Kemudian, dengan madah yang penuh berhelah, Umno Terengganu mengusulkan kepada Tun Mahathir untuk menarik kembali bayaran itu, sehingga dikatakan oleh Tun, Umno Terengganu ‘so stupid’ merujuk kepada bodoh dan jahatnya rancangan itu. Selebihnya adalah sejarah yang kita semua maklum.
Bagi penyokong dan ahli PH-BN, perkataan adil adalah perlu ditafsirkan semula dari sebelah mereka sekarang. Buatlah apa sahaja, semua dikira betul, jika PMX yang melakukannya walaupun sama dengan kelakuan Umno. Sewaktu dahulu, dengan kes yang sama, mereka menentang dan berikrar bagi memberikan hak kepada negeri pengeluar minyak royalti yang berpatutan. Tetapi tidak lagi kini.
Dendam mereka sebenarnya adalah kepada rakyat Terengganu. Menyalurkan wang itu kepada badan lain, adalah menyalahi prinsip federalism dan menghina pilihan rakyat. Kenapa di Sarawak dan Sabah tidak pula diperlakukan demikian? Kerana kerusi sokongan kepada kerajaan mereka yang hampir rebah ini, ada di sana. Itu sahaja.
Dalam Parlimen dikatakan kepada pembangkang, datang berbincang untuk diberikan peruntukan, jika tidak, tiada akan diberikan sebarang peruntukan. Begitulah syaratnya. Dan apabila Menteri Besar Terengganu dengan penuh diplomatik, datang menghulurkan salam sebagai salah sebuah Negeri Persekutuan, layanannya sama sahaja. Masih tidak memberikan hak yang sepenuhnya kepada Terengganu.
Sikap orang beriman adalah membantu saudaranya yang memerlukan pertolongan dengan sesungguhnya hati. Apa lagi jika perkara itu adalah hak saudaranya, wajib ditunaikan tanpa berlengah. Manakala sikap orang munafik di dalam surah at-Taubah dijelaskan sebagai membantu dalam perkara mungkar dan mencegah dalam perkara makruf. Dan mereka akan saling bergembira dengan setiap kezaliman yang dilakukan kumpulan mereka.
Al-Quran adalah mukjizat, hanya sahaja kita yang mesti sentiasa membeleknya bagi mencari mutiara atau rahsia yang Allah beritahu. Oleh itu ulamak adalah manusia yang paling mengetahui akan kehendak al-Quran kerana sentiasa menjadikan al-Quran panduan. Bukannya puak liberal yang serba boleh. Jadi syaitanpun dia, jadi malaikatpun boleh.
Kepada Allah, kita rakyat Terengganu dan Kelantan berserah atas kezaliman ini.
*Untuk rekod, jumlah Wang Royalti tahun 2000 ialah sekitar RM800 juta dan Petronas membayar RM400 juta iaitu 50 peratus. Manakala tahun 2023 dianggarkan sekitar RM1.4 bilion dan sehingga kini, Terengganu hanya diberikan RM405 juta iaitu hanya kira-kira 30 peratus. 20 peratus lebih rendah daripada zaman Umno yang jahat dan zalim dahulu.
MOHD NASIR ABDULLAH
3 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 3/10/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, wajah 'perompak' wang royalti T'ganu..
Sila lihat komen ini..
(i) Majoriti rakyat X puas hati ekonomi semasa negara. Keputusan kajian juga menunjukkan 4 dari 5 responden berpendapat kerajaan sekarang tidak akan kekal. Malah 3 dari 4 responden mengharapkan berlaku pertukaran kerajaan sebelum keadaan semakin meruncing.
Menurut akaun media sosial Facebook, OK Media, dalam satu kajian soal selidik yang dilakukan terhadap 5,000 responden yang diadakan dari 1 hingga 30 Sept 2023 mengenai pandangan mereka terhadap suasana ekonomi negara pada masa ini, selepas 10 bulan berada di bawah kerajaan baharu.
Majoriti responden tersebut ialah berbangsa Melayu (95%) diikuti dengan Cina (1%) dan India (1%) yang mana kebanyakannya menetap di negeri Selangor sebanyak 36.3 peratus berbanding dengan negeri-negeri lain.
Kebanyakan responden berumur lingkungan antara 30 hingga 39 tahun (39%) dan diikuti dengan 40 hingga 49 tahun (32%); manakala hanya 17 peratus sahaja responden yang menjawab berumur 50 tahun ke atas serta 12 peratus dalam kalangan berumur 18 hingga 29 tahun.
Di KL, pakar ekonomi Islam bebas Universiti Malaya (UM), Prof Mohd Nazari Ismail berkata, sistem kewangan negara ini telah menyebabkan pelbagai masalah berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi juga negara-negara antarabangsa.
“Apabila kita melihat sendiri Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai ekonomi yang besar tetapi masih ramai rakyat menghadapi pelbagai masalah kos sara hidup; dan (masalah) ini juga berlaku di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, sistem ekonomi negara ini yang berlandaskan hutang berasaskan keuntungan menyebabkan berlakunya peningkatan inflasi; dan kos sara hidup rakyat semakin meningkat.
“Maka, sistem kewangan perlu diubah lagi dan kita tidak mempunyai pilihan lain,” katanya dalam program Menoktahkan Kemiskinan Realiti Atau Khayalan anjuran Pusat Kajian Pembangunan Ungku Aziz di Universiti Malaya, di sini, hari ini.
Mohd Nazari (kiri) dan Abdul Manap.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
No comments:
Post a Comment