FOTO: Reuters
Media Hamas keluarkan video taktik serangan mengejut ke atas Israel -07 Oktober 2023, 8:12pm
GAZA: Kumpulan Pergerakan Hamas selepas mengeluarkan rakaman video melancarkan serangan mengejut terbesar ke atas Israel.
Visual rakaman itu memaparkan pejuang Hamas yang dilihat menyusup masuk ke dalam kem tentera Israel dipercayai berhampiran sempadan Gaza, sebelum berlaku insiden tembak-menembak.
Menerusi visual yang dikeluarkan oleh Media Hamas, ia memaparkan mayat tentera Israel yang bergelimpangan di dalam kem tentera yang kemudiannya dibawa masuk ke Gaza oleh pejuang Hamas.
Selain itu, pejuang Hamas turut melakukan pengeledahan di rumah yang diduduki warga Israel serta meninjau di sekitar bandar yang diduduki Israel setelah tentera Israel meninggalkan kawasan tersebut.
Agensi berita Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tarikh dan lokasi sebenar visual itu, walaupun terdapat bendera Israel di lokasi terbabit.
Taktik serangan mengejut seperti ini belum pernah dilakukan pejuang Palestin, sejak berlakunya peningkatan paling serius dalam konflik Israel-Palestin sejak kebelakangan ini.
Media Israel dalam pada itu melaporkan berlaku pertempuran senjata antara kumpulan pejuang Hamas dengan pasukan keselamatan Israel di bandar-bandar di selatan wilayah diduduki Israel. – REUTERS
Komen Weblog Ibnu Hasyim: HAMAS serang Israel. Siapa HAMAS di M'sia?
Lihat komen ini..
(i) Warga Israel panik, takut juga mereka rupanya, bila berdepan detik-detik cemas ketika mujahidin Hamas melancarkan serangan mengejut terbesar dalam tempoh beberapa tahun ini ke atas Israel.
Foto: Reuters
Di Gaza, bunyi siren amaran bergema di selatan dan tengah wilayah yang diduduki warga Israel. Sejurus selepas siren amaran itu dibunyikan, kebanyakan warga Israel mula mencari tempat yang selamat untuk berlindung dari serangan mujahidin Hamas.
Rakaman dron turut menunjukkan, asap hitam tebal berkepul-kepul naik ke udara di beberapa lokasi susulan serangan mengejut dilancarkan Hamas. Penduduk Israel yang panik dengan serangan itu bergegas keluar dari kediaman mereka dan mengikut arahan yang dikeluarkan pasukan keselamatan bertugas.
Sebelum itu, Komander tentera Hamas, Mohammad Deif telah mengumumkan permulaan operasi dalam siaran di media Hamas, dan menyeru kepada rakyat Palestin yang berada di mana-mana sahaja untuk sama-sama berjuang dan berjihad.
(ii) Kalau di M'sia, siapa yang menyerupai seperti perjuangan HAMAS tersebut? PASkah walaupun PAS berjuang kerana agama dan melalui peti undi?
Bagaimana dengan berita ini?
Pemimpin HAMAS hargai sokongan berterusan Malaysia isu Palestin. Bernama Mei 16, 2021 15:33 MYT
Ketua Setiausaha Akhbar Hamas Taher Nunu berkata Ismail (gambar) turut memuji peranan dimainkan Malaysia dalam isu Palestin dan hubungan bersejarah di antara kedua-dua negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Ismail Haniyeh menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan berdiri teguh mempertahankan hak rakyat Palestin sejak sekian lama.
Perkara itu antara yang dinyatakan dalam panggilan telefon dibuat Ismail yang juga Ketua Biro Politik Hamas kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bagi memaklumkan perkembangan terkini pencerobohan tentera rejim Israel terhadap bumi Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur.
Dalam satu kenyataan akhbar berbahasa Arab yang diterima Bernama, Ketua Setiausaha Akhbar Hamas Taher Nunu berkata Ismail turut memuji peranan dimainkan Malaysia dalam isu Palestin dan hubungan bersejarah di antara kedua-dua negara. Dalam perbualan itu, Taher berkata Muhyiddin turut menekankan hak rakyat Palestin untuk mendirikan negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Palestin serta mengakhiri penjajahan dan mendapatkan kebebasan.
Taher berkata Malaysia menyokong hak-hak itu dan pada masa sama akan bekerjasama dengan beberapa negara Islam untuk bergerak terus demi rakyat Palestin dan memberikan sokongan kemanusiaan segera kepada mereka melalui institusi berkaitan.
Dalam perbualan telefon itu, Muhyiddin turut memaklumkan bahawa Malaysia akan bergerak di setiap peringkat termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Keselamatan PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam usaha menghentikan serangan dan pencerobohan tersebut.
Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu.
Sejak itu, seramai 139 orang, termasuk 39 kanak-kanak dan 22 wanita, telah terbunuh manakala 950 lagi cedera. - BERNAMA
(iii) Juga berita ini..
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
No comments:
Post a Comment