Thursday, October 26, 2023

Ini kerana DAP? Larang takbir, sekular, maaf terbuka.

 

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh

3R: Apa hasil siasatan terhadap Guan Eng, Kit Siang

KUALA LUMPUR: Isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh [PN-Besut] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan hasil siasatan dan pendakwaan bagi kesalahan berkaitan dengan 3R iaitu ucapan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mendakwa gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang di dalam satu program di Pulau Pinang.

Beliau juga bertanya perkara yang sama terhadap ucapan Tan Sri Lim Kit Siang, pemimpin veteran DAP yang menyatakan negara semakin hampir-hampir ke arah tepian sebuah lagi rusuhan 13 Mei 1969.

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin [PN-Pagoh] turut meminta menteri yang sama menyatakan apakah pendirian Kerajaan khususnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta apakah asas perundangan yang diguna pakai untuk melarang rakyat Malaysia daripada menyentuh perkara 3R tersebut.

Berikut ialah senarai soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, hari ini.

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah pendirian Kerajaan khususnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta apakah asas perundangan yang diguna pakai untuk melarang rakyat Malaysia daripada menyentuh perkara 3R tersebut.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan pelaburan tempatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 70% berbanding 64% pada tahun 2022 yang disyorkan oleh Perdana Menteri pada bulan Mei lalu. Jika ya, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) asas kriteria dalam memilih seorang Pengerusi Lembaga Pelabuhan dan sejauh manakah peranan mereka dalam membenteras kegiatan ekonomi gelap seperti penyeludupan di pelabuhan; dan

(b) berapa bilangan operasi kegiatan membenteras ekonomi gelap yang berjaya dijalankan sepanjang tahun 2019 sehingga 2023.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah syarat yang perlu dipenuhi sekiranya pemasangan Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) hendak dilakukan di Batu Balai, FELDA Lepar, Kampung Mat Daling, Kuala Tahan yang terletak jauh dari Bandar Jerantut dan mempunyai penduduk yang padat.

Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan langkah yang perlu diambil bagi membantu meningkatkan kualiti hidup warga emas dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menambah baik kriteria pemberian bantuan warga emas agar dapat dinikmati golongan sasar.

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik pencerobohan terkini bot nelayan asing yang menceroboh ke dalam perairan Malaysia seterusnya mengaut sumber hasil perikanan negara secara haram.

Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan di dalam menjadikan Tok Bali sebagai sebuah pelabuhan dan pengkalan persisir dalam sektor minyak dan gas terutamanya untuk wilayah timur Semenanjung.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membuka jawatan tetap warden daripada bukan guru supaya bebanan guru boleh dikurangkan.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan hasil siasatan dan pendakwaan bagi kesalahan berkaitan dengan 3R iaitu:

(a) ucapan YB Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan, yang mendakwa gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang di dalam satu program di Pulau Pinang; dan

(b) ucapan Tan Sri Lim Kit Siang, pemimpin veteran DAP yang menyatakan negara semakin hampir-hampir ke arah tepian sebuah lagi rusuhan 13 Mei 1969.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha Kementerian untuk mengesan lebih 1.2 juta warga China yang dilaporkan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada terdapat sebarang rancangan naik taraf kemudahan, peralatan, perisian dan perkara-perkara berkaitan operasi di jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di daerah Machang memandangkan kebanyakan perkara-perkara tersebut telah usang dan lapuk, perlu diganti. Sebagai contoh di Klinik Kesihatan Temangan.

Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah dan perancangan Kerajaan dalam menangani isu kesesakan banduan di penjara di seluruh negara.

Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam mengatasi isu kejatuhan harga Ringgit jangka pendek dan panjang.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) kriteria yang diperlukan oleh KDN untuk meluluskan kewarganegaraan daripada warga asing; dan

(b) berapa jumlah warga asing yang mendapat visa pelancong dan visa pekerja tetapi tidak keluar daripada negara ini selepas tamat tempoh dan apakah usaha Kerajaan mengatasi permasalahan ini.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan terhadap NGO atau pertubuhan yang menggunakan uniform menyerupai anggota tentera, polis atau bomba dan siapakah yang mengawal selia protokol pemakaian uniform tersebut.

Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah memulihkan penguasaan Jawi di peringkat menengah atas di sekolah-sekolah harian.

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah impak penjenamaan semula istilah Kolej Tingkatan Enam kepada Kolej Pra Universiti KPM ini terhadap peningkatan kemasukan pelajar ke peringkat lebih tinggi dan apakah justifikasi Kementerian tidak mempertimbangkan perubahan gred perjawatan susulan penjenamaan semula ini. – HARAKAHDAILY 23/10/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini kerana DAP? Larang takbir, sekular, maaf terbuka.

Sila lihat komen ini..

(i) Isu larangan takbir, penganjur minta maaf selepas dikecam. Adakah ini juga kerana DAP yang sudah menampakkan belangnya cuba menguasai M'sia?

Seorang peserta perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam, 22 Okt 2023 dirakam melahirkan perasaan marah dan sebak selepas mengakui berasa dihina apabila diminta balik ke rumah kalau hendak melaungkan Allahu Akbar dan bukan di perhimpunan itu. (FOTO: Tangkapan skrin Instagram @wasiakhirzaman)

Beto Kusyairi membuktikan dirinya antara segelintir artis Malaysia yang menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi terhadap penderitaan rakyat Palestin angkara kejahatan dan kezaliman Zionis Israel. (Tangkapan layar skrin Instragram @beto_kusyairi)
Paparan IGS Michael Ang yang memberi komen tentang kontroversi perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka pada 22 Okt 2023. (Tangkapan skrin Instagram @michaelang38)
Antara komen netizen sebagai reaksi Instagram @wasihatakhirzaman yang berjudul, Solidariti Untuk Siapa?… (Tangkapan skrin Instagram @wasiatakhirzaman)
Plakad Netanyahu yang dibawa Syed Muhammad Shafiq pada perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka, di sini, semalam, tetapi kemudiannya didakwa diarahkan supaya diturunkan oleh penganjur atas alasan ‘menjaga adab’.

Musa Mohd Nordin: Sementara dalam video yang disiarkan Instagram @Wasiatakhirzaman memaparkan seorang wanita Melayu-Islam yang mendakwa penganjur melabelkan peserta himpunan tersebut bersikap sama seperti Zionis apabila mereka membawa sepanduk dan plakad yang melabelkan Benjamin Netanyahu sebagai ‘penjenayah perang’.Paling mengecewakan wanita itu mendakwa pihak penganjur juga melarang peserta perhimpunan daripada melaungkan takbir Allahu Akbar.

(Sila rujuk – HARAKAHDAILY 23/10/2023)


(ii) DAP adalah perjuang gagasan Malaysia negara sekular, hal ini juga menjadi penghalang kepada perlaksanaan Islan sepenuhnya seperti termaktup dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3), yakni melaksanakan Islam secara keseluruhan (ertinya bukan sekular).


Di Shah Alam, DAP secara jelas memperjuangkan gagasan Malaysia negara sekular dan Malaysian Malaysia.

“Soal yang jelas bagi DAP ialah gagasan Malaysia negara sekular dan Malaysian Malaysia,” kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, matlamat perjuangan DAP itu menjelaskan Malaysia bukan sebagai sebuah negara sekular sebagaimana didakwa parti terbabit.

Menurutnya, kalau Malaysia negara sebuah sekular mengapa perlu DAP masukkan dalam manifesto mereka mahu memperjuangkan sebuah negara sekular.

Beliau berkata, berdasar perkembangan itu menjelaskan Malaysia bukan negara sekular.

“Manifesto DAP itu mengesahkan Malaysia bukan negara sekular. Berkali-kali kita mengingatkan Islam ialah agama persekutuan sebab itu semua acara-acara rasmi mesti dimulakan dengan acara keagamaan Islam.

(iii) Isu larang takbir: Penganjur digesa mohon maaf sekali lagi secara terbuka.

Suasana di perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ anjuran bersama VPM dan MyCare di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 22 Okt 2023.

Di KL, “UMMAH mendesak sekali lagi permohonan maaf, tetapi kali ini secara terbuka daripada penganjur dibuat kerana ia  sangat mengecewakan peserta yang hadir dan kepada seluruh umat Islam yang mengutuk sekeras-kerasnya jenayah Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

“Tindakan dan sikap penganjur  itu sangat memalukan umat Islam dan negara Islam di seluruh pelosok dunia.” 

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

Post a Comment