Tuesday, September 12, 2023

Sekularisme DAP M'sia ke arah ikut Perancis. Undang petaka!

 

Larangan memakai abaya di sekolah-sekolah di Perancis dikatakan atas alasan terancam susulan kemunculan golongan minoriti yang disifatkan sebagai telah ‘merampas agama dan mencabar republik dan sekularisme’ negara itu. (FOTO: AFP)

Sekolah Perancis halang 300 pelajar Islam pakai abaya

PARIS: Sekolah Perancis telah bertindak menghantar berpuluh-puluh kanak-kanak perempuan pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan abaya yang dipakai mereka  pada hari pertama tahun persekolahan.

Seorang menteri kerajaan Perancis, Gabriel Attal berkata, bermatlamat menentang larangan pakaian Muslim, hampir 300 pelajar wanita Muslim  muncul memakai abaya pada hari pertama persekolahan di negara itu, lapor media penyiar, BFM pada hari ini, Selasa (5 Sept).

“Kebanyakan pelajar tersebut kemudian bersetuju untuk menukar pakaian (abaya) itu, tetapi 67 daripadanya enggan dan dihantar pulang,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Perancis pada bulan lalu, telah mengumumkan bahawa ia mengharamkan abaya dipakai di sekolah-sekolah di negara itu atas alasan ia melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan yang telah menyaksikan tudung Muslim sebelum ini diharamkan atas alasan ia merupakan paparan pegangan agama.

Tindakan terbaharu Perancis  itu menggembirakan golongan kanan politik tetapi golongan kiri keras berpendapat ia mewakili penghinaan terhadap kebebasan awam.

Attal dalam  kenyataan menambah bahawa pelajar-pelajar terbabit telah diberikan surat yang ditujukan kepada keluarga mereka mengatakan bahawa ‘sekularisme bukan kekangan, ia adalah kebebasan’.

“Jika mereka muncul di sekolah sekali lagi dengan memakai pakaian (abaya) itu akan ada ‘dialog baru’,” tegas Attal.

Lewat Isnin (4 Sept), Presiden Emmanuel Macron mempertahankan langkah kontroversi itu, mengatakan terdapat golongan ‘minoriti’ di Perancis yang disifatkan beliau sebagai telah ‘merampas agama dan mencabar republik dan sekularisme’, yang membawa kepada ‘akibat terburuk’ seperti pembunuhan tiga tahun lalu guru, Samuel Paty kerana menunjukkan karikatur Mohamed semasa kelas pendidikan sivik.

“Kami tidak boleh bertindak seolah-olah serangan pengganas, pembunuhan Samuel Paty, tidak berlaku,” katanya dalam temu bual dengan saluran You Tube HugoDecrypte.

Dalam pada itu, sebuah persatuan yang mewakili umat Islam telah memfailkan usul kepada Majlis Negara, mahkamah tertinggi Perancis untuk aduan terhadap pihak berkuasa negeri, bagi injunksi terhadap larangan abaya dan qamis, pakaian lelaki yang setara dengan abaya.

Sementara itu, usul Tindakan untuk Hak Umat Islam (ADM) dilaporkan akan dibuat penelitian kemudian.

Undang-undang yang diperkenalkan pada Mac 2004 melarang ‘pemakaian papan tanda atau pakaian yang mana pelajar kononnya menunjukkan pertalian agama’ di sekolah, yang termasuklah salib Kristian yang besar, kippa Yahudi dan tudung Islam. – HARAKAHDAILY  5/9/2023 

Komen Weblog Ibnu HasyimSekularisme DAP M'sia ke arah ikut Perancis. Undang petaka!

Lihat juga komen ini..

(i) T.kasih Tuan Hj Annuar Musa yang menolak  hasrat menjadikan Malaysia Negara Sekular oleh DAP. 

Hj Annuar Musa

Menurut Tuan Hj Annuar Musa, kini tiada obligasi ahli Umno mengundi PH. Lebih lebih lagi DAP yang menjadi tonggak PH dan pelindung PAN mengisytiharkan pendirian meneruskan dasar Malaysian Malaysia (yang diperkenalkan Lee Kuan Yew) dan hasrat menjadikan Malaysia Negara Sekular.

Dasar ini ditentang hebat oleh Umno dan seluruh umat Melayu, Islam dan Bumiputera zaman berzaman, tetapi cuba dipertahankan Presiden Umno kini.

Justeru ahli dan penyokong Umno berpeluang besar membuktikan pendirian mereka mengutamakan Ukhuwah Islamiah dan semangat Muafakat Nasional dengan memastikan undi Melayu tidak berpecah.

(ii) Al-hamdulillah. Masalah Rasuah, rakyat perlu bangkit tentu hala tuju negara. 

Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Di Muar, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cabaran yang ada pada waktu ini ialah untuk membina keyakinan terhadap negara.

Ini, katanya kerana beberapa isu termasuk yang berkaitan dengan pertuduhan rasuah terhadap pemimpin tertentu telah menjejaskan maruah negara kepada masyarakat luar.

“Pihak pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap pendakwaan kepada Timbalan Perdana Menteri, ini soal maruah negara,” ujarnya dalam ceramah Grand Finale PERIKATAN NASIONAL Simpang Jeram, di sini, malam tadi.

Sekian, hanya sekadar sedutan secara ringkas.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails