KUALA TERENGGANU – Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff mempamerkan aksi cemerlang pada pusingan pertama setelah memperoleh jersi polkadot (raja bukit).
Peringkat pertama perlumbaan Petronas Le Tour De Langkawi 2023 bermula daripada Kerteh ke Kuala Terengganu yang melibatkan laluan sepanjang 187.4 km.
Aiman Zariff berkata, walaupun menghadapi kesukaran terutama untuk melepasi 30 kilometer terawal, dia bersyukur berjaya mendapatkan rentak tidak lama selepas itu.
“Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat sebelum menghadapi LTDL, ia membantu saya keluar daripada masalah.
“Seperti menyertai Tour Of Iran, Tour Gateh De Terengganu dan pelbagai lagi latihan bagi menghadapi perlumbaan berprestij ini.
“Motivasi untuk LTDL 2023 ini berbeza dengan sebelumnya kerana pengalaman yang saya dan perlumbaan bermula di Terengganu.
“Insya-Allah saya akan lakukan terbaik sepanjang LTDL 2023 ini,” jelasnya.
Dia berkata demikian ketika Sidang Media Majlis Penyarungan Jersi dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi 2023 Peringkat Pertama bertempat di Dataran Shahbandar di sini hari ini.
Peringkat Pertama LTdL 2023 menyaksikan pelumba pasukan Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn membolot dua jersi iaitu jersi hijau (juara keseluruhan) dan jersi oren (raja pecut).
Manakala, jersi putih selaku pelumba terbaik Asia dimenangi oleh Pelumba Roojai Online Insurance, Tegshbayar Batsaikhan.
Peringkat kedua perlumbaan esok akan bermula di ‘Drawbrige’ Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu, Kelantan sejauh 186.2 km.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan T'ganu & madani mabuk! Al-hamdulilah PAS/PN ok.
Lihat komen ini pula..
(i) Festival DIBW 2023 dicemari pergaduhan peserta antarabangsa, sungguh memalukan.
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan berlaku insiden pergaduhan mulut antara dua pihak pada sebelah petang sebelum dikatakan berlanjutan sehingga ke malam. Dalam satu video berdurasi 4 minit 25 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah siang, kelibat beberapa anggota polis dilihat berjaya mengawal pergaduhan mulut yang berlaku.
Bagaimanapun, menerusi satu lagi video berdurasi seminit 16 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah malam, keadaan seperti tidak dapat dikawal sehingga berlaku insiden membaling objek termasuk kerusi di antara perserta.
Berdasarkan video berkenaan, turut kedengaran suara individu yang menyatakan kebanyakan peserta yang terbabit dalam insiden kekecohan itu sedang mabuk. Difahamkan, insiden berlaku membabitkan peserta antarabangsa, namun sekali gus turut memberi kesan kepada peserta tempatan.
Pengesahan kejadian dan maklumat lanjut daripada polis sedang diperolehi. DIBW 2023 adalah festival dan pameran antarabangsa yang dianjurkan selama tiga hari bagi meraikan gaya hidup permotoran.
Dianggarkan seramai 100,000 pengunjung dari seluruh dunia berkunjung ke festival kali ini.
Objektif DIBW yang bermula pada 2019 adalah untuk menyatukan penunggang motosikal di seluruh rantau ini dalam perpaduan dan perayaan gaya hidup permotoran selain sama-sama mempromosikan budaya, masakan dan sukan tempatan.
(ii) Al-hamdulillah lagi.. Aura kampung sendiri, Afif Ungguli Cub Prix di Terengganu.
Di Kuala Nerus, 23 September – Pelumba kelahiran Dungun, Ahmad Afif Amran membuktikan aura halaman sendiri apabila mengungguli kategori CP150 pada perlumbaan Pusingan Ke-7 PETRONAS Malaysia Cub Prix 2023.
Dalam perlumbaan di Litar Permotoran Terengganu itu, Afif memintas pendahulu yang juga rakan sepasukannya dari Petronas Sprinta Yamaha- CKJ Racing, Md Akid Aziz pada pusingan terakhir untuk muncul juara denga perbezaan masa 0.764 saat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
6 comments:
Pi NY jauh2 bawa satu lori rombongan semata2 nak sembang kari di PBB?
Last2 boleh berucap depan kerusi meja saje. Habis semua pemimpin2 dunia cabut lari dari dewan.
Kesiannya! Dimalukan Allah SWT?
Kehidupan B40 semakin meruncing.
Apa sudah jadi dengan formula2 ekonomi yang bertaraf jamban tu?
Next APEC meeting buat kat San Francisco. Tapi kenapa Amerika buat kat pusat lbgt dunia ni?
Adakah mereka nak promote lbgtq? Hati2 kalau kesana.
Audiance isteri dan rombongan. Unga pun tak caya.
Harga beras makin mahal.
Bmx takpe. Tak terkesan. Dapat makan nasi mahal.
Komunis dapig support duit beras.
Tapi rakyat merana.
Pertama kali dalam sejarah unga ada orang yg berucap bawak tukang tepuk dan cuma kerja tepuk maka dalam sejarah unga jugak pertama kali tepukan berlaku cuma ditingkat atas di kerusi pelawat pemerhati sampai perwakilan yg berpaling tengok pun jadi senyum sinis.
apala mamat tu..
berapa punya la belanja diambil dari kantung negara untuk biaya tukang tepuk.
.
Sejak Syed Bukhari dipaksanoleh Anwar lepaskan hak pegagann beras pada puak Kartel Mata sepet maka gangguan bekalan beras makin menjadi Jadi.... Ini lah Jadi bila pilih barua DAP@LeeKwanYew diangkat Jadi PM
Post a Comment