Tuesday, November 21, 2023

‘Buy Muslim First’ alternati riba sempena Taufan al-Aqsa.



Gerakan ‘Buy Muslim First’ alternatif sistem riba.

KUALA LUMPUR: Gerakan Buy Muslim First (BMF) perlu diperluaskan di peringkat global sebagai alternatif sistem riba yang diterapkan melalui sistem perbankan. Penggerak utama kempen BMF Mohd Fadzil Hashim berkata, penciptaan matawang yang ada sekarang adalah berasaskan sistem riba.

“Ramai orang berfikir bahawa bank mencipta wang dengan memberi pinjaman menggunakan duit-duit pelanggan tetapi sebenarnya mereka silap.

“Ini kerana setiap bank mencipta wang apabila seseorang itu mengambil mana-mana pinjaman dan setelah mendapat kelulusan maka di situ wang dicipta dengan sendirinya,” katanya di sini.

Menurut beliau, wang yang ada dalam peredaran ekonomi hanya dicipta melalui pinjaman-pinjaman yang dilakukan sama ada oleh rakyat atau kerajaan.

Katanya ia berbeza dengan sistem kewangan Islam seperti disebut Ibnu Khaldun, seseorang hanya memperoleh wang melalui hasil usaha.

“Di sini kita boleh melihat adanya unsur riba dalam penciptaan wang kerana setiap bank termasuk Islamik mencipta wang melalui hutang berdasarkan pinjaman yang diberikan kepada pelanggan,” katanya.

Perkara itu turut dinyatakan mantan perbankan Islamik Mohd Zahid Abdul Aziz dalam bukunya bertajuk Pengakuan Seorang Perbankan Islam (Confession of an Islamic Banker).

Beliau menyatakan memberi hutang merupakan satu-satunya cara setiap bank mencipta wang dan mengambil sebarang keuntungan.

Oleh itu Fadzil berkata, kempen Buy Muslim First Global perlu digerakkan secara meluas dengan mencipta sistem kewangan berasaskan sunnah tanpa ada unsur riba. – HARAKAHDAILY 17/11/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: ‘Buy Muslim First’ alternati riba sempena Taufan al-Aqsa.

Lihat komen ini..

(i) Kini imej kapitalis AS, Eropah makin merudum. Tentu akan merudum juga ekonomi kapitalis. Apakah akan bangkit pula ‘Buy Muslim First’ sistem alternati riba? Mudah-mudahan.

Insya Allah.  

Orang ramai memegang sepanduk ketika menyertai 'March For Palestine' di London pada Sabtu, untuk menyeru gencatan senjata dalam konflik antara Israel dan pejuang Hamas. - Foto AFP


(ii) Malah di Kelantan M'sia, puluhan ribu rakyat menadah tangan ke langit di padang stadium ketika hujan mencurah ke bumi Serambi Mekah pada munajat pertahan Enakmen Syariah Kelantan. Sudah tentu ia melibatkan sistem ekonomi, sosial dan politik negara.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails