Thursday, September 21, 2023

Pemimpin kafir DAP tafsir Al-Quran, apa tindakan k'jaan PMX?

 


Howard jangan kurang ajar dengan Islam

DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak telah meneliti ucapan Howard Lee, Ahli Parlimen Ipoh Timor menerusi video di akaun TikTok beliau, baru-baru ini.

Ternyata, ucapan beliau amatlah dangkal dan mengandungi unsur provokasi melampau terhadap kesucian agama Islam.

Adalah tidak layak untuk beliau apabila tiba-tiba menjadi pentafsir al-Quran dan memutarbelitkan tafsir ayat 59 surah an-Nisa.

Tindakan ini jelas menunjukkan langkah terdesak pemimpin DAP ini apabila cuba bermain isu 3R sedangkan kerajaan hari ini kononnya lantang menolak isu 3R.

Siapa beliau untuk membuat tafsiran al-Quran dengan sesuka hati? Beliau yang kita kenali bukanlah seorang yang beragama Islam malah merendah-rendahkan pula seorang ulamak dalam agama Islam yang ternyata diakui keilmuan serta kefaqihan beliau dalam Islam.

Tindakan Howard Lee ini boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menghuraikan hujah melalui sandaran dalil al-Quran supaya PAS mengikut ulil amri yang kononnya disamakan sebagai kerajaan hari ini. Padahal, apa kredibiliti dan kelayakan beliau untuk menghuraikan tafsiran ayat ini sedangkan beliau bukan pakar al-Quran.

Justeru, kita mahu melihat sejauh mana kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Komunikasi dan Digital bertindak dalam isu ini.

Sebagai sebuah kerajaan yang lantang memperjuangkan reformasi, pelaksanaan undang-undang itu hendaklah adil dan dilihat adil. Bukan seperti peribahasa kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Pesanan buat Howard Lee, jangan kurang ajar dengan Islam. Bagiku agamaku, bagimu agamamu. Adakah ini yang digelar sebagai penunggang agama?

YB USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 20/9/2023

  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemimpin kafir DAP tafsir Al-Quran, apa tindakan k'jaan PMX?

Lihat juga komen ini..

(i) Hari ini 'hari hitam buat Parlimen Malaysia’ selepas Ahli Parlimen Putrajaya diarahkan keluar dewan, apabila beliau tegas mahu PM tarik balik tuduhan terhadap beliau. Syabas untuknya, teruskan perjuangan!

Datuk Dr Radzi Jidin, Dato' Seri Hamzah Zainudin dan Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sidang media di lobi parlimen. - Foto Jabatan Penerangan

Di KL, apabila AP Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin tegas mahu PM tarik balik tuduhan ke atasnya, bukan saja tidak dilayan malah beliau diarahkan keluar dewan. Tuduhan yang tanpa sebarang bukti.

Ahli Parlimen PN sebagai tanda solidariti keluar dari dewan selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Radzi keluar. Namun Dato’ Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) terus berada dalam dewan kerana masing-masing mahu mengemukakan soalan kepada PM.

(ii) Al-hamdulillah, ada yang lebih menarik lagi tegas dari Datuk Dr Radzi Jidin. Katanya, aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT.  


Begini kisahnya..

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya dalam catatan media sosial hari ini, menyatakan tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah SWT.

Datuk Dr Radzi Jidin menulis: “Sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku hanya kerana Allah! Aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT.”

Catatan itu dipercayai berikutan kejadian ketika sesi penggulungan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat apabila Radzi diarahkan keluar selepas berulang kali membantah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat tuduhan terhadap dirinya.

Berikutan hukuman terhadapnya, Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) beramai-ramai turut keluar dari dewan sebagai solidariti bersama Radzi.

Sementara itu dalam satu lagi catatan media sosial yang sama, bekas Menteri Pendidikan itu menyifatkan kejadian ketika sesi penggulungan itu sebagai hari hitam buat Parlimen Malaysia.

Beliau juga menyatakan pantang terhadap orang yang tidak bercakap benar.

“Saya juga akan sentiasa pertahankan maruah dan integriti diri. Saya bangun menuntut keadilan dan apabila YAB (Yang Amat Berhormat) Tambun sesuka hati membuat tuduhan.

“Kerana menegakkan kebenaran, saya diminta keluar dewan! Sahabat semua nilaikanlah sendiri kerajaan PH-BN ini,” katanya.

Pada catatan itu juga memuatkan rakaman video peristiwa itu dengan Radzi berkata beliau secara umum adalah seorang yang sentiasa mematuhi peraturan dewan dan apabila Ahli Parlimen Tambun sedang menggulung berkaitan RMK12, beliau tidak bangun bertanya soalan.

Pada waktu itu, katanya keadaan tidak ada apa-apa dan Anwar sedang berucap mengenai isu melepas tanpa membebaskan (DNAA) membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Jadi jika kita lihat dalam jawapan (ucapan) beliau, tak fasal-fasal disentuh saya Ahli Parlimen Putrajaya, jadi boleh dengar apa dia cakap,” katanya.

Anwar dilaporkan berkata “Bila Peguam Negara buat keputusan, saya tanya dia, saya bukan bincang. Saya tanya apa alasan, dia (Peguam Negara) bagi 11 alasan, saya minta penjelasan…. you boleh gelak….tapi you boleh gelak Putrajaya kerana you buat perkara itu masa pentadbiran…you buat benda itu.” (sila rujuk  HARAKAHDAILY 19/9/2023)

Apa punya lawak jawapan PMX M'sia ni..

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

3 comments:

Anonymous said...

Sultan2 adalah ketua agama Islam. Rakyat nak juga dengar apa pendapat/pandangan ketua agama Islam ni bila ada kapir2 latnatullah yang mempermain2kan tafsir Al Quran sedangkan mereka tidak beriman? Menafsir Al Quran tanpa ilmu bukanlah kaedahnya. Peace.

Anonymous said...

Harap2 masej ini sampai kepada sultan2, ketua agama Islam disetiap negeri, rakyat mendambakan pendapat dan pandangan2 tuanku2 semua, amin.

Anonymous said...

Suatu masa dahulu ada seorang ahli politik yang mereka gelar dengan nama samaran PUAKA telah berjanji untuk hapuskan tol bila berkuasa?

Sudahkah PUAKA tersebut menunaikan janji hapuskan tol setelah berkuasa?

Ramai yang bertanya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails