Wednesday, November 22, 2023

Merdeka tapi dijajah, M'sia sepert Palestin?

 


Kedaulatan Syariah: Kemerdekaan kita yang cuba dijajah!

KITA difahamkan bahawa apabila kita merdeka, kita mempunyai hak sebagaimana hak untuk menjalankan agama dan juga undang-undang kita sebagaimana sebelum kita dijajah. 

Kemerdekaan sepatutnya bermakna kita terbebas dari penjajahan serta membolehkan kita menentukan cara hidup, agama, sistem peraturan negara, dan undang-undang kita mengikut acuan Islam.

Namun, rupanya tidak begitu. Kemerdekaan yang diberikan bersyarat. Kita diberikan kemerdekaan tetapi dengan syarat agar kita teruskan sistem yang mereka amalkan semasa memerintah negara ini. 

Akhirnya, kita mendapati bahawa hak kita sebagai orang Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan mengamalkan sistem mereka.

Beginilah nasib umat Islam hari ini. Kita merempat di tanah air sendiri, dihina di tanah air sendiri, dan mempertahankan sisa-sisa yang masih kita miliki. Malah, sedikit sahaja yang masih kekal untuk kita, tetapi itu pun cuba diambil daripada kita.

Lihatlah bagaimana saudara-saudara kita di Palestin. Awalnya mereka menyambut dengan gembira tetapi sekarang mereka dihadapkan dengan pelbagai cabaran. Begitu malang bagi umat Islam. Menuntut hak dalam negaranya sendiri. Hak itu semakin terhakis sedikit demi sedikit.

DATO’ DR MOHAMED FADZLI HASSAN Timbalan Menteri Besar Kelantan – HARAKAHDAILY 16/11/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merdeka tapi dijajah! M'sia sepert Palestin?

Lihat komen ini..

(i) Siapa sebenarnya pengkhianat, penghalang negara ini menuju perlaksanaan Enakmen Syariah? 

Dr Siti Mastura Muhammad

KUALA LUMPUR: Usaha ahli parlimen (MP) DAP membangkitkan dakwaan Dr Siti Mastura Muhammad berkaitan hubungan Kit Siang dengan Chin Peng ketika membahas peringkat jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dibantah kerana tiada kaitan. Dr Siti Mastura yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas membantah ucapan RSN Rayer kerana apa yang […]

(Silarujuk https://harakahdaily.net/index.php/2023/11/15/perbahasan-mp-dap-menyimpang-konteks-asal/)


(ii) Awas Strategi terancang cuba lemah kedaulatan Islam -Dato' Siti Zailah.

Dato' Siti Zailah Mohd Yusof

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan diajak hadir pada program mempertahankan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan dan solidariti umat Islam di Palestin malam esok di Stadium Sultan Muhammad 1V.

Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusof, berkata umat Islam sekarang diserang dengan pelbagai cara termasuk berstrategi dan terancang untuk menghancurkan umat Islam.

Katanya, di Palestin orang Islam berhadapan dengan Zionis Yahudi yang angkuh membunuh, merosakkan harta benda serta menjarah bumi Palestin secara terang-terangan.

“Di Malaysia pula menghadapi ancaman, pencerobohan dan kebiadapan yang tidak sedikit dengan mempertikaikan peranan Mahkamah Syariah dan perundangan Islam." (Sila rujuk  HARAKAHDAILY 17/11/2023

Wan Rohimi Wan Daud: Kes cabar Enakmen Syariah tarik minat ramai peguam (rujuk HARAKAHDAILY 20/11/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

Post a Comment