MPB beri jolokan Jom Heboh Kelantan patuh syariah
KOTA BHARU: Pegawai Penguatkuasa MPKB-BRI memantau penganjuran konsert sempena Karnival Jom Heboh seawal Maghrib sehingga selesai konsert bagi memastikan berlaku kepatuhan terhadap syarat ditetapkan kerajaan negeri.
Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, berdasar laporan diterima bahawa keadaan terkawal dan penganjur sentiasa mengingatkan penonton berkenaan pengasingan tempat duduk.
Turut disediakan kawasan hadapan sebagai ruang keluarga, kiri perempuan dan kanan lelaki yang diumum berulang kali menerusi hebahan agar penonton menjaga tatasusila sepanjang konsert berlangsung.
Katanya bagi pihak kerajaan negeri beliau merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Jom Heboh dengan versi Membangun Bersama Islam terutama Media Prima yang memberikan jolokan Jom Heboh Konsep Patuh Syariah.
“Ia sejajar dengan saranan kerajaan negeri melibatkan aktiviti bersifat Islamik seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Kuliah Khas Pagi Jumaat, pertandingan Azan dan bercerita serta MyQurantime,” katanya pada kenyataan malam ini.
Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 diwartakan pada 8 November 1998 yang kemudiannya diperincikan melalui Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 menerusi Pekeliling Negeri Bilangan 4 Tahun 2003.
Program Jom Heboh diadakan di RTC Tunjong bermula 7 September lepas dan berakhir semalam, mendapat sambutan menggalakkan.
Mohd Asri juga berkata, garis panduan diwujudkan bagi tujuan menjelaskan maksud, jenis dan kelas hiburan di bawah Kawalan Kerajaan Negeri berdasarkan Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 sebagai panduan kepada pegawai-pegawai pelesenan, penggiat hiburan dan pihak awam.
Menurutnya penyelarasan Jom Heboh Kelantan 2023 kali ini di bawah pemantauan Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta Negeri.
Permohonan konsert sempena Karnival Jom Heboh dipohon dan diluluskan MPKB-BRI dan penganjur bersetuju dengan semua peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.
“Saya menegaskan bahawa, Kelantan Bumi Serambi Mekah sejak sekian lama sehingga kini terbuka dan mengalu-alukan sebarang penganjuran apa jua karnival atau hiburan sekiranya penganjur boleh mengikuti syarat ditetapkan.
“Apa yang lebih penting penganjur juga hendaklah mengambil kira pendekatan negeri ini yang konsisten dengan dasar Membangun Bersama Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/9/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom Heboh patuh syariah, K/Pusat X berani buat, takut DAP..
Sila lihat komen ini..
(i) Al-hamdulillah, k'jaan Kelantan berani buat untuk rakyat, ini hasilnya.. Sumber mineral, REE Kelantan cecah RM125 bilion – UMK
Julie Juliewatty (tengah) melawat tempat pameran sempena Seminar On Mineral Resources and Technology (SMART) 2023 dan GREAT bersama Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan. (FOTO: UMK)
Di Kota Bharu, Kelantan dipercayai memiliki sumber mineral dan unsur nadir bumi (REE) mencecah RM125 bilion daripada jumlah keseluruhan nilai RM700 bilion dalam negara.
Ia sekali gus menjadikan negeri itu berpotensi mengembangkan sektor perlombongan dan industri berasaskan mineral terpenting di negara ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Perkhidmatan Gold Rare Earth And Mineral Technoprnuership Centre (GREAT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Noor Fazliani Shoparwe berkata, pembangunan industri REE boleh memberi sokongan yang besar kepada pembangunan industri REE hiliran.
UMK menganjurkan Seminar Mengenai Sumber Mineral dan Teknologi (SMART) 2023 dan GREAT bersama Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT). Sebanyak 159 penyertaan daripada pemain industri, institut pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan dan individu yang bertukar pandangan, pengalaman dan penyelidikan berkaitan REE bersama pakar.
Seminar bertemakan ‘Understanding The Potential and Challenges of Rare Earth Establishment Based Industries’ itu juga, diadakan sempena persidangan International Conference on Bioengineering and Technology (IConBET 2023).
(ii) Ini penting, PM patut lantik Menteri Kewangan II. Tapi mengapa tidak, takut DAP juga ke?
Di Kuala Lumpur, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mempertikaikan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada masa sama memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau membandingkan kedudukan itu seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang perlu bertanya kepada Ketua Pegawai Kewangan (CFO).
“Jadi sebagai CEO, dia kena tanya CFO di sebelah, nak tanya macam mana kalau dia sendiri adalah CEO dan juga CFO?” katanya ketika mencelah ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pada sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau sependapat dengan cadangan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) supaya kerajaan melantik Menteri Kewangan II untuk membantu Perdana Menteri.
“Datuk Seri Ketua Pembangkang, saya nak tambah cadangan Datuk Putrajaya tadi. Ramai yang layak, (Ahli Parlimen) Titiwangsa boleh, (Ahli Parlimen) Semberong senyum jer tu boleh, di Sabah ramai Sarawak ramai,” katanya.
Mohd Syahir melahirkan perasaan hairan kerana tidak susah pun untuk melantik Menteri Kewangan Kedua.
Katanya, hanya Menteri Kewangan boleh menyertai mesyuarat Kabinet kerana dua Timbalan Menteri Kewangan yang ada tidak boleh berbuat demikian.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.
No comments:
Post a Comment