Saturday, October 28, 2023

Perlis, negeri kecil gagasan besar.. X P.Pg salur besar, tapi '0'

 

Mohd Shukri Ramli (bertanjak) bersama delegasi Kerajaan Perlis tiba di Batam untuk menghadiri persidangan IMT-GT 2023.

MB Perlis ketuai delegasi Malaysia ke persidangan IMT-GT

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengetuai delegasi Malaysia ke Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) 2023 yang berlangsung pada hari ini hingga 29 September.

Persidangan selama tiga hari dua malam itu berlangsung di Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia.

IMT-GT ialah rangka strategik kerjasama ekonomi antarabangsa dengan persetujuan pemimpin dari tiga negara terlibat.

Ia bagi membangunkan 14 wilayah di Selatan Thailand, lapan negeri di Malaysia (Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan) dan 10 wilayah dari Sumatera, Indonesia. – HARAKAHDAILY 26/9/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlis, negeri kecil gagasan besar.. X P.Pg salur besar, tapi '0'

Lihat juga komen ini..

(i) Kesian, rupanya antarabangsa pun tolak Anwar. 


Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim disifatkan memberi ucapan kosong pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pengarah Pilihan Raya PN, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, para perwakilan tidak mengikuti ucapan Anwar kerana dunia antarabangsa sudah mengetahui dia seorang pembohong.

“Pasai pa orang tak mahu dengar ucapan PM kita. Ucapan beliau tentang gagasan Malaysia Madani rupa-rupanya di peringkat antarabangsa cerdik pandai yang hadir ke perhimpunan PBB bagi mereka ungkapan Madani ni tak ada isi.

“Tak ada apa, tinggal pembalut je isi kosong. Kita di Malaysia ni kita kata ada isi pembalut pun ada. Isi Madani apa?” bidasnya menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang memalukan negara.

Sanusi turut kesal kerana ketika di dalam negara masih panas dengan isu ketiadaan beras tempatan dan rakyat menghadapi kesusahan kos sara hidup mahal, rombongan ke New York itu menghabiskan belanja di padang golf.

“Dalam konsep prinsip Malaysia Madani yang digagaskan oleh PMX ni, pesalah yang telah didakwa, ada kes prima facie 100 saksi dipanggil ke mahkamah, hakim mendapati ada kes dan dia dipanggil untuk membela diri

“(Tetapi) dalam konsep Malaysia Madani orang macam itu boleh dilepaskan tapi tak bebaskan. Ini sangat mengecewakan menimbulkan keraguan yang besar dalam sistem kehakiman walaupun bukan mahkamah yang buat keputusan itu.

“Dia kata Peguam Negara buat (keputusan itu, padahal) Peguam Negara pencen dah bercuti (masa itu). Semua ini meragukan. Dia melaungkan kerajaan bebas rasuah, antirasuah, kira nak cekup je. Tengok-tengok belah kanan dia, dia lepas,” ujarnya di Dataran Purnama, Simpang Pelangai, di sini semalam.

Rumusannya, semua perkara dari madani-DAP menguntungkan DAP saja sebagaimana juga mereka berpakat membentuk Kerajaan Pahang. Begitu kira-kira ringkasan sedutan ucapan Dato’ Seri Muhammad Sanusi.

(ii) Ini pula politik ‘Zero-Sum Game’ anutan Anwar-Zahid..  


Zero-Sum Game satu pengamalan politik kalah-mati. Satu-satu perbezaan dianggap sebagai pertempuran hidup dan mati. Lawan dianggap musuh yang perlu dibunuh. Mengalahkan musuh adalah satu kewajipan. Dikalahkan musuh adalah satu kehancuran. Raih kemenangan atau hilang segala-galanya. 

Fahaman ini akan menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja, untuk mencapai matlamat kemenangan tadi. Politik tidak dilihat sebagai perlawanan idea, polisi, dasar mahupun pendekatan tapi ianya sebagai sebuah peperangan hidup dan mati.

Dalam politik Zero-Sum Game hanya yang tersisa adalah pilih bersama aku, kau akan selamat, tidak bersama aku, kau tamat. 

Itulah yang dapat kita saksikan, Zahid mendapat pelbagai keberuntungan, menjadi TPM walau ada 47 kes, kekal menjadi Presiden Umno dengan campur tangan Menteri yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dan kini Zahid terlepas daripada 47 pertuduhan yang prima facie

Manakala yang memilih untuk tidak bersama Anwar atau tidak mengikut kehendak Anwar, maka mereka telah berada dalam pihak musuh yang tidak boleh diberikan muka.

Terjadilah apa yang terjadi, pembangkang yang wajar dianggap penyemak imbang dilihat sebagai musuh sentiasa. Peruntukan kepada pembangkang yang diperjuangkan mereka dahulu, kini disekat. Keadaan pembangkang kini ibarat menang jadi arang, kalah jadi abu. Begini bukan plitik cara Islam.

Na'au zubillahi minzalik.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails