Friday, October 20, 2023

Antara perang Israel/Perang M'sia. Apa sikap kita?

 


Rejim Zionis Israel adalah penjenayah perang

MERUJUK kepada serangan ganas rejim Zionis Israel ke atas Hospital Al-Ahly Al-Mamdani di Semenanjung Gaza, PAS mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Seluruh dunia perlu membuka mata melihat wanita, kanak-kanak, pesakit dan orang tua dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan.

Umat Islam tidak boleh lagi hanya menyaksikan kekejaman yang berlaku tiap-tiap hari terhadap saudara kita.

Para pemimpin dan rakyat seluruh dunia mesti bangkit dengan semangat jihad bagi mempertahankan bumi Palestin.

Media digesa bersikap bebas dan berani menyiarkan berita kezaliman Zionis Israel yang merampas tanah Palestin.

Kerajaan Malaysia juga digesa mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mendakwa Israel di atas jenayah perang terhadap Palestin.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Rabi’ al-Akhirah 1445H / 18 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 18/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara perang Israel/Perang M'sia. Apa sikap kita?

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, di KL Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Abdul Hadi memberi perhatian terhadap kartel dalam menentukan harga barangan keperluan asas rakyat. 

Beliau meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah pelan komprehensif bagi jangka pendek dan jangka panjang kementerian dalam memerangi kartel yang berkuasa besar dalam menentukan harga barangan keperluan asas rakyat.

Beliau yang juga Presiden PAS mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Pada beliau perlu di 'Perangi kartel berkuasa besar tentukan harga barang'.


(ii) Ini, k'jaan X tahu urus negara. 


Di Shah Alam, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, selama 11 bulan pemerintahan Madani jelas terzahir kelemahan tatakelola mereka dalam memimpin negara.

Katanya, satu demi satu kelemahan, kecelaruan, kelesuan, ketidakupayaan, kebobrokan dan hipokrasi mereka terserlah.

Menurutnya, pemerintahan yang bercirikan kleptokrasi, kakistokrasi, dihantui dengan isu integriti, pengurusan pentadbiran yang cacamerba dan tidak cekap.

Beliau menambah, kerajaan sedia ada juga jelas gagal menterjemahkan manifesto mereka dalam hala tuju dan dasar-dasar negara.

“Mereka hanya sekadar mampu berteori dan sangat defensif, tanpa tindakan yang segera dan tuntas,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-64 di IDCC di sini, malam ini.

Ahmad Fadhli berkata, konsep keadilan yang dilaungkan oleh Kerajaan Madani amat mengelirukan dan terbukti hanya retorik semata-mata.

Tambahnya, pelantikan seorang pemimpin dalam jawatan tertinggi pentadbiran negara yang mempunyai rekod 47 pertubuhan yang membabitkan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membuktikan kerajaan campuran Pakatan Harapan-Barisan Nasional sanggup menggadaikan prinsip demi kuasa.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

Post a Comment