Monday, November 20, 2023

Pengganas Zionis bom sekolah M'sia. Apa sikap DAPmadani?



Tentera zionis bom ‘Sekolah Malaysia’ di Kem Nusirat

TENTERA pengganas rejim zionis Israel mengebom ‘Sekolah Malaysia’ di kem pelarian Nusirat yang menjadi tempat perlindungan ratusan warga Semenanjung Gaza daripada pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza.

2. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas kawasan dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Kahnyounis, kejiranan Sabra dan Al-Zaitoun, Beit Lahia dan Jabalia.

3. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Sedirot serta kawasan dan penempatan haram yahudi di sekitar Gaza termasuk kedudukan dan pengkalan tentera pengganas rejim zionis Israel di Nir Yitzhak, Nahal Oz, Nir Am, Mivtahim dan Sofa.

4. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di Juhr Al-Dik dan Beit Lahia. Dilaporkan ketika ini sedang berlangsung pertempuran yang amat sengit antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar kawasan Hospital Al-Shifa. Berikutan pertempuran sengit yang berlaku dilaporkan 3 pegawai tentera pengganas regim zionis Israel mati manakala 2 lagi anggota tentera pengganas regim zionis Israel cedera parah.

5. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus mengebom kawasan sekitar mahupun hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza seperti Hospital Indonesia.

6. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Tubas, Baitul Laham, Kfardan, Tulkarm, Qalqaliya, Jenin dan Nablus.

7. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melakukan operasi tangkapan ke atas warga Palestin di Tebing Barat dengan semalam seramai 85 warga Palestin ditangkap dipelbagai lokasi di Tebing Barat.

8. Pendatang haram yahudi dengan perlindungan polis pengganas rejim zionis Israel menyerang warga Palestin di kejiranan Arman di timur Baitul Maqdis.

9. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Wamies Al-Jabal, Aita Al-Shaab, wilayah Lebouna, Muhaibib, Naqoura, Ramia, Beit Liv, Kfarkla dan Taiba.

10. Tentera Hizbullah membalas serangan udara dan artileri tentera pengganas rejim zionis Israel di selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera pengganas rejim zionis Israel di kawasan dan wilayah yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Galilee, Shtula, Al-Asi, Marj, Muskaf, Yiftah Al-Muskari, Merkaba dan Al-Jalil.

11. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Ireland, Britain dan Amerika Syarikat.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 16/11/2023 

Komen Weblog Ibn Hasyim: Pengganas Zionis bom sekolah M'sia. Apa sikap DAPmadani?

Lihat komen ini..

(i) M'sia X malu ke? Konsert Coldplay di KL, cemar solidariti Palestin. Tarik balik kelulusan!


PAS Kelantan menggesa Kerajaan Malaysia agar mengambil tanggungjawab dengan tidak membenarkan penganjuran konsert artis antarabangsa Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, 22 November 2023 ini. Hal ini adalah mengambil kira situasi umat Islam di Palestin yang masih diperangi. Bantahan tegas perlu dizahirkan oleh semua pihak khasnya pihak kerajaan sebagai solidariti bersama.

Melalui konsert besar-besaran yang dianjurkan berorientasikan hiburan melalui artis antarabangsa yang pernah dikaitkan dengan budaya songsang, maka adalah tidak wajar pihak Kerajaan Malaysia memberikan kelulusan. Dalam kes ini penarikan semula kelulusan adalah lebih tepat tanpa prejudis. (rujuk YB USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
K/Penerangan PAS Kelantan  HARAKAHDAILY    16/11/2023)

(ii)  Chin Peng adalah pemimpin Parti Komunis Malaya diharamkan.. Kit Siang/Guan Eng sepupunya..  Anthony Lock adalah anak dua sepupu kepada Chin Peng.. Teresa Kok adalah sepupu kepada isteri Lim Kit Siang. Tony Pua adalah anak supupu kepada Lee Kuan Yew.. Dan dan lagi, benarkah semua ini?

Chin Peng
陳平
Chin Peng in his later years
Secretary-General of the Central Committee of the Malayan Communist Party
In office
6 March 1947 – 2 December 1989
Preceded byLai Teck
Succeeded byNone (party dissolved)
Politburo Member of the Malayan Communist Party
In office
July 1946 – 2 December 1989
Personal details
Born
Ong Boon Hua
21 October 1924
Died
16 September 2013 (aged 88)
NationalityMalayan
Political partyMalayan Communist Party
Spouse
Lee Khoon Wah
(m. 1945; died 2008)
Children
  • Ong Boo Kok (son)
  • 1 daughter
Parents
  • Ong Sing Piaw (father)
  • Kuan Kheng Bee (mother)
RelativesLee Chong (nephew)
OccupationPolitician, guerilla leader
Signature

Untuk maklumat lanjut sila lihat 'Komunis: DAP dicabar nafi dan ambil tindakan terhadap BN'      -HARAKAHDAILY 16/11/2023 

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails