujudkan kawasan penanaman padi baharu melalui kaedah baharu, iaitu Smart SBB.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails