Monday, October 16, 2023

PAS/PN tetap sangka baik kepada Howard Lee . Begitu indahnya Islam.

 


Moga Howard Lee dibuka hati masuk Islam Selepas 'tafsir' al-Quran.

SAYA teruja apabila mengetahui bahawa Saudara Howard Lee memetik ayat al-Quran.

Saya sesekali tidak kecam beliau kerana membaca al-Quran bahkan saya mendoakan moga al-Quran ini menjadi sebab Saudara Howard Lee mendapat taufik hidayah untuk memeluk Islam.

Saya dan orang Islam sudah tentunya gembira apabila ada orang yang belum Muslim terbuka hati untuk membaca al-Quran. 

Alang-alang dah mahu membaca dan mentadabbur al-Quran, sukacitanya saya mengajak beliau untuk turut membaca sama ayat berikut:

1. إِنَّ ٱلدِّینَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡیَۢا بَیۡنَهُمۡۗ وَمَن یَكۡفُرۡ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ 

“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah mengenai kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”

[Āli-ʿImrān: 19]

2. أَفَغَیۡرَ دِینِ ٱللَّهِ یَبۡغُونَ وَلَهُۥۤ أَسۡلَمَ مَن فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعࣰا وَكَرۡهࣰا وَإِلَیۡهِ یُرۡجَعُونَ (83) قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَاۤ أُنزِلَ عَلَیۡنَا وَمَاۤ أُنزِلَ عَلَىٰۤ إِبۡرَ ٰ⁠هِیمَ وَإِسۡمَـٰعِیلَ وَإِسۡحَـٰقَ وَیَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَاۤ أُوتِیَ مُوسَىٰ وَعِیسَىٰ وَٱلنَّبِیُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَیۡنَ أَحَدࣲ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ (84) وَمَن یَبۡتَغِ غَیۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِینࣰا فَلَن یُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ (85) 

“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.”

[Āli-ʿImrān: 83-85]

3. وَمَن یَبۡتَغِ غَیۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِینࣰا فَلَن یُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi.”

[Āli-ʿImrān: 85]

4. { إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بَعۡدَ إِیمَـٰنِهِمۡ ثُمَّ ٱزۡدَادُوا۟ كُفۡرࣰا لَّن تُقۡبَلَ تَوۡبَتُهُمۡ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلضَّاۤلُّونَ (90) إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمۡ كُفَّارࣱ فَلَن یُقۡبَلَ مِنۡ أَحَدِهِم مِّلۡءُ ٱلۡأَرۡضِ ذَهَبࣰا وَلَوِ ٱفۡتَدَىٰ بِهِۦۤۗ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِینَ (91) }

“Sesungguhnya orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang yang sesat. 

“Sesungguhnya orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”

[Āli-ʿImrān: 90-91]

5. إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِینَ فِی نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمۡ شَرُّ ٱلۡبَرِیَّةِ

“Sesungguhnya orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang Musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalahan mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.”

[Al-Bayyinah: 6]

Tidak salah bagi orang yang belum Islam untuk membaca dan mentadabbur al-Quran. 

Yang salah besar ialah orang yang belum Islam, tiada ilmu yang luas mengenai Islam, walaupun dia membaca al-Quran tetapi dia masih tak mahu beriman dengan kebenaran Islam, bahkan sebaliknya dia berfatwa melabelkan orang Islam lain pula sebagai Khawarij dengan memetik ayat al-Quran. 

Khawarij itu sekalipun menyimpang daripada jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun mereka masih tergolong dalam pecahan umat Islam.

Selagi mana seseorang itu mati sebagai seorang yang bersyahadah maka dia masih berpeluang untuk masuk ke syurga, walaupun mungkin terpaksa menempuh azab neraka terlebih dahulu.

Berbeza dengan orang yang bukan-Islam, seseorang yang mati kafir maka tempatnya kekal abadi dalam neraka.

Saya doakan semoga Allah S.W.T kurniakan taufik hidayah kepada Saudara Howard Lee agar dilembutkan hati kepada Islam, agar mati tidak kekal abadi diazab dalam neraka. 

MUHAMMAD RIF’AAT RAZMAN – HARAKAHDAILY 23/9/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim:PAS/PN tetap sangka baik kepada Howard Lee . Begitu indahnya Islam.  

Lihat juga komen ini..

(i)  Syabas Dato’ Seri Muhammad Sanusi! Rakyat tetap bersama, insya Allah!


Di Bentong, PRK N.36 Pelangai akan menjadi kemuncak kepada kebangkitan orang Melayu di Tanah Melayu ini setelah ianya bermula di negeri-negeri Melayu termasuk di negeri Pahang pada PRU15 yang lalu.

Pengarah Pilihan Raya PN, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun pada PRU15 itu adalah permulaan, PN telah pergi ke peringkat maksimum dari segi mendapat sokongan Melayu. Menurutnya, semua kerusi orang Melayu telah pergi kepada PAS dan Umno-BN ketika itu, namun tiba-tiba Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan BN berpakat dengan DAP.

Jelas beliau, Zahid yang bermasalah dan mahu menyelamatkan dirinya itu bukan mahu memperkuatkan Melayu, tetapi mengadakan pakatan yang menyebabkan Umno-BN menubuhkan kerajaan di Pahang bersama DAP.

“Macam Zahid Hamidi buat perangailah itu. Duk heret BN heret Umno untuk selamatkan diri, untuk beri kuasa kepada DAP, beri kuasa kepada (Dato’ Seri) Anwar Ibrahim. Itu betul-betul buat perangai punya.
“Jadilah apa yang ada hari ni BN diperguna oleh pimpinannya untuk kepentingan diri,” ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah pada Ceramah Perdana N.36 Pelangai di FELDA Kemasul, di sini semalam.

Gelombang kebangkitan kata Sanusi, jelas nampak dilihat berlaku di Terengganu, Kelantan, Kedah dan negeri-negeri lain, tetapi Zahid Hamidi telah berbohong dan melanggar sumpah ‘No Anwar, No DAP’ yang pernah dilafaznya.

Oleh itu serunya, pengundi di N.36 Pelangai perlu memenangkan PN sebagai kemuncak kebangkitan dan membuktikan gelombang tersebut juga telah sampai ke Pahang serta mahu teras politik negara ini kekal di tangan Melayu.

(ii) Awas pesan Nabi, jangan dipagut ular 2X dalam satu lubang. Berikutan T/Menteri DAP umum projek segera PRK Pelangi.


Di KL, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Yin membuka tirai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai dengan memberi peruntukan tambahan kepada tiga buah sekolah di Pelangai, sehari sebelum penamaan calon.

Menurutnya, mungkin secara kebetulan, namun tindakan timbalan menteri daripada DAP itu bercanggah dengan slogan yang dilaungkan oleh parti itu sebelum ini supaya pilihan raya berlangsung dengan bersih dan saksama.

“Amalan mengumumkan projek segera dan peruntukan tambahan dalam tempoh sebelum dan semasa berkempen, memberikan kelebihan kepada pihak kerajaan berbanding pembangkang.

“Budaya politik ‘sogokan’ dan ‘ugutan’ tidak wajar diteruskan, walaupun disaksikan berlaku secara terbuka dalam PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram sebelum ini,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Ertinya, orang Melayu Islam tidak boleh ditipu 2X atau berkali-kali dalam perkara yang sama seperti janji-janji dalam p/raya sekarang. Apalagi janji dari DAP/Madani!

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

2 comments:

  1. Sebelum Syed dipaksa lepaskan Milik beras Nasional isu beras lansung tak timbul...

    Ini lah bahana bila barua DAP@LeeKwanYew diangkat Jadi PM

    ReplyDelete
  2. geng tepuk yg diangkut ke amarika bizi menepuk di dewan pbb tetakala si nuaq berucap, dan dikala tersebut ramai baki perwakilan yg belum sempat berjalan laju keluar dewan berpusu2 berjalan kelur meninggalkan dewan maka terlihatlah jumlah geng tepuk di tingkat atas (ruang penonton) adalah lebih ramai dari dari baki perwakilan, tak nak rasa malu ker ekk? sampai juruvideo pbb pun siap buat fokus lagi kejadian tersebut.

    dan oh ya, masa kunun baca khutbah di mesjid pun tak ramai yg ada, yg ramai cuma rombongan gengtepuk ajer, dan sewaktu kunun khubah jumat tu dah bertukar jadi kempen masuk bakul angkat sendiri, dan... fulamak geng tepuk bersorak bertepuk lagi lah pada khutbah turned into ceramah tu..
    power woo geng tepuk upahan yg dibawa tu.

    ps: khabarnya perwakilan turkei, saudi, jepun, russia, britain, german, dan lain2 kuasa ekonomi semuanya kwluar, yg ada cuma beberapa perwakilan negara kepulauan kecil, nepal, bangla, bhutan, lesoto, zimbakwe and etc dan israel saja yg hadir.

    apara sinuaq nih... memalukan mesia ajer.

    copy & paste.

    peace.

    ReplyDelete