Saturday, November 25, 2023

HAMAS setuju gencatan senjata, walau akan dikhianati?



Gencatan senjata: HAMAS setujui walau Israel sering khianati

LAJNAH Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan HAMAS yang berjaya merundingkan gencatan senjata dengan rejim Zionis Israel selama empat hari. 

Tindakan tersebut sekali gus menyediakan ruang kepada misi bantuan kemanusiaan supaya dapat disalurkan dengan segera ke wilayah yang terjejas teruk. 

Tambahan lagi kesiapsiagaan pejuang HAMAS meskipun dalam tempoh gencatan senjata ini amat wajar kerana rejim Zionis seringkali mengkhianati perjanjian damai yang ditemeterai. Tahap waspada sangat penting dalam keadaan yang masih meruncing ketika ini. 

Lajnah Antarabangsa DPPM turut menegaskan bahawa perjuangan menuntut pembebasan Palestin daripada rejim Zionis tidak sesekali berakhir selagi mana rejim Zionis masih bertapak dengan rakusnya di bumi Palestin. 

Segala tindakan diplomasi, rundingan untuk mendapatkan sokongan daripada negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) termasuklah menghadapkan pemimpin utama negara haram Israel ke muka pengadilan tidak harus berhenti. 

Rantaian perjuangan ini akan berterusan sehingga Allah S.W.T mengurniakan kemenangan kepada pejuang Islam. Semoga ada sinar untuk Palestin suatu masa kelak. Itulah janji daripada-Nya dan kami tekal bersama HAMAS dalam meniti perjuangan ini sehingga ke akhirnya, insya-Allah.  

Generasi Sejahtera, Mengisi Kemenangan”
“Adil, Prihatin dan Berkebajikan”

YB USTAZ HAFEZ SABRI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
ADUN Manjoi – HARAKAHDAILY 24/11/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: HAMAS setuju gencatan senjata, walau akan dikhianati?

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, Presiden PAS terima kunjungan hormat Duta Qatar.

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan hormat Duta Qatar ke Malaysia, Salah bin Mohammed Al-Sorour di Rusila sempena lawatan kerja beliau ke Terengganu hari ini. 

“Kami berbincang situasi terkini rakyat Palestin dan tindakan yang wajar dilakukan oleh pemimpin dunia Islam,” ujar beliau menerusi laman Facebook.

Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang juga merakamkan penghargaan kepada Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani yang menjadi pemain utama dalam menjayakan gencatan senjata di Gaza.

“Semoga pertemuan hari ini memberi natijah yang baik kepada hubungan erat yang terjalin di antara Malaysia dan Qatar,” katanya lagi.

(ii) Israel setuju tukar tebusan, gencatan senjata sementara.

WANITA Palestin menggantung pakaian di kawasan sekitar runtuhan bangunan di Khan Yunis, selatan Gaza. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Tentera Israel menerima perjanjian pertukaran tebusan dan gencatan senjata sementara dengan kumpulan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan pada Selasa.

"Tentera bercadang untuk melakukan gencatan senjata.

"Tujuannya adalah menyusun semula pasukannya sebagai persediaan untuk meluaskan operasi daratnya ke selatan Gaza," menurut penyiar awam KAN memetik Agensi Anadolu.

Menurut penyiar itu, perjanjian yang dicadangkan itu termasuk gencatan senjata selama empat hari.

Cadangan lain adalah pembebasan 50 warga Israel ditahan oleh Hamas sebagai balasan kepada 150 warga Palestin di penjara Israel.

Israel menganggarkan sekurang-kurangnya 239 warga Israel ditahan oleh Hamas. Ia berikutan serangan rentas sempadan pada 7 Oktober lalu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza berikutan serangan Hamas.

Kesannya, lebih 14,128 rakyat Palestin terbunuh termasuk 5,840 kanak-kanak dan 3,920 wanita.

Ribuan bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja, juga rosak atau musnah dalam serangan udara serta darat Israel ke atas kawasan yang dikepung itu.

Menurut data rasmi, angka kematian rakyat Israel mencecah kira-kira 1,200 orang.(November 22, 2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails