Wednesday, October 25, 2023

PAS/PN lalui era menang.. Tawan Pusat & 'kepala bapak' PP.

 


Presiden beri panduan penting untuk lalui era kemenangan 

SHAH ALAM: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata bahawa ucapan dasar dan muktamar serta perbahasan telah diadakan adalah muhasabah supaya kepimpinan dan parti beristiqamah. 

“Tidak tergelincir daripada dasar perjuangan dan sampai ke hala tuju yang diredhai oleh Allah S.W.T terus berjuang selaju-laju, walak dan taat tanpa membantah. Teguh beristiqamah ke hala tuju membujur lalu melintang patah.

“Tema ucapan dasar kita ‘Adil, Prihatin dan Berkebajikan. Tujuannya untuk mengisi kemenangan setelah kita mencapai kemenangan di empat negeri menjadi parti yang paling banyak di peringkat Parlimen.

“Yang boleh bersama memerintah bila-bila masa sahaja insya-Allah. Tema ini bukan sekadar slogan untuk diucap, tetapi untuk dilaksanakan. Dicadangkan supaya tema ini menjadi tema kepada empat buah negeri yang diperintah oleh PAS.

“Tujuannya untuk menegakkan syiar Islam, secara amali dan praktikal, bukan retorik kosmetik. Hiasan-hiasan sahaja,” ujarnya pada ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 di IDCC Shah Alam, di sini sebentar tadi.

Tuan Guru mengupas mengenai kuasa pemerintahan yang mendirikan perintah solat, zakat, kebajikan dan mencegah mungkar di mana tindakan di atas dunia itu juga adalah berwawasankan akhirat.

“Kita PAS (pernah) dirasakan dengan kezaliman-kezaliman yang banyak. Menjadi mangsa kezaliman sepanjang perjuangan. Kita mangsa, penindasan dipinggirkan dan sebagainya. Ini mendidik kita bila jadi kita jadi kerajaan kita jangan buat zalim pada orang.

“Ini sangat penting. Jangan belas dendam. Ini yang diajar oleh Nabi kita Muhammad S.A.W, kita sabar. Kita anggap itu pendidikan dalam perjuangan kita. Jangan jadi macam PH (Pakatan Harapan). Membawa naratif memutar belitkan kezaliman. Tak nampak dia zalim padahal dia buat zalim,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh cabaran setelah mendapat kemenangan sebagaimana Nabi SAW membahagikan harta rampasan dan menghadapi rungutan para Sahabat RA yang tidak berpuas hati dengan Baginda.

Tuan Guru juga membawakan pengajaran daripada perpecahan kalangan Sahabat RA hingga menimbulkan mazhab dan perpecahan umat termasuk kejahilan hingga Islam diperangi mudah oleh musuh.

Akibatnya bentang beliau, terjadilah ketidakadilan ke atas manusia kerana ada yang melampaui batas hingga berbunuhan sebagaimana terjadi di Palestin ketika ini sebelum berlaku jihad kebangkitan.

Mengupas mengenai konsep parti menguasai kerajaan, beliau menjelaskan bahawa perkara itu sebenarnya sudah ada dalam Perlembagaan PAS iaitu Fasa 48D berkenaan polisi dan pendirian PAS.

“PAS sudah membuat keputusan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu. Dianggotai oleh pimpinan PAS Pusat yang ada kebolehan khusus dalam Dewan Harian dan dijemput tokoh-tokoh yang kita pilih untuk memandu kerajaan negeri,” jelasnya.

Tuan Guru turut menyeru semua ahli parti memainkan peranan termasuk di Cawangan juga mesti membantu kerajaan dan mengingatkan sekiranya terdapat kelemahan jangan menumpang untuk menjatuhkan.

Beliau mengupas hadis Nabi SAW mengenai perbuatan gopoh menebuk kapal yang dinaiki kerana mahu cepat mengambil air lalu menyebabkan seluruh penumpang kapal itu menerima akibatnya.

Tuan Guru juga memperihalkan cabaran ke atas agama Islam di negara ini yang pernah dan masih cuba digugat oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai cara di mana menuntut PAS menanganinya. – HARAKAHDAILY 22/10/2023 

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS/PN lalui era menang.. Tawan Pusat & 'kepala bapak' PP.        

Lihat juga komen ini..

(i) Al-hamdulillah, PN berpotensi menang K'jaan Pusat dan beberapa negeri lagi, insya Allah!

Di Shah Alam, PAS yakin berpotensi besar memenangi Perak, Pahang, Selangor dan tidak mustahil juga Negeri Sembilan pada PRU akan datang berdasarkan gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69 di IDCC Shah Alam, di sini sebentar tadi.

Namun peringat beliau, gelombang rakyat tersebut perlu diurus dengan PAS membina kekuatan terutama organisasi iaitu memperkukuh dan memperkasakan penubuhan PAS Cawangan serta pertambahan keahlian.


(ii) Tahniah PAS P.Pinang. Semoga rampas P.Pinang dari DAP jadi kenyataan. Tiada 'kapala bapak' DAP itu, bererti riwayat keangkuhan DAP masakini akan berakhir.


PAS perlu ‘blueprint’ ambil alih Kerajaan P Pinang, menurut Perwakilan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan.

Perwakilan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan 

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails