Gambar Jabatan Penerangan
Presiden PAS tegur PM baca ayat al-Quran tidak lengkap
KUALA LUMPUR: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PN-Marang) menegur Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2024 kerana membaca ayat al-Quran yang tidak lengkap.
Beliau berkata, Ahli Parlimen Tambun hanya mengambil Ayat 77 Surah al-Qasas yang tidak memenuhi mesej yang hendak disampaikan.
Katanya, ayat itu menceitakan kisah umat Nabi Musa, Qarun mempunyai kekayaan yang melimpah ruah sehingga anak-anak kunci gedung hartanya dipikul oleh lelaki gagah perkasa.
“Saya ingin merujuk ayat al-Quran yang dibaca oleh Tambun dalam membentangkan Belanjawan 2024, iaitu Ayat 77 Surah al-Qasas, sepatutnya ditambah dengan ayat 76 terlebih dahulu.
“Ini agar dapat dilengkapkan maksud dia, kalau tidak jadi tidak lengkap seperti pakai kasut sebelah,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
Presiden PAS menjelaskan bahawa walaupun Qarun mempunyai kekayaan luar biasa, dia berlaku zalim kepada rakyat sedangkan harta kekayaan miliknya merupakan kurniaan Allah.
Menurutnya, situasi tersebut masih lagi pada masa sekarang dengan kewujudan golongan yang dikenali sebagai kartel yang mengumpul kekayaan dengan cara yang salah, rasuah, riba dan menzalimi rakyat.
Akibat tindak tanduk individu terbabit, katanya negara dirudum kadar inflasi yang tinggi sehingga membebankan kehidupan rakyat akibat kenaikan harga barangan keperluan harian.
“Dalam masa melakukan kezaliman kepada rakyat menaikkan harga keperluan menjadi kartel macam kartel daging, beras dan sebagainya menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga.
“Orang yang macam Qarun masih ramai dan kerajaan mesti bertindak terhadap mereka yang macam Qarun ini, jangan takut atau kerajaan rasa malu kerana menjadi penyumbang,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/10/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PM M'sia pakai kasut sebelah? Berpenasihat DAPmadani..
Lihat komen ini..
(i) Al-hamdulillah, takbir Muktamar Umana’ Aqsa di Istanbul Turkiye terus bergema. Peserta Muktamar Aqsa takbir ikuti ucapan wakil M'sia.
Mohd Asri Mat Daud yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, usaha solidariti perlu digerakkan termasuk melibatkan masyarakat non Muslim.
“Mereka turut menyumbang untuk rakyat Palestin. Semua pihak perlu mengambil peranan tersebut bersesuaian dengan negara masing-masing.
“Hari ini saya mengambil bahagian berkaitan peranan semua pihak untuk berjihad membantu saudara kita di Palestin,” katanya pada sesi pembentangan di muktamar tersebut yang berakhir semalam.
Cadangan berkenaan disambut dengan takbir dan tepukan semua perwakilan pada muktamar tersebut.
Muktamar terbabit diadakan pada 28 dan 29 Oktober lepas dihadiri ulama dan cendikiawan lebih dari 20 negara.
“Cadangan dibuat supaya semua dua’ah dan khutaba’ membuat potongan gaji khas untuk Jihad Bilmal,” katanya pada catatan di laman sosialnya.
Mohd Asri yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, peranan perlu digerakkan pendakwah dan ulama bagi membantu umat Islam di Palestin. (Sila rujuk HARAKAHDAILY 30/10/2023)
(ii) Ini serlah rahsia kebangkitan roh Islam di Gaza yang hancur. Ada satu sudut yang sangat bersinar di sebalik keperitan dan kesusahan. Kebangkitan inilah yang akan meranapkan keeganasan Israel & AS dari muka bumi nanti.
Walaupun makanan dan minuman sangat sukar akibat perang orang Gaza terpaksa beratur sehingga 10 jam untuk mendapatkan bekalan, tetapi di sana tiada jenayah kecurian.
Adalah perkara normal di tempat lain jika berlaku bencana besar-besaran orang-orang akan pecah masuk pasar raya untuk mendapatkan makanan tetapi tidak di Gaza.
Jika ada pasar raya yang dibom mereka menunggu tuan kedai dan pasukan pembersihan melakukan kerja mereka kemudian orang ramai akan beratur mendapatkan bekalan.
Beratur panjang sehingga 10 jam adalah sangat menyeksakan dan golongan lelaki khususnya tidak sabar dan akan memberontak.
Tetapi tidak di Gaza, jika ada perempuan hendak beratur maka semua lelaki akan mendahulukan perempuan tersebut kerana dia terpaksa beratur untuk memberi makan anak-anaknya dan mungkin tiada ahli keluarga lelaki yang boleh beratur untuknya.
Selama 18 hari perang begitu banyak rumah musnah, orang-orang Gaza bergilir beberapa jam seorang untuk tidur di atas satu katil buruk.
Apa saja makanan dan air yang ada mereka berbahagi sesama mereka walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
Berbeza sekali dengan tempat lain di dunia yang jika berlaku perang dan tiada kawalan polis maka akan berlakulah jenayah rompakan, kecurian, rogol dan seumpamanya.
Di jalan-jalan Gaza tiada polis, tiada kawalan bersenjata dari HAMAS tetapi mereka tetap beratur dan tidak memberontak serta melakukan jenayah.
Amerika jika dibiarkan tanpa polis sejam sahaja maka habislah pasar raya – pasar raya dipecahkan dan dirompak, bukan makanan asasi yang dicari tetapi barangan-barangan lain seperti tv, mesin basuh dan semua sekali akan dicuri.
Inilah sudut bersinar yang ada di Gaza di sebalik keributan perang. (Sila rujukUSTAZ MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 26/10/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
No comments:
Post a Comment