Saturday, October 28, 2023

Siapa kuasa se dunia, Israel laknatullah? Sikap damai Islam..

 

Antonio Guterres (kanan) dan Eli Cohen. (FOTO: ANSA)

Gaza: Komen Ketua PBB cetus kemarahan Israel

WASHINGTON: Penegasan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres  bahawa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa di Gaza dan menggesa gencatan senjata segera telah mencetuskan kemarahan rejim Zionis itu.


Ketua PBB itu membuat rayuan sebelum sesi peringkat tinggi Majlis Keselamatan pada Selasa , dengan Menteri Luar Palestin seterusnya mengecam apa yang disifatkannya sebagai tidak bertindak dalam konflik yang telah membunuh beribu-ribu nyawa di kedua-dua belah pihak, kebanyakannya orang awam.

Ketika membuka sesi itu, Guterres menyatakan amaran terhadap ‘hukuman kolektif’ terhadap rakyat Palestin di Gaza oleh Israel susulan serangan pejuang Hamas pada 7 Okt lalu, yang menyaksikan kira-kira 5,800 rakyat Palestin telah terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza dalam pengeboman udara Zionis.

Guterres, yang secara peribadi pergi ke persimpangan antara Mesir dan Gaza dalam usaha untuk memberi bantuan, mengalu-alukan penyeberangan tiga konvoi bantuan setakat ini melalui persimpangan Rafah, lapor The New Arab.

“Namun, ia adalah setitik bantuan dalam lautan yang amat diperlukan penduduk Gaza,” kata Guterres, sambil memberi amaran bahawa bekalan bahan api PBB akan kehabisan dalam tempoh beberapa hari.

“Untuk mengurangkan penderitaan  rakyat Gaza, menjadikan penyampaian bantuan lebih mudah dan lebih selamat, dan memudahkan pembebasan tebusan, saya mengulangi rayuan saya untuk gencatan senjata kemanusiaan segera,” tegasnya.

“Saya amat bimbang tentang pencabulan jelas undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang kita saksikan di Gaza. 

“Biar saya jelaskan bahawa tiada pihak dalam konflik bersenjata melebihi undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” tambah Guterres pada sesi Majlis Keselamatan, tanpa menamakan Israel secara jelas.

Guterres berkata bahawa rakyat Palestin telah ‘tertakluk kepada 56 tahun penjajahan yang menyesakkan’ memberitahu Majlis Keselamatan: “Adalah penting untuk mengiktiraf serangan oleh Hamas tidak berlaku dalam ruang ‘tanpa sebab’.”

Kenyataan Guterres itu  menimbulkan kemarahan Menteri Luar Israel, Eli Cohen yang menuding jarinya ke arah Guterres dan meninggikan suaranya, menceritakan tentang orang awam di Israel yang terbunuh dalam serangan tunggal paling maut dalam sejarah Israel oleh pejuang Hamas pada 7 Okt berkenaan.

“Tuan Setiausaha Agung, di dunia manakah anda tinggal?” soal Cohen.

Sambil menunjukkan bahawa Israel berundur dari Gaza pada 2005, Cohen berkata: “Kami memberi Palestin Gaza sehingga milimeter terakhir. Tidak ada pertikaian mengenai tanah Gaza.”

Israel tidak lama selepas itu mengenakan sekatan ke atas wilayah miskin sejak Hamas mengambil alih kuasa.

Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gilad Erdan pula menggesa Guterres meletak jawatan, mendakwa di platform X bahawa Ketua PBB itu telah ‘menyatakan persefahaman untuk keganasan dan pembunuhan’. – HARAKAHDAILY 25/10/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa kuasa se dunia, Israel laknatullah? Sikap damai Islam..  

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani mendesak dunia antarabangsa agar jangan berikan rejim Zionis Israel lesen untuk membunuh di Gaza. Qatar memberi perlindungan pada pimpinan HAMAS di Doha dan terlibat sebagai orang tengah untuk mereka.


-Seterusnya, Presiden Jokowi di Indonesia dengan lantang menggesa ditamatkan segera ketegangan di Palestin. Beliau gesa Negara China campur tangan membantu proses damai itu.

-Sultan Hassanal Bolkiah Brunei menyuarakan kebimbangan akan situasi di Palestin dan menuntut gencatan senjata segera.

-Sabtu lepas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasena isytihar perkabungan nasional kerana bersimpati Bangladesh pada nasib rakyat Palestin.

-Pemimpin Taliban Afghanistan Hekmatayar memohon Allah SWT musnahkan Israel (May Allah Cause All Of Israel To Perish With Thunderbolts).

-Presiden Turkiye Erdogan di Parlimennya menyebut serangan Israel ke atas Gaza adalah jenayah kemanusiaan yang dirancang.

Yang terhebatnya, semalam PM M'sia ke-10 (PM10) berkata, beliau mula menerima banyak ugutan daripada beberapa kuasa besar dunia susulan kelantangan M'sia membela hak rakyat Palestin.

Dari kuasa besar dan negara mana agaknya?


(ii) Al-hamdulillah, kita bersetuju dengan pandangan ini..


FIRMAN Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا١١﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepada kamu tentera-tentera (Ahzab), lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya! Dan Allah Maha Melihat akan apa-apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah kamu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan (kamu) dan hati kamu naik menyesak sampai di tenggorokan, dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat dahsyat. (11)” [Surah al-Ahzab: 9–11]

(Sila lihat selanjutnya ABDUL HADI AWANG,  Presiden PAS Bertarikh: 11 Rabi‘ al-Akhir 1445 / 26 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 26/10/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails