Wednesday, November 29, 2023

Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..

 


Kenali Briged Al-Qassam yang digeruni Israel. January 25, 2021

BRIGED Al-Qassam adalah sayap kanan Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) yang digeruni oleh askar dan rejim Israel. 

Briged Al-Qassam merupakan pasukan pejuang paling digeruni oleh tentera Israel berikutan kejayaan demi kejayaan yang telah diperolehi sewaktu pertempuran dengan rejim tersebut biarpun tidak mempunyai teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel.

Nama Briged Al-Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al-Qassam. Sheikh Izuddin Al-Qassam berasal dari Jableh, Syria. Beliau dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan dan keberanian yang terlibat secara aktif dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada masa itu. 

Ada yang berpendapat beliau tidak dibuang tetapi membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana penjajah Perancis pada masa itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Semasa di Palestin, beliau juga menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.

Briged Al-Qassam kemudian diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh. Briged Al-Qassam kemudian mula ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.

Syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam:

i) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
ii) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid.
iii) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
iv) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran.
v) Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juz.
vi) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadis Arba’in (Imam Nawawi).
vii) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
viii) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Quran, ilmuwan dan intelektual Palestin.
ix) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
x) Melazimi zikir harian.
xi) Melazimi olahraga atau beriadah.
xii) Sudah bersiap sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anggota briged terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama, pelajar universiti di mana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel. Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.

Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlah muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Peraturan menjadi anggota Briged Al-Qassam:

  • Mesti menjaga solat lima waktu secara berjamaah.
  • Kuat mengamalkan sunah Rasulullah SAW.
  • Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  • Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
  • Berdisiplin dan mentaati amir.
  • Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Dalam sebuah rencana, seorang penulis menyatakan beliau pernah dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit Briged Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam yang dipakai, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged Al-Qassam cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh tentera Israel.

Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al-Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke dalam terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

Briged Al-Qassam menggunakan terowong rahsia bawah tanah untuk melaksanakan serangan hendap terhadap tentera Israel. Terowong ini mempunyai ribuan jumlah rangkaian dan kebanyakannya mempunyai perangkap bom yang telah dipasang di dalamnya. Ini menyukarkan tentera zionis untuk mengesan Briged Al-Qassam kerana ramai tentera Israel telah terbunuh akibat perangkap bom tersebut.

Briged Al-Qassam turut melatih golongan muda Palestin dengan ilmu pertempuran seperti simulasi hujan motar, latihan menembak, teknik menyelinap ke dalam terowong dan cara untuk menyelamatkan diri supaya mereka sentiasa bersedia dalam menghadapi serangan daripada tentera Israel.

Di samping itu, Briged Al-Qassam turut berjaya mencipta roket iR-160 yang mampu menjangkau sehingga 160 km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

Briged Al-Qassam mula membina roket buatan mereka sendiri pada tahun 2001. Antara model roket buatan briged Al-Qassam adalah seperti roket Qassam yang mampu mencapai jarak sejauh 17.7 km, roket jenis grad dengan jarak yang mampu mencapai sejauh 20 km hingga 48 km, roket jenis Fajar 5 yang mampu mencapai jarak sejauh 75 km dan M-302 yang dihasilkan pada tahun 2014 dengan pencapaian jarak sejauh 120 km dan pelbagai lagi jenis roket dengan pelbagai jarak yang mampu dihasilkan oleh mereka untuk menggegarkan Israel.

Briged Al-Qassam juga mempunyai pasukan sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh dua kilometer sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh satu kilometer sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

Melalui roket anti iron drone pula menyebabkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat semakin khuatir. Sistem iron drone yang didakwa sistem penangkas roket terbaik dunia tewas di tangan Briged Al-Qassam.

Israel pernah dimalukan setelah pesawat tanpa pemandu pertama Briged Al-Qassam ‘Ababil’ membuat tinjauan udara di tanah haram Israel.

Selain itu, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut menerusi skuad amfibia. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan. – HARAKAHDAILY 25/1/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya.. 

Lihat komen ini..

(i) Kenyataan di atas adalah tinjauan   HARAKAHDAILY 25/1/2021 mengenai kekuatan Briged Al-Qassam beberapa tahun lalu, bagaimana sekarang? 

TCER.my: 6 SEBAB MENGAPA BRIGED AL QASSAM PERLU DITAKUTI OLEH ISRAEL

Briged Al Qassam adalah sayap ketenteraan HAMAS mempunyai seramai 30,000 keanggotaan.

Israel laknatullah pula yang kononnya diakui menduduki tempat ke-4 Tentera terbaik dunia memiliki keanggotaan seramai 720,000 orang masih belum mampu meranapkan pertahanan Briged Al Qassam. Perlu ingat, Israel memiliki keupayaan ketenteraan yang canggih dan mempunyai sekutu rapat yang memberi dana dan sokongan padu kepada mereka.

Umpama langit dan bumi bukan kalau dinilai kedua dua pasukan.

Persoalannya, hari ini sudah masuk hari ke-39, Israel masih gagal mengambil tanah Gaza walaupun sejengkal!

Ini rahsia kekuatan Briged Al Qassam

1. Keberanian komando Al Qassam dalam strategi peperangan pelbagai
Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

2. Penubuhan skuad Amfibia Al Qassam
Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.

3. Roket R-160 yang mampu sasar jauh
Roket ini mampu menjangkau sehingga 160km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

4.  Senjata penembak tepat ‘GHOUL’ buatan sendiri
Sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh 2km sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1km sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

5. Roket anti Iron Drome
Ini sangat memeningkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika.Sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem penangkas roket terbaik dunia tewas di tangan Biged Al Qassam.Ini memalukan Israel dan Amerika sehingga memaksa Amerika mengeluarkan jutaan dollar untuk menyediakan teknologi baru iron Drome.

6. Pelancaran pesawat tanpa pemandu
Sekali lagi Israel dimalukan setelah Ababil, nama pesawat tanpa meandu pertama Briged Al Qassam membuat tinjauan udara di tanah haram israel.

Kehebatan ini diakui sendiri oleh Israel hingga terpaksa menanggung rugi dan malu teramat. Ayuh kita doakan kemenangan buat umat Gaza dan Palestin.


(ii) Ini, kisah 'Misteri Wanita Briged Al-Qassam!'


Tokoh ‘misteri’ dengan unit Briged Al-Qassam, yang menyerahkan tawanan Israel dan antarabangsa, telah mencetuskan spekulasi di media sosial dan di seluruh dunia.

Semuanya bermula apabila seorang pejuang Al-Qassam sedang menghiburkan seorang kanak-kanak Israel, yang kelihatan sihat, sambil membimbingnya ke kenderaan Palang Merah di persimpangan Rafah di Gaza pada hari Jumaat.

Kanak-kanak Israel itu kelihatan tidak takut, dan pejuang Al-Qassam kelihatan sangat melindungi budak itu sehingga dia selamat diangkat ke dalam kenderaan.

Pengguna media sosial, bagaimanapun, menyatakan bahawa mata dan tangan pejuang adalah mata wanita, bukan lelaki.

Dengan pantas, media Arab mengambil kisah itu, menimbulkan persoalan, sama ada pejuang itu, yang kelihatan memainkan peranan kepimpinan dalam unit itu, sebenarnya adalah seorang wanita.

Laman Bahasa Arab Sputnik, sebagai contoh, menyatakan bahawa pejuang tertentu itu kebanyakannya kekal dengan wanita dan kanak-kanak Israel.

Yang lain memetik tawanan Israel yang dibebaskan yang sebelum ini bercakap tentang bagaimana mereka sentiasa dijaga oleh wanita, bukan lelaki.

Briged Al-Qassam diketahui mempunyai satu unit wanita di antara barisannya, walaupun peranan wanita ini masih tidak jelas.

Jika pejuang Qassam yang ‘misteri’ itu sememangnya seorang wanita, ini menunjukkan bahawa anggota wanita Briged itu mungkin terlibat dalam lebih daripada sokongan logistik dan mungkin pertempuran langsung dan misi sensitif juga.

Seorang pengguna media sosial, @Hlaqatar, menulis, dalam bahasa Arab, “Wanita Arab yang berani. Ini adalah wanita Arab yang paling mulia, mereka adalah pejuang wanita Al-Qassam.” Pengguna media sosial lain, termasuk ramai wanita, berkongsi sentimen yang sama.

Walaupun The Palestine Chronicle tidak dapat mengesahkan atau menafikan bahawa pejuang yang dirujuk itu, sememangnya seorang wanita, dakwaan itu mungkin benar.

Jika tawanan Israel dibenarkan bercakap secara bebas kepada media, mereka berkemungkinan membuktikan ketepatan dakwaan itu. (The Palestine Chronicle)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails