KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk memperkukuh hubungan perdagangan di peringkat antarabangsa termasuk Republik Islam Iran.
Menurut KPKM, secara keseluruhan, nilai dagangan antara Malaysia dan Republik Islam Iran meningkat sebanyak 40.2 peratus iaitu daripada RM2.63 bilion pada tahun 2021 kepada RM3.68 bilion pada tahun 2022 dengan lebihan dagangan memihak kepada Malaysia.
Tambahnya, nilai eksport agromakanan Malaysia ke Republik Islam Iran meningkat sebanyak 88.7 peratus iaitu daripada RM66.5 juta pada 2021 kepada RM125.5 juta pada 2022 manakala nilai import agromakanan dari Iran ke negara ini menyusut 44.1 peratus kepada RM133.8 juta pada 2022 daripada RM239.4 juta pada 2021.
“Berdasarkan kepada data perdagangan ini, potensi perdagangan agromakanan antara Malaysia dan Republik Islam Iran dilihat akan terus meningkat pada masa akan dating,” kata kementerian itu dalam jawpaan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, hari ini.
Tuan Guru dalam soalannya meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah bentuk kerjasama yang akan dilakukan antara Malaysia dan Iran dalam bidang kerjasama makanan (food security) khususnya aktiviti-aktiviti penyelidikan dan industri halal.
Menururt KPKM lagi, dalam aspek akses pasaran bagi produk halal, produk agromakanan yang berkualiti tinggi daripada Republik Islam Iran yang berpotensi untuk diimport termasuk produk daging dan tenusu.
“Manakala, Malaysia berpotensi mengeksport produk seperti daging ayam, produk berasaskan ayam dan daging lembu serta produk sarang burung walit ke Republik Islam Iran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 31/10/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dagang M'sia-Iran meningkat. X takut Iran?
Lihat komen ini..
(i) M'sia tak takut Iran kah? Kerana Iran menentang Israel/AS.
PENDUDUK Iran berkumpul di Tehran, Iran sebagai menyokong perjuangan Palestin. FOTO Reuters
Kumpulan pejuang Hamas mengejutkan Israel dengan serangan terbesar dalam beberapa dekad dalam tindak balas mengejut yang menggabungkan gerakan pejuang melintas sempadan dan bedilan ribuan roket dari Semenanjung Gaza. (Rujuk My Metro Oktober 8, 2023)
(ii) Awas, k'jaan DAPmadani Anwar terperangkap naratif dibawa pihak Israel?
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar.
Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
No comments:
Post a Comment