Monday, November 27, 2023

DAPmadani gagal tadbir ekonomi negara. Puiii!

 


Kerajaan telah gagal dalam mentadbir ekonomi negara

SHAH ALAM: Sokongan ramai bangsa Melayu terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuktikan komited parti itu sendiri.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua ahli parti Bersatu telah menunjukkan semangat yang amat tinggi dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu yang berlangsung pada hari ini.

Menurut beliau, semakin ramai rakyat telah mula menunjukkan sokongan kepada parti Bersatu lebih-lebih lagi apabila kehidupan ramai rakyat sendiri telah terseksa akibat daripada pelbagai krisis ekonomi yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

“Dengan perkara sebegini yang berlaku jelas menunjukkan bahawa kerajaan pada masa ini telah pun gagal dalam mentadbir ekonomi negara dengan baik,” katanya ketika sidang media pada Perhimpunan Agung Tahunan 2023 Bersatu hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Beliau juga menyatakan bahawa dirinya akan terus kekal sebagai Presiden Bersatu pada masa akan datang.

Apabila ditanya mengenai sama ada cadangan yang dilontarkan sebelum ini sekadar lakonan semata-mata, beliau menyatakan perkara tersebut adalah tidak benar.

Malah, setiap ahli Bersatu sendiri jelas menunjukkan bahawa sokongan tersebut adalah ikhlas dan bukannya bermain-main.

“Saya sendiri pun tidak melakukan sebarang gimik untuk cadangan sebegitu kerana cuba kamu berada di tempat saya baru tahu macam mana situasi saya.

” Lagipun saya tiada masa untuk melakukan apa pun gimik apabila mengenai soal parti Bersatu ini,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 25/11/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAPmadani gagal tadbir ekonomi negara. Puiii!

Lihat komen ini..

(i) Umno masih berada pada takuk lama, tapi PAS terus mara dan maju bersama Islam. 

Ini yang berlaku pada PRK Kemaman kali ini, masih terdapat penyalahgunaan jentera dan agensi kerajaan oleh jentera Umno dalam kempen yang sedang berjalan.


(ii) 
Boikot ayam gagal, boikot produk Israel berhasil, mengapa?

Boikot, biasanya untuk menyatakan rasa tidak bersetuju atau mengajak individu atau institusi berkaitan menerima dengan syarat tertentu, adalah antara senjata paling ampuh bagi pengguna.

Tapi bila kerajaan DAPmadani kata ‘kalau ayam mahal, jangan makan ayam’ (suruh boikot) tak ada yang mahu ikut. Tiba-tiba bila diajak boikot produk Israel ada yang ikut, berkesan dan berhasil.. Mengapa?

Tepuk dada jangan tanya selera, tanyalah iman, itu kunci kekuatannya. Insya Allah! 

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails