Sunday, November 26, 2023

Bagaimana jihad jadi fardhu ain? & politikus biadab..

 

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Ketika Islam dicabar jihad menjadi fardu ain

KOTA BHARU: Pendekatan yang pernah digunakan oleh bapa sekular Turkiye Kamal Atartuk, sekali lagi dijelmakan dengan mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kejatuhan kerajaan Uthmaniah Turki 100 tahun lalu menjadi bukti kekuatan orang Islam dapat dilumpuhkan dengan mengekang kuasa pemerintahannya.

Sedangkan katanya, penjajah memberi ‘lampu hijau’ kepada orang Islam berkaitan hal peribadi, perkahwinan, sembahyang, melihat anak bulan dan sebagainya.

“Penjajah British ketika itu tidak berani campurtangan berkaitan hal ehwal agama Islam kerana ia hak orang Islam.

“Namun malangnya hari ini ada dalam kalangan orang Islam sendiri berani campurtangan, Britis sekali pun tidak berani.

“Pihak berkenaan cuba nak rendah, rungkaikan lagi hukum syariah yang ada sekarang,” katanya pada Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud; Timbalan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dan kepimpinan kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Marang itu mengingatkan orang Islam supaya sedar hubungan dengan hukum syariah sangat penting walaupun bidang kuasanya masih kecil dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu kata beliau, orang Islam tidak boleh menyerah kalah terhadap permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman dalam permohonan untuk membatalkan kesalahan jenayah syariah.

“Kita tidak boleh menyerah kalah, wajib melawan dan menentang usaha untuk merendahkan hukum syariah kerana ulama fikah mengatakan bila berlaku situasi Islam dicabar maka jihad akan menjadi fardu ain,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/11/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana jihad jadi fardhu ain? & politikus biadab..

Lihat komen ini..

(i) Mengundi pertahan Islam adalah fardu ain – Abdul Hadi.

ABDUL Hadi Awang semasa hadir ke Himpunan Pakat Pertahan dan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUDIN (25 Jun 2023)

Di Kota Bharu, Pas menegaskan kewajipan mengundi untuk mempertahankan Islam adalah perjuangan jihad yang boleh dianggap sebagai fardu ain dan bukan lagi fardu kifayah.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan bersungguh-sungguh mempertahankan Islam tidak semestinya melalui peperangan. 

“Islam mendahulukan perdamaian dan salah satu jalan memperjuangkan agama adalah melalui proses demokrasi termasuk pilihan raya.

“Jihad akan menjadi fardu ain sekiranya Islam terancam. Oleh itu mengundi untuk mempertahankan kerajaan Islam menjadi fardu ain,” katanya pada Himpunan Ppakat Pertahan dan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Demikian sedutan ringkasnya (UTUSAN)


(ii) Ini politikus bukan-Melayu biadab, campuri urusan Islam.

'DUPP kecam politikus bukan-Melayu biadab campuri urusan Islam'. Sila rujuk  HARAKAHDAILY 23/11/2023 

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

Post a Comment