Banjir kilat di Komtar lambaang DAP Madani M'sia goyang..
Hujan lebat lebih 2 jam, Komtar antara lokasi dilanda banjir kilat
Georgetown: Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) antara kawasan yang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam, hari ini. Kejadian itu menyebabkan beberapa premis dimasuki air dan kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan juga hampir tenggelam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar Teh Lai Heng berkata, kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 11 pagi namun surut kira-kira 15 minit kemudian. Katanya, banjir kilat itu hanya membabitkan Jalan Penang manakala lain-lain lokasi tidak terjejas.
"Kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kerosakan serius dan air surut tidak lama kemudian.
"Saya percaya hujan yang lebat sejak pagi tadi menyebabkan longkang sedia ada tidak dapat menampung air," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Di lokasi berkenaan juga turut gempar dengan penemuan ular sawa kira-kira tiga meter panjang dan berjaya ditangkap orang awam. Turut dilaporkan satu kejadian pokok tumbang di Jalan Gurdwara, di sini yang menghempap sebuah kereta di petak parkir.
Tinjauan mendapati Jalan Macalister, Jalan Siam dan Jalan Anson turut dinaiki banjir kilat menyebabkan trafik bergerak perlahan pada waktu puncak.
Bilik Gerakan Balai Bomba Jalan Perak ketika dihubungi mengesahkan setakat ini menerima satu panggilan berhubung banjir kilat di kawasan Jelutong. Sementara itu menerusi perkongsian warganet di laman sosial Facebook turut memaklumkan beberapa lokasi sekitar Tanjung Tokong dan Bandar Baru Farlim, Air Itam turut dinaiki air.
Disiarkan pada: September 4, 2023 @ 2:27pm
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Komtar banjir kilat, lambang 'DAP Madani M'sia' goyang.. Ada ular sawa!
Komen rakyat, inikah ular sawanya?
(i) DAP dah cemas, mengapa?
Pulau Pinang dianggap negeri selamat untuk DAP tetapi nampaknya terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa pengundi Cina boleh mencetuskan kejutan pada tarikh 12 Ogos depan.
Memetik beberapa tinjauan yang tidak dinyatakan, Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying mendakwa sebilangan besar pengundi Cina mungkin mengundi PN, tidak keluar mengundi atau membuang undi rosak.
Dakwanya, tinjauan itu menyebut PN dapat menembusi Pulau Pinang dan gabungan pimpinan Muhyiddin Yassin itu boleh menawan Negeri Sembilan dan meraih lebih banyak kerusi di Selangor.
"Saya tidak pasti sama ada ini benar atau tidak, tetapi saya telah menerima banyak (mesej) yang memberitahu saya supaya jangan leka," kata Lim yang juga timbalan menteri pendidikan.
(ii) Beras pula.. Turunnya tidak, naiknya pula berlipat kali ganda. Kerajaan buat apa ni? Janji beras tempatan tidak naik harga? Porrah!
Beberapa hari lalu, BERNAS mengumumkan peningkatan harga beras putih import daripada RM2,350 per tan metrik kepada RM3,200 per tan metrik.
Kenaikan keseluruhan tersebut adalah RM850 per tan metrik sekali gus mencatatkan sejarah baharu di bawah pentadbiran PH yang terkenal dengan formula turun harga barang.
Turunnya tidak, naiknya pula berlipat kali ganda.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.
Ingatkan rasuah boleh selesai. Ganti kerajaan jer yg boleh diharap pemerintahan kembali asal. Tiada rasuah dan korup.
ReplyDeleteKes Zahid sama sebijik macam kes rasuah banglo murah di P Pinang. Ambil kuasa untuk bebaskan kaum kroni. Buat sedikit drama pariah kasta bawahan, masing2 buat terkejut, kemudian tak lama umum bebas? Betul2 macam pariah? Apa2 pun ia kini dah jadi rujukan buat pelajar yang dapat 50A1 yang berminat belajar undang2 dimasa hadapan?
ReplyDeleteTerimakasih la Ustaz Dusuki diatas penjelasan berkenaan TH. Terimakasih kerana telah menyelamatkan aset2 TH dari terus menerus dilelong murah kepada bukan Islam oleh agen2 GURKAH @KHADAM mereka. Semoga tuan terus dirahmati.
ReplyDeleteDah jangka lama. Zahid akan bebas. Bila bmx lantik jadi pembantunya, itu petanda awal.
ReplyDeleteRasuah tidak akan selesai jugak. Walau bmx nak lawan rasuah. Temberang lagi.
Rosak sistem. Parah. Mahkamah pun dah tak bebas. Ada skrip. Kena ikut.
Harapan orang melayu untuk melihat perubahan musnah. Tidak akan berlaku. Selagi rasuah dibebaskan. Rakyat ditemberangkan lagi. Pemerintahan cara lama diteruskan.
ReplyDeleteKhazanah negara berligar di kalangan pimpinan. Tambahan pula kerajaan akan memperkenalkan sistem kapitalis. Khazanah berkongsi di kalangan yg berharta. Lagi sekali kekayaan jadi rebutan di kalangan ahli politik. Rakyat sekadar meleleh air liur melihat perebutan.
Beza dengan kelantan, trengganu, kedah dan perlis. Sudah bermula era baru. Tiada perebutan khazanah kalangan pimipinan. Tiada rasuah. Tiada pimpinan yg terlibat dengan rasuah. Tiada temberang.
Sangat besar jurang antara kerajaan ph dan kerajaan pn. Mahakamah kena ikut skrip. Pimpinan rasuah dibebaskan. Temberang setiap hari. Nak pertahan bumiputera hampir lemah. Malaysian malaysia supaya perasuah berada dalam kerajaan.
Jom berubah. Pilih kerajaan yg sehat.
Anuar tak mampu bawa perubahan. Makin merosot. Janjinya nak lawan rasuah. Rupanya tidak. Mat sabu pun sama. Komunis dapig mati mati tak mahu umno. Umno mati mati tak mahu komunis dapig. Ranap. Punah. Hanya jawatan dan harta, boleh berubah manifesto.
ReplyDeleteRakyat peribumi mangsa rakus pimpinan ph dan umno. Tak boleh percaya langsung. Orang melayu jadi bahan ketawa orang luar. Orang melayu gagal pilih pimpinan berkualiti. Bangla dan indon pun ketawa kat orang melayu. Ini gara gara pimpinan yg gagal memerintah dengan baik.