KUMPULAN Islam Palestin melancarkan Operasi Taufan al-Aqsa yang mengejutkan Israel. Israel yang dikejutkan dengan operasi ini telah dibantu oleh negara Barat seperti Amerika Syarikat, Inggeris dan Perancis yang menggerakkan tentera mereka untuk menyelamatkan Israel.
Yang menarik, kumpulan Palestin berperang menentang Israel atas nama Islam dan adab-adab berperang Islam. Mereka menyerang sasaran tentera sahaja dan tidak menyerang orang awam.
Israel mengebom kawasan awam Gaza seperti masjid, hospital, sekolah dan lain-lain menyebabkan seluruh dunia berdemonstrasi menyatakan bantahan terhadap keganasan Israel.
Maka kita umat Islam wajib bangkit bersama-sama Palestin. Dengan kepercayaan bahawa Masjid al-Aqsa dan Palestin adalah milik umat Islam, seluruh dunia Islam akan bersama dengan Palestin.
Penting bagi umat Islam menunjukkan simpati kepada Palestin dan protes kepada Israel dan negara yang menyokongnya. Kita mesti mengerahkan semua pihak untuk menghukum kezaliman yang sedang berlaku yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Setiap umat Islam mesti bersama Palestin sekurang-kurangnya berdoa, menyumbangkan harta serta jiwa raga demi bersama Palestin. Maka Malaysia mesti bersama dan bersatu dengan Palestin dalam menghadapi kezaliman Israel. Penyatuan ini mesti dibina supaya teguh dan kuat.
Saya mengucapkan syabas kepada semua yang hadir pada petang ini untuk menunjukkan simpati dan sokongan kita kepada Palestin. Mari kita bangkitkan kebesaran Allah yang mengatasi kebesaran segala-galanya.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Himpunan 10K Solidariti Palestin, 28 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 28/10/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bangkit bersama Palestin -Presiden PAS. Allahu akbar!
Lihat komen ini..
(i) Jihad harta, apa PAS buat di Muktamar Umana’ Aqsa di Istanbul Turkeye semalam? Jom lihat dan sokong!
Di Kota Bharu, majlis pembukaan Muktamar Umana’ Aqsa yang diadakan di Istanbul Turkeye semalam berjaya mengumpul sumbangan sebanyak USD950,000 dan Euro180,000. Kutipan itu dibuat sebagai menyahut seruan Jihad Bil Mal untuk membantu umat Islam di Palestin.
Berikutan itu Prof Ghurmuz mengumumkan jihadnya sebanyak USD160,000, peserta dari Algeria mengumumkan agensinya berjihad dengan USD300,000, seorang muslimah dari Indonesia USD17,000 dan sebentuk cincin, Abu Ahmad Al-Jaza’iri USD55,000 dan beberapa peserta dari negara lain termasuk Malaysia.
Anggota Exco kerajaan Kelantan Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, ramai peserta dalam kalangan muslimah yang naik ke pentas mengumumkan jihad harta dengan cincin, rantai dan gelang.
Manakala seorang peserta dari Afghanistan menyatakan jika pintu masuk untuk jihad Qital dibuka di Palestin, beliau akan mengerah pemuda-pemudanya yang sudah bersedia untuk berjihad dan syahid di jalan Allah.
“Seorang peserta dari Algeria menegaskan secara terbuka, sekiranya muktamar memutuskan agar peserta wajib terlibat dengan Jihad Qital, maka beliau tidak akan pulang lagi ke Algeria dan akan terus ke Palestin berjihad.
“Saya mewakili Menteri Besar Kelantan dan kerajaan negeri menghadiri muktamar berkenaan yang dihadiri para ulama dan cendikiawan lebih dari 20 negara. Ia diadakan pada 28 dan 29 Oktober ini,” katanya kenyataan di laman sosial.
Pembukaan muktamar disempurnakan Menteri Agama dan Wakaf Turki Dr Ali Erbas, Pengerusi Umana’ Aqsa Dr Esham Basyir, Pengarah Maahad Tafakkur Islami Turki Prof Mohamed Ghurmaz,
Selain itu Mufti Syiria Syeikh Usamah Al-Rifaie, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Gaza Syeikh Dr Marwan Abu Ras, Syeikh Mohamad Hasan Al-Dadu Syanqiti dan lain-lain tokoh pemikir pelbagai negara. (Sila rujuk HARAKAHDAILY 29/10/2023)
Di KL, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penggunaan terma-terma sedemikian walaupun secara negatif, bukan sahaja terdedah kepada salah anggap, malah kelihatan seperti mahu melanjutkan lagi naratif dakyah dan prasangka yang dijuarai oleh media Barat serta pihak-pihak yang menyokong rejim apartheid Israel apabila merujuk kepada perjuangan rakyat Palestin.
“PAS bersetuju bahawa elemen-elemen sedemikian tidak harus dibawa masuk atau disuburkan dalam kalangan, bukan sahaja pelajar, malah masyarakat kita juga,” ujarnya dalam kenyataan media, hari ini.
(Sila lihat kenyataan penuh beliau 'PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN BERASASKAN HAK DAN KEHORMATAN, BUKAN DENDAM DAN KEBENCIAN' -HARAKAHDAILY 29/10/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
No comments:
Post a Comment